in , ,

Gambar Sekitar Pelancaran Album Nora HIKMAH

Pelancaran Album Nora HIKMAH telah diadakan pada 17 Mei yang lalu, dan Budiey antara media yang dijemput untuk menyaksikan sendiri buah tangan dari Nora ini dilancarkan. Album berjudul HIKMAH ini berkonsepkan kerohanian, kasih sayang dan kehidupan.

Budiey ini album ini satu penunjuk arah yang lurus di mana ianya seiring dengan penghijrahan Nora sekarang ini yang mengambil keputusan untuk bertudung.

Bagi Nora sendiri, album ini ada kisahnya sendiri sepanjang pembabitan Nora dalam bidang seni yang telah hampir 20 tahun. Satu jangka masa yang agak lama.

Hikmah 2012 diterbitkan oleh syarikat e2Muzik yang menampilkan 15 buah lagu yang dirakam dan diedarkan secara single sebelum ini. Sebagai bonus, peminat yang beli album ini akan dapat juga lagu dalam bentuk minus one. Haa… bolehlah berkaraoke kat rumah kan?

“Album ini menampilkan 15 buah lagu yang dirakam dan diedarkan sebagai ‘single’ sebelum ini dan mesej disampaikan adalah bersesuaian dengan penghijrahan saya.

Tambah Nora, dia juga turut merakamkan semula lagu popularnya, Di Persimpangan Delima dengan menampilkan lirik baru berjudul Hikmah bersesuaian dengan konsep album tersebut.

Nora berkata, dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk memilih lirik bagi memastikan ia sesuai dengan melodinya.

“Saya memilih lirik daripada Amran Omar kerana ia paling sesuai menggambarkan konsep keseluruhan album itu,” katanya.

Selain Hikmah, antara lagu lain yang turut dimuatkan antaranya Puisi Hidup, Terima Kasih Ibu, Dari Mata Sedih, Cinta Sebenarnya dan Tulus.

Nora turut berduet dengan tiga anaknya menerusi lagu Doa.

Antara komposer yang terlibat adalah Adnan Abu Hassan, Gjie dari kumpulan Sixth Sense, Sharon Paul dan Wan Omar Ariffin.

Dalam perkembangan sama, Nora berharap peminat dan masyarakat akan terus memberi sokongan kepada lagu-lagu berkonsepkan kerohanian supaya ia terus mendapat tempat sekali gus memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, pada majlis sama, Nora turut dilantik sebagai duta produk minyak Argan dari Maghribi iaitu Secretleaf.

“Saya bersyukur kerana pihak Secretleaf memberi kepercayaan ini dan bersetuju mewakili mereka setelah mencuba sendiri produk yang ditawarkan, ia ternyata bagus,” ujarnya.

Pelancaran Album Hikmah Nora

Johan Nawawi, komposer dan suami Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

Pelancaran Album Hikmah Nora

NORA

NORA

NORA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

adidas Launches Latest Men Fragrance Extreme Power

Gambar Zain Saidin Bersama Emak di Hari Ibu Rafflesia