in ,

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Karipap Karipap Cinta

APABILA KARIPAP DAN CINTA BERSATU, DUA HATI BERBEZA MULA MENYATU, INILAH SEBUAH KISAH CINTA YANG LUCU!

Alhamdulilah semalam telah diadakan Media Prebiu Filem Karipap Karipap Cinta di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada jam 3 petang. Budiey boleh katakan semua pelakon dan penggerak utama filem ini turut hadir memeriahkan majlis.

Kalau berbicara mengenai cinta, bermacam-macam kisah yang akan kita dengar kerana pastinya setiap insan di dunia ini yang telah menempuh alam percintaan mempunyai pengalaman masing-masing yang tersendiri. Ada yang sedih, ada gembira, ada juga yang unik atau pelik, tetapi yang pentingnya ia tetap meninggalkan seribu satu kenangan dalam diri seseorang itu. Kenangan cinta yang sentiasa tersemat di dalam hati itu kadang-kadang akan berbunga kembali jika disuakan dengan sesuatu yang berkaitan dengan kisah cinta kita.

Memahami fitrah manusia sebegini, tidak hairanlah jika novel bertajuk ‘Karipap-Karipap Cinta’ meletup-letup di pasaran. Penulisnya, Nazri M. Annuar bijak memberi apa yang pembaca mahukan. Ia seolah-olah pengalaman membaca sambil meneroka ke dunia cinta sendiri. Patutlah pembaca-pembaca novel ini asyik tersenyum simpul, bahkan sudah selesai membaca pun masih tersenyum! Menyedari novel ini mempunyai satu kisah cinta menarik yang perlu dikongsi, kini menjadi tugas Othman Hafsham untuk menterjemahkannya kepada bentuk visual sekaligus menjadikan naskah novel ini sebuah filem cinta romantik yang amat menarik.

Filem terbitan Cinematic Pictures ini mengangkat sebuah novel popular bakal berada di pawagam mulai Hari Raya Pertama. Persoalan pertama yang akan bermain-main di minda anda sudah tentu ialah karipap. Apalah agaknya peranan kuih karipap di dalam kisah cinta yang dipaparkan menerusi filem ini? Inilah satu keistimewaan cerita cinta yang akan disampaikan kepada penonton. Selama ini mungkin semua orang menganggap kuih karipap cuma sejenis makanan, tapi siapa sangka ia sebenarnya pengikat kasih sayang antara dua hati yang berlainan karektor. Memang pelik tetapi itulah hakikatnya. Mungkin ini satu cerita cinta paling lucu pernah anda saksikan nanti.

‘Karipap-Karipap Cinta’ yang mengisahkan dua perihal hati yang jauh berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula ialah seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.

Keadaan menjadi semakin lucu, apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian telah berlaku akibat pembohongan si Ali ini sehingga huru-hara jadinya. Namun untuk mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Tetapi Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia untuk Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?

Menurut ulasan produser filem ‘Karipap-Karipap Cinta’ ini mengenai kisah cinta yang dipaparkan di dalam filem ini, beliau berkata, “Memang banyak kisah cinta yang telah dihidangkan kepada penggemar filem di Malaysia sama ada hasil tempatan atau luar negara tetapi kisah cinta manakah yang akan paling diingati penonton? Sudah pastinya yang unik dan menarik. Inilah kelebihan yang dimiliki filem ini selain sajian komedi yang menjanjikan kepuasan kepada penonton. Lagi-lagi ianya merupakan adaptasi sebuah novel cinta yang sangat laris di pasaran sehingga mencatat tiga kali ulang cetak. Mungkin ramai yang beranggapan cerita cinta pasti membosankan kerana kurang aksi tetapi ‘Karipap-Karipap Cinta’ tampil dengan kelainan yang pasti membuatkan penonton suka dengan jalan ceritanya.”

Bersedia menemui penonton pada Hari Raya Pertama ini, ianya bakal memeriahkan lagi suasana raya anda dengan menawarkan kisah cinta yang menggamit memori cinta anda, gelak tawa yang meriangkan serta rumusan ceritanya yang santai amat berbaloi untuk tontonan seisi keluarga anda!

Karipap Karipap Cinta

Mellia Aimellia

Karipap Karipap Cinta

Elyas Iskandar

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Syawal Ruslan

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Syamira Azmil

Karipap Karipap Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Tenaga Pengajar Ustazah Pilihan Musim Pertama

Gambar Arrora Salwa di Rakaman Mentor Raya 2011