in , ,

Gambar Sekitar Pelancaran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013

Salam Sabtu semua, Budiey percaya ramai di antara kalian yang tengah seronok bercuti. Namun, tak kurang, ada yang tengah bekerja. Namun, apa sahaja yang dilakukan, semoga anda semua sihat dan bahagia.

Selain Majlis Nikah Apex & Leuniey, jam 10 pagi semalam juga telah berlangsung Majlis Pelancaran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau AIFFA2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

artis di AIFFA2013

Budiey lihat ramai juga penggiat seni dan selebriti yang hadir, antaranya, Sofea Jane, Zed Zaidi, Kismah Johar, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, pengarah U-Wei Hj Saari, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman dan ramai lagi.

Budiey kira, penganjuran festival dan anugerah ini adalah antara festival filem yang terbesar kerana AIFFA2013 bakal mengiktiraf filem-filem cereka dan pendek karya para penggiat seni 10 negara Asean iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam. Satu kebanggan bagi Malaysia kerana dapat menjadi tuan rumah untuk AIFFA kali ini.

Selain artis, majlis ini dihadiri oleh para VIP antaranya, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik.

Budiey selaku penulis blog rasmi (Official Blogger) untuk AIFFA2013 turut menjemput beberapa rakan media dan blogger yang lain ke majlis ini. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Secara ringkasnya, Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 atau AIFFA2013 ini akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 Mac 2013.

AIFFA2013 mengalu-alukan sokongan penggiat filem tempatan untuk menghantar seberapa banyak pencalonan yang dihasilkan atau ditayangkan bagi tempoh antara 1 Januari 2012 hingga 1 Februari 2013. Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.aseanfilmfest.com

Antara gambar-gambar menarik sepanjang majlis pelancaran yang diadakan semalam:

Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013
Majlis Pelancaran AIFFA2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Debunga Lalang di Majlis Ramah Mesra Bersama Media

Epic Miniseries World Without End Set To WOW Malaysian Audiences