in

Gambar Sekitar Showcase PAYSLIP di Pelancaran Syurga Sang Pencinta

Kumpulan Payslip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 4 orang anak muda. Payslip merupakan gabungan dua beradik iaitu Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass dan Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Hasil daripada darah yang mengalir dalam tubuh anak-anak muda ini, mereka mengikut jejak langkah ahli keluarga yang turut meminati muzik sejak kecil lagi.

Warner Music Malaysia dengan rasa besar hati bakal memasarkan album sulung Payslip yang akan dilancarkan pada 11 November tahun ini. Sebelum itu, Payslip juga telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana single pertama ‘Syurga Sang Pencinta’ boleh didengar secara eksklusif hanya melalui Spotify bermula pada 22 September 2014.

Spotify telah bekerjasama dengan Warner Music Malaysia dalam mempromosikan mereka dan Payslip juga merupakan artis baru Malaysia yang akan melancarkan album sulung di Spotify dalam masa terdekat ini.

Arif Payslip JLS_7929

Akeem Payslip IMG_7216

Payslip IMG_7264

Wan Payslip JLS_7994

Payslip JLS_8109

Payslip JLS_8109

Payslip JLS_8145

Payslip JLS_8147

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook Temukan Nur Fathia Dengan Nazrief Nazri

Semalam Bak Kisah Dongeng di Dhara Dhevi Chiang Mai