Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Sekitar Rumah Terbuka Media Prima



Semalam, Budiey sempat untuk makan-makan di rumah terbuka Media Prima yang diadakan di Sri Pentas Couryard. Budiey ke sana pada sebelah pagi yang mana dikhaskan kepada staff Media Prima. Manakala pada petangnya pula dibuka kepada media dan umum. Budiey terpaksa bergegas ke Istana Budaya untuk sidang media Teater Muzikal Impak Maksima sejurus selepas itu.

Ramai artis yang dijemput. Anuar Zain pun ada katanya. Begitu juga makanan pun semua sedap-sedap dan mewah-mewah. Terima kasih kepada Media Prima atas sudi menjemput kami.

Syarikat media terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad menganjurkan Rumah Terbuka sempena perayaan Aidilfitri bertempat di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama bermula dari jam 10.00 pagi. Sambutan ini diraikan bersama kira-kira 1,200 kakitangan Media Prima di sebelah pagi dan menerima kunjungan lebih kurang 1,000 tetamu jemputan bermula dari jam 3.00 petang. Majlis ini turut dibawakan secara lintas langsung melalui program Wanita Hari Ini pada jam 12.00 tengahari untuk berkongsi bersama-sama penonton kemeriahan Rumah Terbuka ini.

Acara pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi dan majlis diacarakan oleh Faizal ismail, Nurul Syuhada dan Ally Iskandar. Diikuti dengan ucapan ringkas dari Pengerusi Media Prima Berhad, Dato’ Abdul Mutalib b. Datuk Sri Mohamed Razak. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mengundang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Sayang, Rawang Selangor untuk menerima sumbangan duit raya daripada Tabung Bersamamu berjumlah RM4000.

Penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Dato’ Abdul Mutalib b. Datuk Sri Mohamed Razak, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Encik Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan, Pengarah Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Dato’ Kamaruzan Hj Zainal, Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Eksekutif NTV7, Dato’ Anthony Firdauz Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MPB, En. Amil Izham Hamzah.

Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada artis tanah air yang turut mengambil bahagian di pentas untuk bersama-sama menyemarakkan lagi majlis ini. Antara artis yang membuat persembahan ialah Cicik (Akademi Nasyid), Ayu (OIAM), Shahila (OIAM), Nita, Nubhan, Ruffedge, Mila dan Jay Jay.

Apa yang lebih menarik, majlis ini turut digamatkan lagi dengan penganjuran Anugerah Gerai Terbaik di mana sebanyak 21 gerai dibuka dengan pelbagai juadah yang diwakili oleh beberapa jabatan di Media Prima antaranya Primeworks Studios, TV9, HotFm, NTV7, Kelab TV3, Big Tree

dan banyak lagi. Masing-masing menyediakan pelbagai juadah istimewa dan lazat serta mendekorasi gerai dengan menggunakan kreativiti masing-masing diselangi dengan persembahan untuk menarik hati juri bagi mendapat hadiah menarik yang telah disediakan.

Pastinya, kakitangan Media Prima tidak mahu melepaskan peluang akan busana Hari Raya mereka pada majlis ini untuk memenangi Anugerah Pakaian Terbaik bagi kategori lelaki dan wanita. Antara pada pengadil yang sudi turun padang untuk menghakimi ialah Chef Asri untuk memberi pemarkahan untuk hidangan/masakan, Hamka memberi markah untuk dekorasi dan persembahan manakala Hatta Dolmat pula akan memantau pakaian tercantik.

Manakala untuk acara petang, majlis diacarakan oleh Ally Iskandar, Zakiah Anas, Maria Tunku Sabri dan Akhbar Sahri. Dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Encik Rahman Ahmad,  diikuti dengan persembahan pentas oleh Dayang Nurfaizah, Aizat, Akasia, One Nation Emcees, personaliti TV9, personaliti TV3 (Ally dan Zakiah Anas, Azzura WHI dan Hasfizza Nona, penyampai berita), personaliti 8TV, Nabil, Senario, Noryn Aziz, Faizal Tahir, Personaliti HotFm/FlyFM, Jaclyn Victor, Nabil dan Anuar Zain.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Artis tanah air yang hadir pada hari ini ialah Ekin, Aien, Almy Nadia, Anne Abdullah, Arash Mohammad, Azhar Sulaiman, Beego, Fizz Fairuz, Noor Khiriah, Betty Benafe, Catriona, Darling, Bell, Diana Rafar, Norman Hakim, Eman Manan, Nor Fazura, Intan Ladyana, Kaza, Khatijah Tan, Nanu, Rozie Rashid, Rozita Che Wan, Susan Manon, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Ifa Raziah nyanyi lagu dangdut

Mesra betul Ratu Cucuk ni. I like!

Zahid nyanyi lagu raya

Ifa berkaloborasi bersama Faizal AF

Dihoskan oleh Ally Iskandar. Semalam mengaku baru je putus cinta.

Nita Hamzah bersama Zahid Baharuddin

Budiey bersama suami penyampai Hot FM, Azura. Nama dia Shaffique.

Budiey bersama pemenang pakaian paling cantek, Abang Mat aka Yasmine PR TV3. Tahniah Abg Mat

Ruffedge pun ada

Budiey bersama Nita dan Zahid

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Gambar Sofea Jane di Rumah Terbuka Media Prima
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Video Siti Nurhaliza Nyanyi di Rumah Terbuka Media Prima
  • Gambar Terbaru Nikki di Rumah Terbuka RIM
  • Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3
  • Malam Gema Puisi Gaza TV9
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Gambar Siti Saleha di Media Prima TV Networks Screening 2012



  • 15 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Rumah Terbuka Media Prima”

    1. Miss kata:

      cOMELNYA nITA N zAHID!!!

    2. Mohd Ismail kata:

      Dihoskan oleh Ally Iskandar. “Semalam mengaku baru je putus cinta.”

      Menarik tu.. xde details? he he

      http://www.ohbulan.com/gambar-ally-iskandar-teman-wanita-di-mid-valley/

    3. june kata:

      ifa mmg peramah..i also like hehe…

    4. abby kata:

      ifa memang peramah,

      nita dan zahid tu mmg x bole dipidahkan, agaknya bila nk berduet?

    5. SPORTY kata:

      Semalam banyak betul ‘Open House’…Tapi Suria FM punya memang best! ada Erra Fazira yang makin cantik dan nampak dah kandungannya:-)…
      Pasangan bakal pengantin Mawi dan Ekin pun datang di Restoran Puteri Sungai Penchala…

    6. yati kata:

      suka tgk Ally Iskandar kat MHI.. pengacara yg berilmu. :)

    7. obefiend kata:

      nita looks bloody rough. what gives nita.

    8. mell kata:

      nape fafau tak jd host sekali? slalunya fafau n fbi tak dpt dipisahkan..hehe..

    9. kyle kata:

      budiey..byk2 p open house, function semua, x jumpa fasha sandha ke?? ke budiey pon banned FS gak?? kalo jumpa FS tolong le ambik pic dia…rindu sgt kt dia…ye lah…nk harapkan paper mmg x kluar dah citer dia…so harapkan sensasi selebriti je lah…hehe…

    10. Syazleen kata:

      Apesal Budiey tak pakai baju melayu? Kalo pakai, mesti lagi hensem. Lain kali nak tengok la Budiey pakai baju melayu k.

    11. Budiey kata:

      Syazleen, hehehe hari tu, Budiey kena attend banyak event. So, rasanya pakaian macam ni dah kira sopan dan kena pada tema kot…

      Okay, next time Budiey akan pakai baju Melayu… tahun depan la ya?

    12. MIN kata:

      SELAMAT HARI RAYE…SELEBRITI KALAU TAKAT LAWA BERGAYE JE,TAPI DISPLIN,ILMU TAKDE,TAK BEST JUGAK…APE KT ADEKAN PERATURAN,NAK JADI ARTIS KENA ADA KELULUSAN MCM NAK JADI CIKGU KE,KERANI KE…BARU KURANG BERITA TAK BEST KAT AKHBAR2 ATAU MANE MANE…SORRY SEKADAR CADANGAN…

    13. Qaseh kata:

      wahh..elly br putus cintaa..heheee..
      bestnyee tgk budiey posing2 tuhhh…

    14. syuhada kata:

      asssalamualaikum….hai sye mint sgt rancangan di tv3..dan sya harp thn dpan cbe g untk membri rancangan yg lbh mnrk g ok….

    15. syuhada kata:

      assalamualaikum…sye mnt sgt rncgan di tv3..sye hrp thn dpn lbh mnrk g ….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK