Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Kayangan

Majlis Pra Tonton Filem Kayangan telah berlangsung di GSC MidValley semalam (tanggal 24 Julai 2007). Sesi tayangan yang dihadiri oleh ramai selebriti ini dianjurkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd selaku penerbit filem dan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem yang menelan belanja kira-kira 2 juta termasuk kos pembikinan filem dan soundtrack ini akan menemui peminat pada 9 Ogos ini. Saya telah pun menonton filem arahan Y.M Raja Ahmad Alaudin ini dan berpendapat ianya sebuah filem yang bertemakan cinta dua darjat yang menghiburkan. Cerita dan idea asal adalah cetusan ilham Y.M Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman dan dibantu oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Nor Baizura Baharuddin menjadikan cerita ini agak santai dalam gaya penceritaanya yang bersahaja. Menggunakan dua latar kota dan desa yang berbeza menemukan dua hati yang bercinta dalam rahsia. Terdapat elemen blog dan masalah sosial seperti mat rempit di sentuh sebagai tambahan yang mencantikkan lagi skrip. Sinematografinya agak biasa pada saya kerana tidak banyak yang memperlihatkan kehebatan. Saya memberikan filem ini sebanyak 3.5 / 5 bintang. Saya akan mengulas filem ini dengan lebih panjang di entri yang akan datang.

Akibat dari suara pelat Indonesia yang pekat dari Teuku Zacky, maka mereka terpaksa menggantikan suara pelakon Indonesia ini dangan suara yang bersesuaian. Patutlah kali pertama saya mendengar suara Teuku Zacky lain macam saja. Sekali dengar macam suara Hans Isaac, dengar kali kedua, persis suara Ashraf Sinclair… tapi kami tidak diberitahu siapakah gerangan pelakon yang mengalih suara untuk watak Tengku Amir. Itu tidak penting. Yang penting, lakonan Teuku Zacky memberi kesan kepada penonton.

Sebagai promosi, peminat hiburan tanahair akan disajikan dengan “Kayangan The Roadshow” sebagai salah satu acara sokongan Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang antara 3 hingga 5 Ogos 2007. Bagi warga Pulau Pinang, anda akan ditayangkan filem ini secara percuma anjuran FINAS di Golden Screen Cinemas Prangin Mall pada 4 Ogos 2007. Pada 5 Ogos pula, pengunjung shopping mall Carrefour Seberang Prai akan berpeluang bertemu dengan para pelakon dan penyanyi runut album Kayangan.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

dynaz

Dynaz

dynaz

nurfazura

tengku

tengku mimi

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Pelancaran Album OST Kayangan
  • Sekitar Penyampaian Hadiah Peraduan Asian Auto - Kayangan
  • Winner Advertlets Referral Contest, Gathering Filem Kayangan & Peraduan Filem Kayangan
  • Gambar Readers ToGether Gather - Filem Kayangan
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini
  • Senarai Pemenang Tiket Wayang Majlis Pra Tonton Filem 9 September
  • Sinopsis Filem Kayangan
  • Sekitar Malam Gala Filem Kayangan: Meriah & Eksklusif
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-4 Sambil Menonton Filem Kayangan
  • Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET