in ,

Gambar Sekitar Sambutan Hari Ibu Rafflesia 2014

Pada jam 8 malam, bertempat di Hotel Royal, Bukit Bintang, Budiey bersama rakan media dijemput khas untuk menyaksikan sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia The Pearls bersama 22 orang selebriti ditemani oleh ibu masing-masing.

Sungguh meriah pada malam itu, walaupun acara sambutan diadakan secara sederhana. Apa taknya, bayangkan lebih 20 orang selebriti hadir memeriahkan acara dan secara eksklusifnya, media dapat bertemu mata dan berkenalan dengan ibu selebeiti.

Antara selebriti lelaki yang hadir Fizz Fairuz, Afiq Muiz, Norman Hakim, Fizo Omar, Harris Alif, Stan The Man, Nafiz, Izaaq Rusly, Ubaidullah dan Hairul Azreen. Manakala selebriti wanita pula dihadiri oleh Ika Nabila, Tasha Shila, Miera Leyana, Vanida Imran, Ana Dahlia, Natasha Hudson, Tania Hudson, Kaka Azraff, Mimi Ernida, Fouziah Latif dan Astrid.

Hidangan istimewa disajikan oleh Hotel Royal dan para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada Astrid dan Fauziah Latif.

Setiap ibu yang hadir dihadiahkan dengan coklat istimewa dan barang kemas Rafflesia yang cukup eksklusif. Budiey rasa, malam ini adalah malam meraikan ibu untuk semua dan tak hairan jika anda selebriti yang menangis semasa memberikan ucapan khas kepada ibu meraka.

Jom tengok beberapa gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar rasmi dari Rafflesia Mandalay.

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Rafflesoa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Abby Abadi Dua Kali Lafaz Cerai

Karnival Jom Heboh Di Putrajaya Meriah