Gambar Sekitar Pelancaran Drama Kerana Karina 2 - Gua.com.my
Pada 7 Mei 2008 lalu, bertempat di Bijou di Mont Kiara Damai, satu majlis pelancaran Drama Kerana Karina 2 anjuran Portal Terbesar di Malaysia iaitu Gua.com.my.
Untuk info semua pembaca, Kerana Karina 2 dapat ditontoni mulai 16 Mei ini di Portal Gua.
Budiey sampai seawal jam 3 petang. Padahal majlis bermula pada 3.45 petang dengan ucapan alu-aluan dari emcee yang menggelarkan dirinya, Shai. Mati-mati Budiey ingat Emcee yang punya wajah komersial ini adalah selebriti. Rupa-rupanya, Shai adalah staff di Portal Gua. Memang famili GUA sangat besar. Patutlah, Gua dapat mengalahkan Portal Murai , Mstaronline menjadikan dia adalah Portal Hiburan dan Gaya Hidup Terbesar. Ini buktinya.
Perbedaan antara statistik portal ini boleh diukur dengan melayari web Alexa.com.
Budiey rasa, ini satu strategi yang bagus kerana Portal Gua juga menjemput para penulis blog untuk mempromosikan produk mereka berbanding portal hiburan lain yang menyisihkan kredibiliti blogger. Mungkin mereka mengganggap blogger adalah pesaing bagi mereka tetapi bagi Budiey blog bukan pesaing untuk portal. Blog bersifat lebih kecil dan sangat picisan sedangkan portal lebih gah dan mempunyai staff yang ramai serta peruntukan yang tinggi.

Emcee yang bersuara manja, Shai namanya

Zizan Nin & Diana Rafar. Antara penggerak utama Kerana Karina 2

Dari kiri, Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil dan Norman Hakim; kekasih baru Karina?
Dihadiri oleh sebilangan pelakon utama kecuali Bell yang kini sedang menjaga ibu dan kedua orang adiknya yang terlibat dalam aksiden jalan raya.
Dimulakan dengan ucapan dari Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil. Antara yang diperkatakan;
“Ketika Drama Kerana Karina dilancarkan tahun lalu, pihak kami tidak meletakkan ekpektasi terlalu tinggi. Ini kerana formatnya drama ini agak berlainan iaitu eksklusif untuk pelayar internet sahaja. Namun, dengan sokongan semua, drama ini telah berjaya mendapat bilangan penonton yang agak memberangsangkan iaitu seramai 834,000 penonton. Untuk siri kedua ini, kami mensasarkan 1.2 juta penonton.”
“Kejayaan ini telah menarik perhatian Kao Laurier untuk menjadi penaja untuk drama berantai Kerana Karina 2. Dengan kehadiran pelakon baru akan mengukuhkan lagi drama ini sebagai drama bersiri online pertama di Malaysia. Tidak hairan, atas sambutan ramai, Kerana Karina 3 juga akan ditaja oleh Kao Laurier menjadikan drama ini sebuah trilogi!”
M Zulkifli juga turut menyumbang lirik untuk lagu tema Kerana Karina 2, Tiada Sekali yang dinyanyikan oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia ciptaan Johan Nawawi. Untuk pembaca yang ingin mendengar lagu ini, sebuah album runut akan diterbitkan secara digital dan boleh dimuatturun secara eksklusif hanya di Portal Gua Muzik mulai 16 Mei ini. Selain lagu Tiada Sekali, lagu Yang Mana (Marsha) serta empat buah lagu lain turut dimuatkan.


APA YANG MENARIK?
Drama Kerana Karina 2 disokong oleh pelakon asal iaitu Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Roslan Aziz, Bell Ngasri dan Chelsia Ng. Watak karina yang dipegang oleh Marsha juga berlainan sedikit dengan perubahan pada karakter. Kalau dulu, Karina agak naif dan lemah lembut tetapi kali ini Karina lebih ganas sedikit. Musuh ketat Karina adalah Zelfa yang dibawa oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia yang mana menjadi perampas kepada cinta baru Karina lakonan Norman Hakim.
Selain itu, pelakon baru diletakkan untuk menjadikan drama ini lebih meletop iaitu Norman Hakim, Nabil Mentor Tunku Tiara Yasmin Sofia OIAM 2 dan Diana Rafar. Diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed, Kerana Karina 2 menjanjikan plot, aksi mendebarkan dan skrip yang lebih teliti serta perkembangan watak yang lebih mendalam. Termasuklah watak lelaki lembut yang dipegang oleh Bell dan pengurus kepada Karina, Sazzy Falak. Penonton pasti tersentuh untuk babak akhir yang lebih tragis. Nak tahu bagaimana tragisnya, korang kenalah tonton di Portal GUA.
Di majlis sidang media, para media berpeluang menonton dua episod Kerana Karina 2. Bukan itu sahaja, kami juga diberikan DVD Kerana Karina musim pertama. Budiey difahamkan DVD dan VCD Kerana Karina ini akan dipasarkan atas permintaan ramai. Harganya sangat murah. Hanya RM13.90 sahaja. Memuatkan video klip lagu tema Yang Mana nyanyian Marsha, interbiu bersama pelakon dan behind the scenes.
Cuma satu yang Budiey keliru (Gegirl kheliru…LOL!), tidakkah tindakan memasarkan DVD ini akan menjejaskan tontonan. Mungkin akan berlaku kerana penonton tidak lagi akan menonton di Portal Gua kerana mereka sudah tahu, lambat laun DVD akan dikeluarkan. Jadi, apa susah-susah tonton di Portal GUA. Dengan masalah internet yang lembab dan sebagainya, baik beli DVD je.
Mungkin Alt Media mempunyai strateginya sendiri. Apa-apa pun, kepada pembaca semua, tontoni drama 24 episod yang akan disiarkan mulai 16 Mei ini. Episod baru akan disiarkan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Untuk pengguna telefon bimbit 3G, korang boleh menonton dengan hanya mendail *32223.
Terima kasih Suraya dan Ayu dari Portal Gua kerana sudi menjemput Budiey.com untuk turut mempromosikan drama Kerana Karina 2 kepada pembaca kami.
Technorati Tags: drama kerana karina, portal gua, guamuzik.com.my, kerana karina 2 download, torrent, mp3, lirik lagu marsha, lagu Yang Mana, Hanya Sekali Tungku Tiara, Tengku Tiara, Marsha Milan Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Roslan Aziz, Bell Ngasri, Aidilfitri Mohamed, director, adik bell ngasri aksiden, gambar kemalangan, Chelsia Ng

Imran & Karina. Romantisnya? Jangan korang plastik sudah lah!

Norman Hakim yang dikatakan overrated? Drama Jelma pun dia nak sapu jugak? Kesian… ada jugak orang cakap macam tu kat dia.

Nak tahu apa watak Nabil Mentor ni, sila tonton lah!

Tungku Tiara… perampas cinta Karina?

Zizan Nin membawa watak Imran yang juga komposer yang pernah menetap di Amerika Syarikat.

Marsha Milan Londoh semakin lawa dan chanteq!

Diana Rafar yang kini sedang sibuk dengan perniagaan spa nya, D’Laguna di Shah Alam.

Sazzy Falak, sang pengurus Karina yang sentiasa tegar!
Tags: Blog, adik bell ngasri aksiden, Aidilfitri Mohamed, Bell Ngasri, Chelsia Ng, director, drama kerana karina, gambar kemalangan, guamuzik.com.my, Hanya Sekali Tungku Tiara, kerana karina 2 download, lagu Yang Mana, lirik lagu marsha, Marsha Milan Londoh, mp3, portal gua, Roslan Aziz, Sazzy Falak, Tengku Tiara, torrent, Zizan NinBaca artikel lain yang berkaitan:









May 9th, 2008 at 7:55 am
damn
marsha is getting hotter and hotter! i’m gonna watch this fo shizzle!
May 9th, 2008 at 11:44 am
well Budiey, one thing that i noticed about your entry lately, u always give ur readers empty promises. e.g. http://www.budiey.com/sneak-preview-istiadat-persandingan-cucunda-dymm-tunku-yang-dipertuan-besar-negeri-sembilan/ i can’t ever see the “Gambar selebihnya akan disiarkan pada masa terdekat.” I think same goes to this entry. “Nantikan rencana pada esok hari ya. LOL!” So what do you mean by LOL (laugh out loud)? Is it a sign of “don’t view this blog tomorrow, no further details about this entry”. Don’t say that your website is a new media if u can’t finish your entry & fulfill your promises to the readers.
May 9th, 2008 at 1:07 pm
Zerd.drez,
Untuk entri persandingan cucunda DYMM, Budiey belum lagi mendapat press release atau senarai nama VIP yang datang dari pihak Istana. Jadi, benda ni kena ikut protokol dan kelulusan dari Istana untuk menyiarkan berita. Budiey tak boleh keluarkan berita sewenang-wenangnya.
Untuk entri Kerana karina 2, Budiey telah pun menyiapkannya.
Untuk info, Budiey telah pun menarik diri daripada menjadi new media. Dan sekarang Budiey masih menjadi blogger yang sangat picisan dan antara sampah sarap yang bertebaran di alam maya siber.
Maaf atas segala kesalahan Budiey.
May 14th, 2008 at 11:11 am
kesiannya budiey, xpe..at least blog u mmg ramai pengunjung..
termasukla artis2 plastik yg lebih sampah sarap dari intan permata bak habib jewel
May 14th, 2008 at 11:13 am
yg penting lakonan norman hakim tak best langsung..
takde pun takpe..