Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Sekitar Sidang Media One In A Million Top 12

Semalam, jam 3 petang, bertempat di Mega View, Menara Kuala Lumpur, satu sidang media One In A Million telah mengumumkan peserta Top 12. Budiey nak ucapkan tahniah kepada 12 orang finalis yang terpilih iaitu Amylea, Tomok, Pija, Nine, Simon, Esther, Aweera, Han, Anith, Ayu, Rizu dan Fify. Bukan senang untuk melepas halangan setakat ini, dengan komen juri, dengan tekanan ketika pusingan penyingkiran, maka boleh Budiey katakan kesemua finalis adalah yang terbaik dari yang terbaik. Syabas. Terbukti ketika kesemua dari mereka mempersembahkan vokal yang mantap dan mengkagumkan, menjadikan OIAM musim ini antara peserta yang paling terbaik!

Mulai minggu hadapan, kesemua finalis akan buat persembahan di hadapan penonton pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam hanya di stesen 8TV.

Sebanyak 15 episod akan ke udara secara langsung dan proses penyingkiran akan berlaku setiap minggu. Malam final yang akan disiarkan pada 1 Mei 2009 akan menyaksikan 3 orang finalis berentap bagi merebut hadiah bernilai RM1 juta!

Tahun ini menyaksikan 6 orang artis telah terpilih melawan 6 orang artis yang bukan bergelar artis. Mereka ialah Amylea, Tomok, Pija, Nine, Han dan Rizu.

Han

Ridzuan dah tukar nama jadi RIZU!

My favorite finalis, ESTHER. Comel, cute, vokal mantap!

Amylea yang lebih matang

Simon peserta yang gagal tahun lepas.

Ayu yang ayu, mungkinkah seorang lagi juara OIAM bergelar Ayu, mana tau?

Aweera yg masih muda tapi berjiwa rock kapak

Nine, vokalis Coco aka bf kepada seorang wartawan

Fifi, lawa betul dia

Tomok yang lain

Anith

Pija mentor dah tukar jadi Pija OIAM3

Kalau kita lihat musim sebelum ini juara OIAM milik peserta bukan artis, adakah tahun ini gelaran One In A Million bakal milik artis?

Izham Omar

Kata Izham Omar, Ketua Pegawai Ekskutif 8TV: Kami telah memasuki peringkat menghadapi kesukaran untuk memilih siapakah yang layak menjadi 12 orang finalis. Proses penyingkiran yang berlaku bukanlah sesuatu benda yang mudah kerana kita mahu melahirkan artis-artis yang berkualiti dari pelbagai aspek. Selain itu, kami mahu menepati citarasa penonton secara keseluruhan.”

Seperti musim lalu, Syafinaz Selamat dan komposer Paul Moss dilantik sebagai juri tetap. Pengacara juga masih kekal iaitu Awal Ashaari dan Marion Caunter.

Hos OIAM: Awal dah pandai buat lawak dan Marion pula HOT!

Namun kali ini, Ning Baizura dilantik sebagai Mentor Vokal, Pat Ibrahim sebagai Mentor Persembahan Pentas, Juita Abdul Jalil sebagai Mentor Keseluruhan Persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Esther, Tomok dan Aweera, Siapa Juara One In A Million?
  • Sidang Media One In A Million Musim Baru
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Gambar Sidang Media Penyertaan FFM22-KK2009
  • Gambar Wings di Sidang Media Tangkis Untuk Palestin
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi
  • Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?
  • Gambar Sekitar 8TV Viewing Party di Bagan Lalang



  • 16 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Sidang Media One In A Million Top 12”

    1. Stay_alive kata:

      besh ke ni….harap2 dorng ble la nyanyi mcm senioR dorng yg mmg terbukti hebat kat pentas….sukses kat korng~ tp ak tgk awal gan marion tu cocok btuI….

    2. Obefiend kata:

      damn marion is making me jizz

    3. june kata:

      tomok dah jadi abg2 hehe..

    4. poyo je.. kata:

      sure berentap OIAM tahun ni, mesti best ni…

    5. T Pah kata:

      Good Luck for everyone………..

    6. slimmer kata:

      apesal terlalu ramai “artis” or ppl yang pernah join previous reality shows? I tot OIAM nie untuk cungkil RAW material? i.e ppl yang belum pernah dikenali? and Amylea AF3 pun join gak? rubbish show..not gonna watch it..

    7. Seri manis kata:

      yang dah jadi artis pun teringin nak masuk OIAM…
      bagi la peluang kat orang lain plak…dah tak laku dah…

    8. adekepatut kata:

      artis2 yg masuk OIAM ni smua artis2 yg tak laku. Sebab tu lah diaorg join sbb nak promote diri la pula. Tapi percaya lah kata2 ku…artis2 yg join ni, tak der sorang pun yg layak menang. Mcm dulu Dayang nurfaezah confirm je yg dia akn menang..walhal hampeh….

    9. key kata:

      CoNgRaTuLaTiOnS… To all New Contestant… goOd LuCk…

    10. ida bes kata:

      sementara af x stat lg….tgk la oiam dulu.
      huhu…

    11. ida bes kata:

      marion santek la..

    12. lil miss kata:

      wlupun OIAM bnyk artis msuk, tp mmg best!! contoh mcm tomok org smua x cye dy bleh nyanyi ke tp bila dh msok tu org lbeyh confident yg dy bley nyanyi. bgus la jgak OIAM bg peluang utk artis msok.

    13. PROFkusut kata:

      perghhhhhhhhhhhhhhh..
      AWEERA memang hebat!!!!

    14. Aku kata:

      kalos siti masuk confirm menang!
      dah la suara mantap! vokal hebat.
      sume pakej ade la!

    15. riyana kata:

      Tetap suka tengok Aweera…Tomok pun bast jugak..makin matang..

    16. yuki kata:

      aku suke anith and aweera..hehe

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!