Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1

Parti Ulangtahun ke-2 Budiey.com telah pun diadakan dengan sederhana dan simple di Kafe Rasa Utara. Pagi 10 Januari adalah antara pagi yang sibuk. Pagi tu jugak goodie bag disiapkan untuk korang, pagi tu jugaklah Budiey pergi ambil kek parti ulangtahun… memang agak rushing sikit. Nasib baik ada AJK yang sudi menghulurkan bantuan. AJK ini terdiri daripada geng yang menggelarkan diri mereka HONGEH!. Hongeh adalah loghat Negeri Sembilan yang bermaksud kenyang. Budiey nak ucapkan terima kasih sebab korang memang sempoi dan banyak membantu dalam menguruskan parti ulangtahun kedua ini.

Kami tiba di Berjaya Times Square dalam jam 12 tengahari. Ini dia goodie bag yang tersadai di tempat parking

Bersama geng Hongeh di tempat parking.

Goodie bag sumbangan dari penaja

Yang ni goodie bag untuk VIP, selebriti dan tetamu jemputan

 

Kek yang berbentuk NO. 2 ini adalah ditempah di Sri Gombak. Ramai kata kek ni sedap. Memang best!

Hidangan menanti untuk di’ngap’!

Setibanya di Rasa Utara Cafe, terus siapkan untuk kasi briefing kat AJK.

Tengah kasi briefing dan bagi tugas untuk AJK yang terdiri dari Geng Hongeh

Untuk uruskan pendaftaran, Budiey dibantu oleh 2 Aida. Aida & Aida Arisya.

Lepas briefing, ada sesi foto bersama AJK Geng Hongeh

Di depan Kafe Rasa Utara

T-shirt Eksklusif untuk diberikan kepada 30 orang pembaca bertuah.

Yang tak suka baca Budiey.com, tak leh pakai… hehehe

Faidhi antara pembaca pertama yang mendaftar

Meja pendaftaran…

Peace No War! Budiey & Faidhi BOIKOT barangan Israel hehe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Selebriti Sempena Ulangtahun Ke-2 Budiey.com

Meriah! Ini Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Acara Perjumpaan Sitizone Gathering 2009