in ,

Gambar Sekitar Rakaman Idola Kecil Bersama Siti Nurhaliza

DIVA BERTEMU IDOLA KECIL PENTAS PASTI GAMAT

Ingat lagi pada bakat-bakat cilik dalam Idola Kecil Musim Ketiga seperti Harris, Balqis, Puteri, Hadi dan ramai lagi? Sempena dengan Hari Raya yang bakal muncul pada bulan September ini, TV9 akan membawakan satu rancangan istimewa bertajuk “Idola Kecil 3 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” yang menjanjikan hanya yang terbaik untuk semua penonton.

Di dalam rancangan yang akan disiarkan pada Raya Aidilfitri ini, kesemua peserta Idola Kecil Musim Ketiga akan berganding bersama ikon seni negara ini untuk mendendangkan lagu-lagu terhebatnya seperti Engkau Bagaikan Permata yang diberi nafas baru seiring dengan genre muzik terkini iaitu K-Pop , Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi.

Selain itu, Dato’ Siti Nurhaliza dan peserta-peserta Idola Kecil 3 juga akan berbual dan bermain pelbagai jenis permainan dan kuiz yang amat menggelikan hati!

Pada 2 Jun 2011 lalu, telah berlangsung sesi rakaman Konsert Idola Kecil musim ke-3 bersama Dato’ Siti Nurhaliza di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada jam 8 malam.

Lima finalis terbaik Idola Kecil 3 (IK3) begitu teruja apabila dapat berduet dengan penyanyi Nombor Satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Ianya bagaikan mimpi buat Nor Harris Alif Rashidi, juara IK3, dan teman-temannya yang lain iaitu Nor Balqis Ahmad Tajuddin, Shazlin Salamat, Abdul Hadi Mazlan dan Puteri Aszfaryna Khareeza kerana berpeluang untuk berduet dan berkongsi pentas bersama penyanyian idola mereka pada malam 2 Jun lalu.

Rancangan ini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana mereka bukan sahaja berduet bersama Dato’ Siti Nurhaliza, malahan mereka juga turut akan mengadakan permainan dan segmen bercerita yang membabitkan penonton di dalam studio. Menerusi rakaman istimewa ini Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsi cerita menariknya serta pengalaman sewaktu beliau kanak-kanak

IK3 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza ini akan disiarkan selama satu jam menerusi saluran TV9 Di Hatiku pada Hari Raya pertama pada jam 10.00 pagi. Pastinya ia merupakan rancangan yang sungguh menarik untuk ditonton seisi keluarga di pagi Hari Raya kelak.

Pembukaan lagu medley ‘Ku Mahu’ & ‘Ku Milikmu’ yang didendangkan berduet telah memukau para penonton dengan gabungan suara dua dunia yang berbakat. Intro juga akan didendangkan oleh peserta-peserta idola kecil dan Dato’ Siti Nurhaliza mengenai program khas ini. Selain itu, lagu-lagu lain yang bakal memukau penonton semua adalah seperti berikut :

1 Medley Ku Mahu & Ku Milikmu Dato’ Siti Nurhaliza & Idola Kecil 3
2 Engkau Bagaikan Permata Dato’ Siti Nurhaliza & Idola Kecil 3
3 Biarlah Rahsia Putri & Shazlin
4 Medley Purnama Merindu & Percayalah Dato’ Siti Nurhaliza & Putri
5 Nirmala Balqis & Hadi
6 Masri Manis Dato’ Siti Nurhaliza, Balqis & Hadi
7 Destinasi Cinta Dato’ Siti Nurhaliza & Harris
8 Medley Bukan Cinta Biasa & Jika Kau Tak Datang Dato’ Siti Nurhaliza, Harris & Shazlin
9 Medley Cahaya Aidilfitri & Menjelang Hari Raya Dato’ Siti Nurhaliza
10 Anugerah Aidilfitri Dato’ Siti Nurhaliza & Idola Kecil 3

Rancangan khas Aidilfitri Dato’ Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3 ini diterajui oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) dan akan disiarkan pada Hari Raya pertama, jam 10.00 pagi nanti.

Selamat berhibur!

Siti Nurhaliza

Jibam selaku penerbit

Siti Nurhaliza

Harris dan Hadi

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa Himpun 50 Artis Nasyid

Tune Talk Launches Lowest BB Rates In Malaysia