in

Gambar Sekitar Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes

Pada 6 Mac lalu, Budiey sempat hadir di Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes dan Pelancaran Produk Terbaru Hot Perfumes Meteorite di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk info pembaca, Hot Perfumes & Air Freshners Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mengimport, membekal dan mengeluarkan produk-produk berasaskan haruman yang halal bertaraf antarabangsa. Bersempena dengan Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes ini juga Hot Perfumes telah mengeluarkan satu lagi produk bermutu iaitu Meteorite yang merupakan produk baru wangian badan yang mengandungi batu meteor asli dari angkasa lepas di mana ia mempunyai khasiat yang tersendiri dan memberikan keyakinan kepada pengguna. Budiey sudah pun mencuba wangian ini, ternyata ianya sangat berbeza dengan produk lain di pasaran.

Menurut Pengarah Urusan HPASB, Encik Ahmad Shazali, selain memperkenalkan duta Hot Perfumes & Air Freshners, majlis ini adalah untuk memperkenalkan kepada media produk yang mengandungi batu meteor asli dari angkasa lepas di mana batu-batu ini turut dipamerkan semasa majlis berlangsung.

Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes akan diadakan pada 22 Jun 2013 di Hotel Grand BluwWave, Shah Alam dan akan dijayakan oleh pelawak dan penghibur terkenal Salih Yaacob dan Adibah Noor sebagai pengacara majlis. Selebriti ini juga akan menghiburkan penonton dan pengedar dengan lagu-lagu serta celoteh lucu mereka. Selain mereka berdua, tetamu berpeluang mendengar ceramah motivasi daripada Ustaz Haslim Baharin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood.

Para media yang hadir juga berpeluang untuk memenangi dua buah telefon pintar Samsung Galaxy S III dan sebuah Mini iPad.

Di bawah ini beberapa gambar yang sempat Budiey ambil dari lensa kamera Budiey.

Majlis Pra Pelancaran Produk Hot Perfumes

Emcee majlis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasha Aziz Akui Kini Dirinya Masih Solo

Review Hotel Himalaya Kathmandu Nepal