Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30

Rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan SELAMAT HARI JADI KE-30 kepada pengacara wanita paling popular, Fara Fauzana yang telah menyambutnya pada 7 Februari 2010 (Ahad) lalu. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta yang penting sentiasa bahagia bersama yang tercinta. Budiey.com akan sentiasa menyokong perkembangan karier Fafau! Layaaannnn!

Sehari sebelum hari jadinya, Fara Fauzana telah diraikan dalam satu majlis BIRTHDAY BASH PARTY yang diadakan di Serambi Pak Engku, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Majlis bermula pada jam 12 tengahari hingga jam 3 petang.

Majoriti peminat yang hadir mendapat jemputan dari Fara Fauzana menerusi Fanpage Fara Fauzana di mana sehari sebelum majlis, Fara telah menjemput semua peminatnya menerusi status nya berbunyi:

MORNING!! alhamdulillah.. hari yang dinantikan telah tiba, MAJLIS MAKAN2 FF dengan KORANG – MY DEAR FANS. kepada yang tak sempat RSVP pun BOLEH DATANG!! so, dalam erti kata lain.. FF BELANJA!! so semua kawan2 FB FF datang tghari ni (6th Feb) dari jam 1230pm – 3pm di SERAMBI PAK ENGKU, TGKT 4, WISMA PKPS SHAH ALAM ( lokasi bangunan ni betul2 depan blue wave hotel )… jumpa disana!! heheheh im xcited to see u!! :)

Budiey juga adalah salah seorang member di fanpage milik pengacara Melodi yang semakin meningkat sehingga mencecah 164,000 orang member. Wow! Satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan selebriti ternama yang lain. Tahniah!

Beruntung Fara Fauzana dapat sokongan dari peminatnya yang sangat ramai. Kalau semua peminatnya mengundinya untuk ABP, pasti menang Artis Paling Popular. Tapi Fafau tak pernah menang.

Budiey ingatkan majlis ini agak sederhana kecil… namun… setelah menjejakkan kaki di dewan… mmm… Ni dah macam kenduri kahwin.

Rasanya ini adalah majlis paling besar setakat ini yang dianjurkan oleh Fara Fauzana khusus untuk peminat yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi selama ini.

Di sini terbukti Fafau begitu menghargai peminatnya. Dengarnya, majlis ini adalah hadiah untuk peminat yang mengangkat Fafau menjadi pengacara paling popular di Malaysia. Jadi, hasil dari kemenangan itu, Fafau ajak peminatnya makan-makan.

Siap ada red karpet dan juga banner besar untuk peminatnya bergambar… Ye betul, macam hadir di majlis anugerah pulak rasanya.

Setiap peminat yang hadir diberikan juga goodie bag serta poster untuk Fafau tandatangan. Banyak ni! Kalau nak kira ni, ada dalam seribu orang. Tapi yang hadir tak sampai seribu.

Untuk media pula diberikan sebotol biskut raya keluaran Fafau Entertainment.

Yang paling happy ialah kelab peminat setia Fafau iaitu FUNCORNER. Dapat meja VIP lagi ya.

Peminat yang hadir diceriakan lagi dengan celoteh lawak antarabangsa oleh hos Raja Azura. Memang tak kering gusi layan celoteh penyampai Sinar FM ni.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
  • Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau
  • Gambar Fara Fauzana di Road Show Siri Hot FM
  • Gambar Terbaru Fara Fauzana Sedang Bercuti
  • Trivia: Fara Fauzana Suka Cermin Mata D&G
  • Jawapan Trivia: Beg Oren Fafau Da Sasau
  • Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008
  • Gambar Fara Fauzana Jadi Hos Pelancaran Album CTKD
  • Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat
  • Gambar Fara Fauzana dan Wahid Senario di Jomheboh Bukit Jalil



  • 7 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30”

    1. NONA kata:

      HAPPY BELATED BIRTHDAY FAFAU GIRL…..SAYANG TK DPT PERGI..KOT TAK ABIS FAFAU AKU KERJAKAN…HUHU..MINTAK2 FAFAU MENANG ARTIS PALING POPULAR..PAKAI CAMTU NAK NAIK KUDA KE FAFAU OI….EYYEEHAAAA

    2. aten_zone kata:

      party tue amat besh dan happening.
      memang lain dari yang lain.
      thanx FF sebab belanja.
      we’ll support u 4ever.

      sayangnya xramai yang datang. ;(

    3. Hamba Allah kata:

      Bestnya party tu…rugi tak joint sama!
      Anyway, Hepi Belated Besday 30th….semoga sukses selalu.
      Jangan lupa diri ok!

    4. Nuranie kata:

      Tahniah..
      Selamat ulang tahun yang ke-30 Fafau..semoga ceria selalu dan panjang umur,serta murah rezeki..Amin..

    5. Pinky kata:

      Bestnya party birtday k.fafau….x dpt g pn…ape2 pn happy birtday ke 30,always susces…happy and cepat2 kawen,nk tgk jgk k.fafau bersanding mesti cantik kn?

    6. rasa kata:

      comel……anak sape FF dukung tu…..beria dia peluk FF kan….FF bila pulak nk ada baby sendrik yek???….

    7. keluangman@hehehee kata:

      umo dah 30thn..
      ble nak kawin FF…
      nak jgak mkn nsi mnyak…
      huhuhu…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!