in

Gambar Sekitar Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN

Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN telah berlangsung pada 29 April 2014 lalu, tanggal hari Selasa jam 12 tengahari di One World Hotel. Dianjurkan oleh Anuar Zain Network, persembahan sempena MInggu Setiausaha ini telah memukau kira-kira 700 orang peminat setia yang terdiri daripada setiausaha dan boss.

Persembahan Terindah… Anuar Zain tidak perlu disangkal kerana kekuatan vokal Anuar berjaya menggamatkan suasana tatkala menyampaikan 12 buah lagu antaranya Keabadian Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Terindah, Sedetik Lebih dan Lelaki Ini.

Anuar turut mempersembahkan lagu daripada album terbaharunya iatu Terindah dan juga Kembali Padamu Ilahi sebagai mengingati rakannya yang telah meninggal dunia. Lagu ini akan dimuatkan dalam album terbarunya.

Anuar berkata, persembahan berkenaan benar-benar istimewa kerana buat pertama kali dia terlibat secara langsung daripada urusan persembahan dan juga produksi.

“Matlamat saya adalah untuk pergi lebih jauh, bukan hanya sebuah persembahan tetapi untuk memberikan sesuatu yang lebih bermakna.”

Malah dia juga menganggap persembahan itu bukan sahaja sekadar hiburan sebaliknya dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain. Persembahan sempena minggu setiausaha ini sepatutnya diadakan pada 8 April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada 29 April sebagai menghormati tragedi pesawat MH370 yang dipecayai hilang di Lautan Hindi.

Ia juga merupakan acara termahal Anuar apabila tiket menyaksikan persembahannya dijual dari RM843 sehingga RM1,383. Pada kosertnya sebelum ini iaitu ‘Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 16 Februari 2013, beliau mengenakan tiket sehingga RM698.

Gambar dan photo sekitar TERINDAH ANUAR ZAIN dari lensa jurugambar Taqiyuddin Arifin / Mrtakky Photography

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebalik Tabir Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN

Eksklusif Anuar Zain Nyanyi Lagu Kembali PadaMu Ilahi