Gambar Sekitar Penggambaran Filem Gentayangan Datangku Dijemput
Semalam, Budiey berkesempatan melihat pengambaran filem Gentayagan Datangku Dijemput di Serum, Melaka. Filem ini menjalani pengambaran selama 45 hari dan hanya tinggal 25 hari lagi untuk disiapkan.
Budiey ingin berterima kasih kepada Sahabat Second Life Pictures kerana sudi menjemput dan ‘mengangkut’ para media ke Melaka. TV9, Majalah Sensasi, Malay Mail, Bernama TV, Majalah Hype, Media Hiburan dan beberapa orang penulis blog serta pelajar Aswara merupakan antara yang turut mengikuti rombongan.
Ini adalah pengalaman kali pertama Budiey ke lokasi pengambaran yang jauh luar daripada Kuala Lumpur. Semalam (6 Jun), bas yang membawa kami ke Melaka bertolak dari The Mall telah selamat sampai di Hotel Seri Costa dalam jam 7 malam.
Setelah selesai jamuan makan sambil beramah mesra dengan Datuk Dr Zubir di Restoran Ikan Bakar di Melaka, kami bertolak ke tapak lokasi dalam jam 9 malam. Nasi lemak berlaukkan ikan bakar, kerang, udang dan sotong goreng menjadi santapan yang begitu mengenyangkan. Turut serta para pelakon dan krew pengambaran.

Penerbit filem syarikat produksi Secondlife Picture Sdn Bhd, Datuk Dr Zubir Yahya (kanan) bersama isteri.

Aksi selepas mentekedarah… gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Perjalanan memakan masa 2 jam dan terdapat sedikit masalah dari segi pengangkutan terpaksa ditempuhi. Isunya bukanlah besar sangat pun sekadar sedikit silap faham antara pemandu dengan wakil Sahabat Second Life. Namun, masalah ini dapat diatasi dan tidak menjadi penghalang untuk kami sampai di tapak pengambaran.
Budiey difahamkan pengambaran melibatkan aksi terbang yang akan menggunakan CGI dari pelakon Sheera dan Nasir Bilal Khan di tapak sebuah rumah Melayu lama yang sangat usang. Katanya, rumah ini berusia lebih 18 tahun dan menjadi sarang kepada ular.

Selain berbual dengan Lana Nodin dan Hasnol Rahmat, Budiey juga turut berkenalan dengan Shahriman Wahap, penulis skrip dan PR kepada Sahabat Secondlife. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah sentap setelah idea ‘burung murai’ diciplak oleh Yasmin Ahmad. Selain turut giat menulis blog dan skrip, pemuda berusia 29 tahun ini turut mengendalikan Sahabat Secondlife. Next project, album solo Asri Rabbani dan album solo peniup seruling Mohar (daripada Mohram).
Dikatakan Sahabat Secondlife turut menjemput wartawan daripada Brunei, Singapura dan Indonesia untuk buat liputan meluas tentang filem Gentayangan. Budiey kira, ini satu usaha yang berkesan untuk menimbulkan hype untuk mewarwarkan filem ini.
Untuk info pembaca, Sahabat Second Life baru sahaja ditubuhkan dan mahu mensasarkan lebih 100 ahli. Ianya adalah satu platform bagi menyebarkan maklumat dengan cepat, tepat dan berguna. Sekurang-kurangnya, dengan ada Sahabat Secondlife dapat merapatkan hubungan antara wartawan dengan produksi. Selain, membantu setiap produksi yang dibuat, sebagai orang tengah dalam menyumbang idea dan sebagainya.
Yang mengujakan, Budiey dikhabarkan, sekiranya filem ini berjaya mencapai kutipan RM10 juta sebagaimana yang diimpikan, para ahli Sahabat akan mendapat 10% daripada perolehan tersebut. WOW! Banyak tu!
Bercakap tentang Gentayangan. Apa itu gentayangan? Menurut Shahriman, Gentayangan bermaksud benda yang terapung-apung, tidak jejak di bumi dan tak tergantung di langit. Filem Gentayangan berkisar tentang kisah pertembungan antara ilmu hitam dan ilmu putih ini melibatkan 65 tenaga kerja produksi. Menyelitkan unsur seram mistik dengan sasaran RM10 juta , filem ini hebat diperkatakan oleh ramai pihak media sebagai tidak realistik dan tidak masuk dek akal.
Dengan bajet RM2.5 juta, pengambaran sedang dijalankan di Serkam, Melaka dan di Serom, Muar, Johor selama 45 hari. Menggandingkan seramai 24 orang para pelakon baru dan lama seperti Abu Bakar Omar, Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan, Abu Bakar Omar, Yasmin Hani, Lana Nodin, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Ramai antara mereka telah menggondol beberapa anugerah ‘TERBAIK’. Atas aspek profesional dan komitmen, para pelakon setakat ini memberikan kerjasama yang sangat memuaskan.

Rusdi Ramli dan Nasir Bilal Khan sedang berbincang sesuatu.

Pengarah Filem Gentayangan: Zulkifli M. Osman. Kesian dia, mata lebam akibat berjaga malam.

Nasir Bilal Khan sedang bersedia untuk aksi terbang.
Scene menarik bagi pengarah Zulkifli M. Osman adalah ending scene yang mengambil masa selama lebih 3 hari. Satu scene yag besar dan menggunakan banyak kesan khas. Semalam, kami dberi peluang untuk melihat sendiri beberapa aksi untuk babak tersebut.

Ready?

Abang bomba ni pun ada gak…

Yasmin Hani, watchhaaa…. bersedia nak watcha ngan hantu. Kui kui..

Juru make up untuk special effect yang terkenal, Ella Sandera.
Budiey sempat bertemu dan berbual sekejap dengan make-up artist untuk special effect, Ella Sandera. Sebelum ini namanya Budiey selalu dengar dan disebut-sebut setelah kerja kreatifnya dalam mereka karakter hantu dalam filem Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan Congkak. Kali ini untuk pertama kalinya, Budiey berkenalan dengan gadis yang cukup mesra dengan senyuman. Khabarnya, untuk filem Gentayangan, Ella mendapat upah yang paling lumayan sepanjang kariernya menjadi juru make up. Bayangkan, dengan kerja sebagai juru make up, pendapatan untuk satu produksi boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit dengan hanya 10 hari sahaja.
Bukan senang sebenarnya. Kerja Ella memerlukan kajian dan ketelitian dalam setiap karakter hantu yang mahu ditampilkan di layar perak. Dalam Gentayangan, Ella diberi tugas untuk mereka karakter khadam Kermolok. Kermolok sangat terkenal di kalangan orang Minang. Ianya bukan khadam tetapi manusia yang terkena sumpahan. Sumpah makan tuan, katanya. Dalam filem ini, Kermolok hanya muncul sebagai lintasan sahaja.
Yang menarik, Budiey sempat tengok prop Jenglot yang dibuat sendiri oleh Ella dengan menggunakan getah latex.

Jenglot, monster kecil yang sangat misteri.


Siap guna dua kren.

Tarik tali.

Sheera lega setelah aksi stuntnya diberi tepukan dari semua. Ah… lega, katanya.
noneClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 8th, 2008 at 7:04 pm
when i was a kid. around the age of 9. Zulkifli M Osman and Aziz M Osman shot a really cool cerekarama called Kedai Antik
its basically their take of The Twilight Zone
in that slot they manage to cram in 4 ghost stories.
anyone remember this? its bloody awesome!
June 8th, 2008 at 9:39 pm
kiut gambar kita sedang makan ikan bakar…
June 9th, 2008 at 8:25 am
Wowwwwwwwwwwww!!!!!best la coverage u budiey.Tak Sabar nak tengok barisan pelakon peminat I tauu….more pictures of shera plsssss…yasmin…n lana nordin….
June 9th, 2008 at 5:21 pm
Tak Sabar la nak tengok filem ni d panggung, mesti best kan bila dh siap nti, pelakon2 dia pun best2, tpkan klo ada more pictures bagus, nti tnya Sahabat Secondlife bila nk g lagi hehehe…tq budiey
June 9th, 2008 at 6:57 pm
haa .. kak ella .. mmg kenal dia dari dulu ..
dia nya touch up sangat superb !!
June 10th, 2008 at 1:58 pm
budiey …leh cite skit tak psal filem sepi, aku tak sabar nak tunggu 26 Jun ni…aku memang minat film kabit bhatia…
October 16th, 2008 at 11:06 pm
OI….FILEM BODOH MCM NI MNE BLEY KUTIP BYK….BODO,,,PAYMENT LAMBAT GILA….JANJI TINGAGAL KENANGAN….DAH BUAT KEJA TAPI X BAYAR…APE CITER???
January 7th, 2009 at 12:43 pm
DATO Zubir is dato x btol…smua maen beli2 je…dr pun dia beli je..oooppsss…bg sendiri la… kreta dia besar2..tp smua kena tarik..dia kata dia kena sabotaj..tu xle caya…dia ada bodyguard byk gle..slh satu org pumpkin sbb dia botak..company dia kejap ada kejap xde…mcm biskut…menyampah..byk kena kali kena tangkap tp asyik terlepas..rasa mcm nak pukul je…wokeyh..tata everybody…sekian saja WSLM….
dr deng3 (dari ya bkn doktor)
February 22nd, 2009 at 12:45 pm
Yang hairannya Prof Dato Dr Zubir ni selalu published kat media pasal business dia…Nobody pun kisah kan tang penipuan yang digembar gemburkan….
February 24th, 2009 at 12:17 pm
aku sokong filem ni ,besttt…sapa Dr Zubir ni,nama dia top la kat internet..idea dia ok nak wujudkan melayu baru yg bejaya..napa nak jatuhkan dia..kita sokong dia..k,yg penting niat kita..melayu boleh.
February 24th, 2009 at 12:20 pm
ingat satu je semua kengkawan….ni kata-kata bukan dari sy tp kata kata dlm kitab suci ” kita buka aib org,satu hari Allah bukakan aib kita”..sedar utk direnungi..wassalam.
March 3rd, 2009 at 8:39 pm
hi smua dato2..apa khabar?? aku pun ada dato gak..aku pun anak cucu dato adam dan hawa…he3..btol klu kite bukak aib org. satu hari allah bukakan aib kite..mcm mana pulak mak zubir blh buka aib ank dia hasnol(abg zubir) kat limau?? limau ckp blh cari 1000 org saksi.. confuse la aku..pening2..horh ni baru btol2 mcm cerite melayu..ibu mertuaku..hi3
March 5th, 2009 at 1:54 pm
baru semua sedar…jgn memburuk-burukkan sesapa..mcmni kan bagus,sesama jd org yang bertaqwa….berita terbaru diterima ” Dr Zubir @ Tun Mahathir”…gegar lagi.
March 5th, 2009 at 2:56 pm
alo dato2 ko paham tak pe yag deng3 tulis. suruh anak ko bacakan klu tak sekolah…..deng3 kate,ko tu kate kalu kite bkk aib org lain,allah akn buke aib kite..abih ape cter lak kalo mak die sndri bkk aib ank die hsanol??ko xphm bahase melayu ke…suh sidEK TAMBI tu kasi explain sket kat ko..deyh thambi!!!!!!!!!!!!porah!!!!dorang sume spesen jerk! deng3 bole bkenalan?huahua..
March 5th, 2009 at 3:16 pm
info tkini………………………………………………………….laman web imegresen tuk cek status mamat ni…www.imi.gov.my(status pjalanan)..
ic zubir 670903105157..cek sndri ape yg sngkut..bru tau sape zubir neyh…deng3 n ptri leh knl2??ekekeke..
March 6th, 2009 at 10:19 am
emmm…setakat status pejalananan,300,000 org blacklist memacam perkara..itu normal…pn nora(bekas tim president) pun ada anak luar nikah,menetap secara haram di Malaysia…ok jer…emmm sekadar renungan
March 6th, 2009 at 1:17 pm
aik! haha…eeemmm…aku baru blk dr london ni..sronok r name aku clear…haha…ko tuka crite ye???ekekeke….cian sgt kt ko…hehe…ko kate ko tgk name zubir da clear da stlle sume kple mate ko sndri…siap ade yg minx maap ngn zubir lg..klas gitu…clear kpale lutut ko! oppppsss!!!!!!!!!!!! lpe..ade org xsek…alamak,tlebih sudah(stacy af pnye style)…kne lg ko..hahhaa…cian3..ko tgk blk surat ape yg zubir bg kt ko aritu yg ko kate sume settle tuh..aku UP gaji ko…hahahahahahahahahahahaha…..