in

Gambar Sekitar Pusingan Separuh Akhir Ratu Jumbo 2011

16 wanita gagah berjuang dalam Pusingan Separuh Akhir Ratu Jumbo 2011
10 peserta dipilih ke Pusingan Akhir

Persaingan sengit antara 16 wanita gagah yang bersaing sesama sendiri untuk melayakkan diri ke pusingan akhir pada Ratu Jumbo 2011 Peringkat Separuh Akhir malam tadi. Daripada 16 peserta hanya 10 dipilih untuk meneruskan ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 1 November 2011. Pertandingan malam tadi dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama adalah pengenalan diri diikuti pembentukan kumpulan di mana peserta-peserta dikumpulkan ke dalam beberapa kumpulan dan menari di dalam pakaian sukan mereka.

Jumbo Queen 2011

10 peserta bertuah yang berjaya ke pusingan akhir adalah  Kelly Ong Kay Li (95 kg) berumur 26 tahun, Purnisha (112 kg) berumur 31 tahun, Winnie Goh Yea Min (117 kg) berumur 29 tahun, Nor Intah Julyana alias Pretty Diamond (100 kg) berumur 33 tahun, Chan Ang Li Honey (89 kg) berumur 22 tahun, Yoong Swen Bulan (94 kg) yang berumur 21 tahun, Sharon Lim Su Ling (120 kg) berumur 23 tahun Irene Wee (85 kg) yang berumur 22 tahun, Azurah Ismail (120 kg) berumur 37 tahun dan Theresa Chin Tze Tze (104 kg) berumur 39 tahun.

Para peserta telah diadili berdasarkan personaliti individu, keyakinan, sokongan orang ramai, pakaian dan prestasi keseluruhan. Peserta yang paling berat dalam pertandingan ini ialah Sharon Lim yang mempunyai berat 120 kg pada usia 23 tahun manakala yang paling ringan adalah Irene Wee yang mempunyai berat 85 kg pada usia 22 tahun yang juga merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini bersama Honey Chan Ang Li yang berat 89 kg. Theresa Chin adalah peserta yang tertua di antara mereka semua (39 tahun). Peserta-peserta ini datang dari pelbagai latar belakang seperti pakar kecantikan, pengurus admin, pembantu peribadi, juruwang, pelajar, pembeli kanan dan pelajar. Pertandingan tahun ini telah menarik ramai peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur sebagai campuran daripada mereka adalah dari Sabah, Kedah, Pahang dan Melaka.

Pertandingan ini terbuka kepada wanita tunggal / berkahwin dengan berat badan sekurang-kurangnya 80 kg. Pertandingan tahun ini menerima kira-kira 100 borang pendaftaran dan hanya 30 dipilih untuk menyertai pertandingan ini selepas sesi temuduga yang ketat. 30 peserta kemudian dibahagikan kepada dua sesi pilihan yang berbeza (Sesi 1 & 2) di mana setiap sesi terdiri daripada 15-15 orang peserta. Setiap sesi kemudiannya akan memilih 8 peserta yang akan memasuki pusingan separuh akhir. Secara keseluruhan, 16 peserta daripada 26 akan layak untuk pusingan separuh akhir . Daripada 16 peserta, 10 akan dipilih untuk pusingan akhir yang akan diadakan pada 1 November 2011.

Para hakim untuk pusingan  separuh akhir terdiri daripada Puan Carina Chow, Pengurus Promosi / Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, Cik Jagan Kelly, Pemenang Ford Supermodel 2009, Encik Steven Wong, Pengurus Jenama, Studio Yen Sdn Bhd, Encik Kenneth Hoong, Pereka Fesyen dan Encik Jeff Chin, DJ MY FM.

En KK Lim, Pengurus Kanan Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza berkata “Ratu Jumbo 2011 menyediakan landasan untuk wanita yang bersaiz besar untuk menunjukkan keperibadian serta bakat mereka untuk bersaing sesama peserta lain untuk memenangi gelaran Ratu Jumbo. Pertandingan ini juga meningkatkan keyakinan dan personaliti besar mereka. “Beliau menambah bahawa pertandingan ratu tahun ini menerima penyertaan yang cukup menggalakkan daripada peserta seluruh negara.

Hadiah lumayan seperti wang tunai dan baucar membeli-belah menanti pemenang-pemenang bertuah. Ratu Jumbo 2011 akan membawa pulang hadiah tunai RM 5000, Baucer Rambut Secolo bernilai RM 1000, Baucer MOG Eyewear bernilai RM 1000, piala dan selampang manakala naib juara pertama akan membawa pulang RM 3000 tunai, Baucer Rambut Secolo bernilai RM 700, Baucer MOG Eyewear bernilai RM 700, trofi dan selampang. Naib juara kedua akan memenangi RM 2000 tunai, Baucer Rambut Secolo bernilai RM 500, Baucer MOG Eyewear bernilai RM 400, trofi dan selampang.

Terdapat juga hadiah saguhati bagi pelbagai kategori seperti “Paling Popular”, “Paling berbakat”, “Undian Terbanyak di Facebook”, ” Anugerah Paling Popular Pilihan Mix FM ” dan ” Anugerah Paling Popular Pilihan MY FM “. Setiap pemenang kategori ini akan dianugerahkan dengan wang tunai RM 500, Baucer MOG Eyewear bernilai RM 300 dan trofi masing-masing.

Ratu Jumbo 2011 ditaja oleh MOG Eyewear bersama Secolo HairDressing dan Face Image oleh Christina Lim Beauty & Make Up Academy. Joan Sports dan Joan Allen adalah penaja pakaian manakala stesen radio rasmi adalah MY FM dan MIX FM. Feminin adalah majalah rasmi untuk pertandingan ini.

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

IMG_2585

IMG_2596

IMG_2603

IMG_2612

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolam Making Competition at The Weld

Aksi Komedi Muzikal dalam Apa Tengok-Tengok