Gambar Sekitar Showcase Imran Ajmain di No Black Tie
Pada 19 Mei 2009, hari Selasa, jam 9.30 malam, penyanyi yang kian meningkat maju, Imran Ajmain julung-julung kalinya telah mengadakan showcase di No Black Tie, 7 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur. Rasanya ramai peminat yang datang adalah peminat setia penyanyi kelahiran Singapura ini. Rata-ratanya tahu pasal showcase ini melalui internet.

Sebanyak 16 buah lagu didendangkan dalam dua slot, Imran Ajmain ternyata seadanya dapat memberikan yang terbaik untuk audiennya. Mutu vokal tersendiri dan unik dari Imran memang sudah menjadi trademark dan yang utama, bakat beliau sebagai seorang komposer dan penulis lirik disatukan dalam lagu-lagu ciptaannya.

Ini adalah kali kedua Budiey dapat menyaksikan showcase Imran Ajmain. Kali kedua adalah di showcase Imran Ajmain’s Punca & Persembahan di Annexe, Central Market pada 21 Disember 2008. Berbeza dengan kali ini, Imran berdiri solo dengan band muziknya yang mantap, tanpa suara latar dari Infinatez dan dengan audien yang lebih kecil.

Cat Farish dari The Fabulous Cats turut datang memberi sokongan.
Pemuzik yang mengiringi persembahan Imran Ajmain iaitu Rafik, Eugene, Chin dan Arin seakan sudah sebati dengan acuan muzik Imran Ajmain. Imran membuka pentas dengan sebuah lagu yang pernah dinyanyikannya untuk opening act konsert Agnes Monica suatu ketika dulu iaitu Sudah tu Sudah.
Antara lagu lain yang dinyanyikan, Dia – Harvey Malaiholo, Menimbang Rasa, Pernah Muda – Bunga Citra Lestari, Malu, Ada Senyummu – Radiostar, Lately – Stevie Wonder dan Radio, sebuah lagu malar hijau diberi suntikan baru yang lebih segar.
Budiey suka dengan gaya Imran Ajmain yang ternyata bijak berkomunikasi dengan audien. Santai dan diselitkan dengan lawak jenaka.
Show berhenti rehat selama 15 minit. Kembali menyegarkan peminat dengan lagu Yang Ku Perlu, Dia - Sheila Majid dan Harapan Kecewa sebuah lagu dendangan Dato’ Ahmad Jais.

Turut dinyanyikan sebuah lagu tema drama Yusuff iaitu Jika Engkau Pergi – Imran Ajmain. Lagu yang pastikan akan meletop dan terkandung dalam album terbaru Imran Ajmain.
Lagu Digenggam Surga – Numata, What If – Babyface, Seribu Tahun/Thousand Years – Imran Ajmain dan Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain
Terbaru, Imran Ajmain akan melancarkan album terbaru Punca dan Tindakan di No Black Tie minggu hadapan. Lagu terbaru Imran Ajmain iaitu RADIO, yang dinyanyikan dalam versi baru berkolaborasi dengan pelakon jelita Diana Danielle dan pelawak terkenal Nabil Raja Lawak sudah berkumandang di Radio Era secara Premiere semalam.
Terima kasih Aszuad atas jemputan!






Tags: Imran Ajmain, Showcase
Tags: Imran Ajmain, ShowcaseClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





May 22nd, 2009 at 8:55 am
Suke dgr lagu seribu tahun..feeling je..betul ke dia ni bakal jd adik ipar CT????
May 22nd, 2009 at 11:03 pm
lainla plak muka imran ajmain ni..hehehe…apape pun bravooo
May 23rd, 2009 at 9:07 pm
best lah lagu seribu tahun best tau
May 27th, 2009 at 1:22 pm
[...] has kindly put up a review of my No Black Tie Showcase 19th May 2009 on his website and also congrats to Budiey for his upcoming [...]