in

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Rozita Che Wan Ke-43 Tahun

Tanggal 9 Mac yang lalu, jam 8 malam, hari Ahad, hujung minggu yang lalu pelakon yang kini sedang hamil anak kepada Zain Saidin, Rozita Che Wan atau Che Ta telah diraikan dalam satu majlis meriah sempena sambutan hari jadinya yang ke-43 tahun. Di sini, rasanya tidak lewat untuk Budiey dan semua pembaca blog ini untuk mengucapkan selamat hari jadi untuk Che Ta. Semoga terus sukses, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan berpanjangan.

Menurut seorang pengurus artis, Sam Kassim, majlis ringkas ini diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang, Kuala Lumpur ini dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat. Antara selebriti yang hadir, Dafi dan wartawan Jaydee dari BH.

Cantik kek hari jadi Che Ta. Ada beg tangan. Pastinya ini hadiah dari Zain yang mana sesuai untuk Che Ta yang suka mengumpul koleksi beg tangan berjenama. Pastinya, bagi Che Ta hari ulangtahun ini pasti lebih bermakna dengan hadiah istimewa dari Zain Saidin. Pasangan ini baru sahaja memberitahu umum bahawa Che Ta kini hamil dan difahamkan kini mereka sedang bercuti atau berbulan madu di Krabi, Thailand. Menurut sumber, ini adalah hadiah Zain buat isteri tercinta.

Berikut ini beberapa foto yang dirakam ketika majlis ini berlangsung. Foto-foto ini adalah ikhsan penasihat media, Sam Kassim yang merupakan salah seorang teman baik Che Ta dan Zain Saidin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajak Shiro Kena Demam Denggi

Yuna Luah Rasa Sedih & Simpati Pesawat MH370 di Twitter