in

Gambar Sekitar Meet & Mix Veedo.my

Pada hari Ahad lalu, Veedo.my telah mengadakan acara santai kasual, sesi Meet & Mix untuk minda-minda kreatif tanahair beramah mesra, bertempat di Paradiso Lounge, Publika. Veedo.my, sebagai salah satu tenaga kerjasama festival seni visual grafik VGA Fest, telah mengadakan sesi ini sebahagian daripada program hari terakhir festival tersebut.

[dropcap]B[/dropcap]udiey tengok event ni sangat happening dan bakal mencipta sesuatu yang baru bagi penggiat filem bagi menampilkan karya mereka. Kiranya, ia satu platform yang sangat baik. Tapi tengoklah nanti macamana perkembangan dan respon orang ramai.

Veedo

Veedo.my, inisiatif digital terbaru oleh Primeworks Studios dan Media Prima Digital, adalah sebuah laman web yang merapatkan hubungan antara jenama dan pembikin filem melalui pertandingan-pertandingan video yang menarik. Pembikin-pembikin filem profesional dan juga amatur dapat mencadangkan idea-idea mereka melalui laman web ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Sesi Meet & Mix ini telah dimulakan dengan acara prapelancaran bagi laman web tersebut, di mana ketua Veedo.my, Marini Ramlan, berkongsi bersama tetamu-tetamu malam itu mengenai prosedur penggunaan laman web itu serta rancangannya dalam masa yang terdekat. Veedo.my merancang untuk menawarkan lebih banyak pertandingan video pada bulan-bulan yang akan datang, termasuk sebuah pertandingan khas untuk pelajar-pelajar universiti, satu projek kerjasama dengan jenama Live Out Loud (LOL) oleh Rangkaian Radio Media Prima.

Gambar Sekitar Meet & Mix Veedo.my

Veedo

Veedo

Veedo

Veedo

Veedo

Veedo

Veedo

Veedo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Penulisan Ebook Maxis

Gambar Pengambaran Video Klip Semalam Tanpamu KRU Feat Stacy