Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Sekitar Prebiu Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys

Nak kira, panjang gak tajuk filem ni. Semalam, jam 11 pagi, telah diadakan Majlis Pra Tonton Filem Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Metrowealth (MIG) membuktikan bahawa diorang dah berjaya mensasarkan 10 buah filem dalam tahun ini.

Semua pelakon utamanya datang. Baguih noooo!

Filem arahan Ahmad Idham ini mengekalkan konsep komedi aksi yang dilakonkan oleh 3 member Senario, Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet yang semestinya pembaca semua dah tahu bagaimana karakter mereka. Kalau Senario The Movie Episod 1 lalu berjaya mengutip RM4.5 juta selepas ditayangkan pada hujung tahun 2008, nampaknya filem kali ini menagih sesuatu dari penonton.

Rakaman ucapan David Teo:

Penerbit David Teo sempat berucap.

Wahid, Riezman, Mr. David

Ahmad Idham, Lan Pet Pet & Azli

3 Dara

Kali ini, filem yang mendapat kerjasama dari pihak Primeworks Studios dan Golden Screen Cinemas berlatar belakangkan sekitar Pulau Pangkor. Dengan jalan cerita yang berbeza, juga pelakon wanita sebagai penyeri dalam filem ini iaitu Marsha, Maria Farida dan Nik Sayyidah, sudah tentu ada tarikan yang berbeza. Datuk Jamali Shadat pun ada berlakon sebagai tuan empunya Resort Pangkor Laut.

Sepanjang menonton, ada part-part yang boleh mengelikan hati dengan lawak-lawak Senario dan juga Nik Sayyidah yang cakap dalam loghat Siam-Melayu-Kelantan. Ada konsep persahabatan, kesetiaan, dan tak lupa ada unsur-unsur percintaan antara 3 orang ahli Senario dengan 3 gadis tadi. Yang penting, filem ini mudah difahami dengan plot yang ada mesej yang disampaikan secara santai kepada penonton.

Untuk memberi kepuasan, Digital Surround dikekalkan untuk sistem bunyi. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 November 2009.

Antara selebriti yang sempat ditemui di majlis pra tonton…

Artis residen MIG, Lisa Surihani pun turut sama datang.

Sesampai je Lisa, bertemu dengan Azli yang tengah lepak kat luar panggung. Lisa tetap manis, sedang Azli menyeringai senyuman.

Jap, Azli pun nak bergambar dengan poster.

Maria Farida yang makin ceria… cantik.

Marsha yang menyanyi Pokok Kelapak dalam filem ni. Ingat lagi kan lagu tu?

Senario merayu: tontonlah KAMI.

David Teo berbincang next film dengan Nik Sayyidah aka Mek Salam Pantai Timur. Oh, datang dia datang dengan suami tercinta ya?

Ahmad Idham tengah tunggu 3 buah filem lagi tahun depan.

 

 

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Seksi Maria Farida
  • Gambar Terbaru Pasangan Romantik Mek Siti dan Suami
  • Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Pratonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1
  • Filem Senario The Movie Episod 1 Berjaya Pecah Rekod
  • Sinopsis Senario The Movie Episode 1
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • Penerbit Filem David Teo Mencari Pelakon Watak Toyol
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pratonton & Berbuka Puasa Senario The Movie
  • Gambar Marsha Milan Londoh di Premiere Sayang You Can Dance



  • 5 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Prebiu Filem Senario The Movie Episode 2: Beach Boys”

    1. FARAH kata:

      tgok dia punya iklan , bukan main lucu lagi..hope filem ni berjaya…movie day out?heheh

    2. Addinda kata:

      Apa2 pun sokong lah filem kita….hrp dpt menghasilkan filem2 yang bermutu dan dapat di terima oleh semua bangsa 1 Malaysia….moga sukses

    3. Hamba Allah kata:

      Semoga filem ni sukses. Dah tgk sket2 jln citernya kat GSC. Lawak bila Mek Kelate dok ghoyak Siam-Kelate….huhu…

    4. akahtomei kata:

      semoga filem ni berjaya… x sabar nak tggu tayangannya nnt.. mesti meletup nyer lah… tgk muka diorg pn nak ketawa dah…

    5. Tmnet kata:

      Mana nk download?

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!