Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aizat AF5
Sejurus selepas Readers ToGether Gather Sensasi Selebriti - 9 September, Budiey dan Rizal terus bergegas ke Rumah Terbuka Aizat AF5 yang diadakan di kediaman Aizat yang terletak di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor. Jam 3 petang, tanpa sebarang masalah, Budiey tiba di perkarangan rumah Aizat dengan disambut mesra oleh orang kuat Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Begitu ramai peminat, sahabat dan famili Aizat yang datang tidak putus-putus menjadikan open house yang pertama kali diadakan ini nampak meriah sekali. Makanan dan hidangan untuk tetamu juga sedap-sedap belaka. Mahu saya bedakan dengan Open House KRU minggu lepas? Huhu… pastinya makanan di sini jauh lebih sedap dan lebih mewah daripada rumah terbuka KRU yang hanya menjamu meehun dan karipap?
Selain dari murtabak, saya suka makan satay dan laksa penang yang katanya semua masakan disediakan oleh pihak catering yang ditempah khas. Mesti banyak budget yang keluar, kan? Kepada Aizat AF5, terima kasih kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.
Budiey juga sempat bertemu dan berborak dengan pelakon drama Kerana Cintaku Saerah, Isma Yusoof yang kini sedang sedang bersiap sedia untuk menjalani pengambaran drama seram ala Saka terbitan astro, GAIA selain sibuk menjadi pereka poster untuk filem terbaru Afdlin Shauki, Papadom; sebuah cerita tentang seorang bapa, seorang anak dan papadom?
Aizat Tembusi Indonesia?
Aizat, pendatang baru dalam dunia seni yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia dikhabarkan akan menjalani proses rakaman di Indonesia bagi projek album terbarunya, di bawah bimbingan penyanyi terkenal Indonesia, Kerispateh. Belum-belum apa-apa lagi Aizat sudah mahu tembusi pasaran Indonesia? Sanggup ke Indonesia semata-mata untuk mencari lagu? Mungkin Aizat bersependapat dengan Anuar Zain yang sentiasa inginkan produk yang terbaik selain dapat menimba pengalaman di sana.
Menurut pengurus Aizat, Kerispateh pada dasarnye telah bersetuju untuk bekerjasama dalam melahirkan album terbaru Aizat ketika pertemuan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun Aizat seorang artis baru, namun mereka bersetuju menyumbangkan material dan merakamkannya di Indonesia. Soalnya mengapa terlalu sukar untuk mendapatkan bantuan daripada komposer tempatan? Apakah masalah duit, tiada masa diskriminasi atau perasaan prejudis komposer kita?
Untuk pengetahuan pembaca, album terbaru Aizat dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Dengan mempertaruhkan 4 lagu yang diciptakan sendiri oleh Aizat serta selebihnya adalah ciptaan komposer tempatan termasuk Ajai, Pacai dan Indonesia yang turut sudi menyumbangkan lagu mereka di dalam album ini.
Sesuatu yang teristimewa untuk peminat, Aizat juga teruja untuk menyampaikan sebuah lagu dalam bahasa Jepun yang cukup menyentuh perasaan ala-ala lagu Miraie? Hanya tunggu sahaja bagaimana rentak lagunya. Kos pembikinan album ini akan ditanggung bersama, di antara Maestro Records dan Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd, syarikat milik Aizat sendiri.
Selain lagu Sahabat, single terbaru Aizat - lagu Hanya Kau Yang Mampu sedang galak diputarkan di corong-corong radio seluruh Malaysia.





Technorati Tags: gambar aizat af5, profile aizat af5, akademi fantasia 6, album terbaru ramlah ram, aizat gossip, zahid cinta nita, tunang aizat, aizat di indonesia, kerispatih album, taufik komposer lagu, macam-macam aznil jadual rakaman, open house selebriti, catering paling sedap, resepi satay, sate haji masur, ampang point, bowling tournement alamorphosis bts
Tags: Aizat AF5, Gambar, aizat di indonesia, aizat gossip, akademi fantasia 6, album terbaru ramlah ram, ampang point, bowling tournement alamorphosis bts, catering paling sedap, gambar aizat af5, kerispatih album, macam-macam aznil jadual rakaman, open house selebriti, profile aizat af5, resepi satay, sate haji masur, taufik komposer lagu, tunang aizat, zahid cinta nitaBaca artikel lain yang berkaitan:

















November 4th, 2007 at 5:28 pm
aku juga diperdengarkan dgn single terbaru mereka semalam..terima kasih diucapkan kepada N..kerana sudi melayan kami berdua..huhu budiey ade citer menarik semalam sebelum aku masuk rumah ni..haha..nak tergelak pun ada
November 5th, 2007 at 1:04 pm
Budi, tergoda lak ngan sate tuuuuuuuuu ..kena carik gak sate jap lagi nih..mengidam ni hehhee
November 5th, 2007 at 1:14 pm
[...] station Aizat AF5 open house at Taman Ampang Utama, Ampang. Actually i want to follow budiey and his group so takdela malu sangat datang rumah artis. Seriously, this is my first time dude. [...]
November 5th, 2007 at 7:42 pm
wakkaka…jumpe budiey tgh jalan ngan vangardx
November 6th, 2007 at 2:12 am
[...] or not. I left Syaifuddin open house at Seremban because I want to Suria KLCC after invited by budiey for gathering in watching movie 9 September together but it is too late. Sorry Boss. After for [...]
November 11th, 2007 at 7:58 pm
[...] or not. I left Syaifuddin open house at Seremban because I want to Suria KLCC after invited by budiey for gathering in watching movie 9 September together but it is too late. Sorry Boss. After for [...]
April 14th, 2009 at 2:29 pm
as’slam………..hai sy tngk okek jugak umh teerbkak ini…..sy pemnat aizat..minat sngt2………..dari mula2 masuk af ag…skrg sy tngk aizat dan makin hensem g2……….syabas cz dh berjaya kurus……………..
April 14th, 2009 at 2:32 pm
i’m siti aishah……i still a new at here……sy nk sngat2 aizat balas komen sy ini…sy peminat finaltik aizt n umr kita sma tauuuuuuuuuuuuu…………….hehehehehehehehehehehehehe
April 14th, 2009 at 2:34 pm
ok i have to go right now…………see u…….byeeeeeeeeeeeeeeeee
salam sayang dri aishah_cute
June 5th, 2009 at 4:15 pm
aizat bleh antar lagu awk kat saya…
saya memang minat sangat kat awk… kalau x bleh xpa lah
tapi jangan kecewa kan saya…
awk antar lah lagu pergi, lagu kita n kau aku k. bye
harap awk antar ye..
June 30th, 2009 at 9:54 pm
hi…..abg aizat….saya peminat lagu yang dikarya sendiri oleh abg aizat…seperti lagu KAU AKU….SEMOGA ABG AIZAT TERUS MENCIPTA LAGU YANG MEMBOLEHAKAN PEMINAT LEBIH MENYANJUNGI ABG AIZAT..BYE…SALAM
July 3rd, 2009 at 7:42 pm
salam aBang Aizat…saye mnat gler ngan abg..
stat msuk af smpy r skunk…
sye hrap abg aizat trus bkarya dan mnyanyi dmi mmajukn indstri
msic ngare kte..tringin na tgk abg aizat blakon…hehe