in ,

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Bersempena dengan hari kelahiran Jamal Abdillah pada tanggal 7hb Mei, pihak Warner Music Malaysia telah menganjurkan sebuah majlis khas buat Raja Pop Malaysia itu. Majlis yang diberi nama Sambutan Hari Kelahiran Jamal Abdillah ini dimeriahkan oleh para media dan para peminat beliau yang terpilih pada 9 Mei, Rabu lepas jam 8 malam di  Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara, SOHO KL.

Pada majlis ini, para tetamu dihiburkan dengan persembahan 3 orang anggota kelab fan Jamal Abdillah. Sebagai aktiviti tambahan, permainan kotak beracun juga disediakan. Sebuah beg berisi saguhati diberikan kepada para tetamu yang berjaya menyahut cabaran permainan kotak beracun ini.

Bersempena dengan jumlah penonton tertinggi yang melebihi 3 juta penonton bagi klip video “AKU MAAFKAN KAMU” pula, pihak Warner Music Malaysia telah memberi plak khas sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan ini.

Selepas acara penyampaian hadiah dan plak penghargaan daripada pihak Warner Music Malaysia, para tetamu dijemput untuk menikmati makanan bertema Arab yang disediakan oleh Restoran Dareen.

Majlis ini diakhiri dengan sesi temuramah bersama media dan sesi fotografi bersama para peminat pada jam 11.30malam.

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Aku Maafkan Kamu Jamal Abdillah

Drama Bersiri Indera Joned