in , ,

Gambar Sekitar Pelancaran Mini Album Qalisha

Terlaksana sudah impian anak muda yang berasal daripada Kelantan pada tarikh keramat ini kerana album mininya yang bertajuk ‘QALISHA’ sudah pun berada di pasaran pada 8hb Septermber yang lalu di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

Noor Qalisha Ahmad Rashid atau lebih mesra dengan panggilan Qalisha, mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang penyanyi sewaktu di usia belasan tahun lagi. Bertemu Ajai lima tahun yang lalu di restoran ayahnya di Kuala Terengganu, Qalisha yang masih malu-malu sempat di uji bakat oleh Ajai.

Qalisha

Namun, hasrat gadis ini tidak kesampaian dan terpaksa dipendam kerana keluarganya menetap di Kuala Terengganu dan tidak berkesempatan melangkah ke Kuala Lumpur meneruskan minatnya.

Walau bagaimanapun, jika rezeki telah tersurat, impian tak akan hilang begitu saja. Dua tahun yang lalu, keluarga Qalisha berpindah ke Kuala Lumpur dan peluang ini juga telah diambil oleh Qalisha untuk berkunjung ke studio Wake The Baby dan menyahut cabaran daripada Ajai. Sesi uji bakat ke dua dijalankan dan ternyata Qalisha mempunyai potensi yang tinggi untuk diketengahkan di dalam industri muzik kita.

Dengan pakej yang serba lengkap, Qalisha mengorak langkah mempersiapkan diri bagi memulakan rakaman lagu-lagu yang telah dipersetujui. Keempat-empat buah lagu yang dimuatkan dalam album mini ‘QALISHA’ merupakan hasil ciptaan Ajai sepenuhnya.

Qalisha

Single pertama yang menjadi taruhan merupakan sebuah single berentak balada bertajuk ‘Satu Januari’. Single ini telah diedarkan dan mendapat tempat di corong-corong radio bermula April yang lalu. Bagi melengkapkan lagi promosi single pertama, klip video ‘Satu Januari’ telah dirakamkan. Chunk Azizi dan Elmie bertindak selaku pengarah bagi klip video tersebut.

Di dalam album ini juga, Qalisha berkesempatan berduet bersama Ajai dalam sebuah lagu yang berjudul ‘Takkan Ada’. Album yang berkonsepkan POP ini mengandungi empat buah lagu, dua buah lagu balada, sebuah lagu berentak ‘moderate’ dan sebuah lagi yang berentak ‘fast’. Bagi para peminat yang ingin mengalunkan single ‘Satu Januari’ pula, minus one lagu tersebut disertakan sebagai lagu bonus di dalam album ini.

Lagu-lagu di dalam mini album Qalisha :
1. Satu Januari – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
2. Cerita Cinta – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
3. Bebaskanlah Cinta – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
4. Takkan Ada (duet bersama Ajai) – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)

Qalisha

Bersempena dengan pelancaran album ini juga, pihak Wake The Baby dan Qalisha ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak menyokong kerjaya dan perjalanan seni Qalisha. Pada hari ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak media, rakan-rakan artis, Warner Music selaku pengedar album Qalisha, pihak penaja bersama seperti

• RIZMAN RUZAINI yang telah menaja busana Qalisha
• JAMU MAK DARA di atas tajaan goodie bag
• MAMEE & LEVIS EYEWEAR di atas tajaan hadiah cabutan bertuah
• Rakan-rakan media dan rakan-rakan artis yang hadir
• Ahli keluarga Qalisha dan tetamu-tetamu yang dihormati
• Pihak Warner Music (M) Sdn Bhd
• HARD ROCK CAFÉ, dan semua individu yang terlibat.

Album mini ‘QALISHA’ telah berada di pasaran di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd bermula 8hb September, 2011. Dapatkan yang original!

Qalisha Profile A5
Qalisha
Qalisha
Qalisha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah

Motor Naza Blitz Hadiah Cabutan Bertuah Rockaway 2011