Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN DI MALAYSIA
DAN BAKAL DITAYANGKAN DI SINGAPURA 23 APRIL
Metrowealth (MIG) menerusi filem terbitannya yang ke-28 berjudul Jangan Tegur sekali lagi mencatat kutipan memberangsangkan setelah seminggu ditayangkan di pawagam. Filem bergenre seram ini telah mula menemui penonton sejak 9 April lalu.
Seperti juga Jangan Pandang Belakang dan Congkak, Jangan Tegur juga akan ditayangkan di 11 pawagam di seluruh Singapura bermula 23 April ini. Harapan MIG agar Jangan Tegur mendapat sambutan hebat seperti Congkak yang bejaya meraih RM1.2 juta apabila ditayangkan di sana. Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah filem Malaysia di Singapura.

Pada 13 April lalu telah berlangsung Tayangan Media di Eng Wah Cinemas, Suntec City Singapura khas buat barisan media cetak dan elektronik di sana. Berdasarkan sambutan dan respon yang diberi MIG yakin dengan sambutan penonton di sana apabila ditayangkan nanti.
Jangan Tegur dihasilkan oleh barisan tenaga produksi yang sama dalam menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak iaitu Ahmad Idham selaku penasihat kepada pengarah muda Pierre Andre. Manakala Abdul Azizi Awang Ghazali bertindak sebagai Penolong Pengarah, Indra Che Muda sebagai Pengarah Fotografi dan Ahmad Rusli Mohd. Khadri sebagai Pengarah Seni. Jangan Tegur juga menggunakan khidmat pengarah bunyi dan muzik MIG Sound Factory/ Brian Ng.
Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon utama seperti Nadia Mustafar, Ellie Suriati dan Julia Ziegler dan dibantu oleh Azri Iskandar, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Pierre Andre, Abu Bakar Juah dan Kaza. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain kekuatan mereka menangani watak yang diberikan.
Kelebihan Jangan Tegur adalah jalan ceritanya yang menarik dengan unsur-unsur ’suspen’ dari awal hingga ke akhir cerita. Jangan Tegur telah menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Kelang bermula 16 Mac 2008 lalu.
MIG sangat mengalu-alukan serta mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutamanya media cetak dan elektronik dalam memastikan filem ini terus mendapat sambutan penonton.
Seterusnya, MIG akan tampil dengan filem seterusnya arahan Ahmad Idham iaitu sebuah filem romantik komedi berjudul Syurga Cinta pada 21 May ini. Selain menanti tarikh tayangan bagi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham serta Remp-it V3 arahan sulung Farid Kamil.









Tags: Filem
Tags: FilemClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 17th, 2009 at 12:47 pm
Waaa…..banyak betul waiting list filem metrowealth nie…..bisnes kencang….
April 17th, 2009 at 1:27 pm
david…jgan tegur pierre.he he he
April 17th, 2009 at 2:42 pm
filem seram melayu yang streotype…..asal nampak hantu je..terkejut…asal nampak je hantu mesti terkejut..cube bikin sesuatu yang berlainan…yang boleh mendatangkan kesan terhadap perasaan dan minda penonton..
stakat ni takde bat filem seaakan- akan cloferfield atau quarantin.versi malaysia ( komen positif je ..bukan mengutuk)
April 17th, 2009 at 9:41 pm
# rin kata:
April 17th, 2009 at 2:42 pm
filem seram melayu yang streotype…..asal nampak hantu je..terkejut…asal nampak je hantu mesti terkejut..cube bikin sesuatu yang berlainan…yang boleh mendatangkan kesan terhadap perasaan dan minda penonton..
stakat ni takde bat filem seaakan- akan cloferfield atau quarantin.versi malaysia ( komen positif je ..bukan mengutuk)
Syazleen kata :
Psssssssssssssssttttttttt………….. JANGAN TEGUR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
April 17th, 2009 at 10:17 pm
Bila bab kereta dorang naiki tu langgar arwah pekerja Bangla tu..
boleh secara kebetulan eh..
Jadi betul jugak kata orang2.. nak buat cerita hantu ni bukan mudah woh..
Wallahuwallam
April 17th, 2009 at 11:07 pm
x tau la brp juta lak dapat kt david teo ni..
pembikin filem kita kena tiru cara dia buat promotion, moga2 dpt berlawan secara sihat..
April 19th, 2009 at 12:21 am
jgn100x
April 21st, 2009 at 10:23 pm
Ermm.. Ok la kalu ada 5 bintg sy bg 3 je sbb ikut kpercayaan cina “3 is life” ma.. Lg pn si David ni wat citer ala2 x kene gituh.. Tajuk jangan tegur tp citer ni stat si Julia langgar bebayg gitu masa pakai telefon sambil drive. Da satu kesalahan. Kerajaan kata memandu smbil menelefon BERBAHAYA. Jadi buatla tajuk JANGAN MEMANDU SAMBIL MENJAWAB FON @ JANGAN KELUAR MALAM barula sinonim. Apa yg ptg kerjasama… sbb diorg ni da wat tbaik. Tp David cubala wat citer tu study dulu dalam2 sbb ada manusia yg ada pengalaman dlm hal2 mcm ni. So buat real skit bdasarkan pengalaman itu diadaptasikan dlm filem anda. Klau cerita sejarah bolehlaa ditokok tambah sbb tujuan cerita perlu ada mesejnya bukan sekadar hiburan ok. Diantara Jgn Pandang Belakang, Congkak dan Jgn Tegur ni sy rasa Jgn Pandang Belakang lg real sbb konsep cerita kene jln cerita ada dan ending mantap tp tajuk hampeh tp bolelaa sbb jln cerita ok.. CUBA LG YER!!!!