in

Gambar Sekitar Movie Day Out V3 Samseng Jalanan

Pada hari Sabtu lalu – 27 Mac 2010 – Budiey telah menganjurkan Movie Day Out – Filem V3 Samseng Jalanan bersama pembaca.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi join. Harap korang berpuas hati dengan goodie bag dan hadiah-hadiah yang diberikan. Semoga kita akan berjumpa lagi di Movie Day Out – Filem Evolusi KL Drift 2 yang akan diadakan tak lama lagi.

Pada hari yang sama Budiey ada menembual secara eksklusif seorang penyanyi kelahiran dari OIAM yang menggelarkan dirinya Rizu. Nantikan temubual Budiey bersama Rizu yang akan diupload dalam youtube tak lama lagi.

Esok, Budiey akan hadir di Pelancaran Drama Spa Qistina yang akan mula ditayangkan pada April ini di saluran 953.

Pelakon-pelakon hebat yang membintangi drama ini juga akan turut hadir di majlis pelancaran ini termasuk Nanu Baharuddin, Tiz Zaqyah, Ijoy, Azizah Mahzan, Riezman Khuzairi, Faradhiya, Nik Zaris Nellydya, Ainul Aishah dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, majlis pelancaran akan turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Hujan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Hari Jadi Anak Adilla Yang Ke-2

GET UP CLOSE AND PERSONAL WITH LOTUS RACING