in ,

Gambar Sekitar Malam Premiere Filem Aku Tak Bodoh

Setelah mengadakan Prebiu Media, Grand Brilliance telah menganjurkan Malam Premiere atau Malam Pembukaan Filem Aku Tak Bodoh di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 23 November lalu.

Filem komedi keluarga ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010.

Semasa pra tonton beberapa minggu lalu, pelakon cilik Rohaizat Hassan tidak dapat hadir. Jadi, untuk premiere beliau sanggup datang walaupun terpaksa terbang dari Miri, Sarawak. Selain Rohaizat, filem ini dijayakan oleh Ariel Zafrel. Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Rohaizat yang menggerak watak Roy juga turut hadir walaupun sekarang ini dia sedang sibuk menghadapi peperiksaan SPM. Tahniah, awak memang seorang yang berkomitmen tinggi.

Berbajet RM1.3 juta, filem diarahkan oleh Boris Boo manakala jalan cerita dioleh oleh Hassan Muthalib. Rasanya, ramai yang dah tahu, filem ni sebenarnya adaptasi dari filem I Not Stupid yang cukup terkenal di Singapura.

Tapi tak lah sama 100% dengan filem I Not Stupid kerana filem ini diolah dan disesuaikan dengan budaya, bahasa dan sensitiviti rakyat Malaysia. Cuma konsep asal sahaja yang dikekalkan.Sudah tentu persembahan atau gaya penyampaian filem ini cukup berbeza sebab pelakonnya adalah dari bangsa Melayu.

Aku Tak Bodoh berkisar Roy, 16, menjalani kehidupan yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Sikap kedua orang tuanya lebih-lebih lagi gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, menyebabkan Roy mula berkawan dengan sekumpulan remaja nakal.

Roy berasa cukup dihargai setelah bercampur dengan komuniti baru itu. Pada waktu sama, adik Roy, Jefri, 8, tersepit dalam dunia ciptaan sendiri kerana tiada siapa mempedulikannya.

Keadaan menjadi teruk apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah. Ibu bapa mereka yang terlalu marah bertindak memukul anak-anaknya tanpa belas kasihan. Ini menjadikan sikap Roy bertambah liar serta sukar dikawal.

Namun, segala-galanya berubah apabila ibu bapa Roy terbaca blog hasil nukilannya mengenai kisah hidupnya.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mereka turut tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya punya motif sendiri ketika bergelut dalam situasi menyalahi undang-undang itu.

Bagi mengetahui kesudahannya, jangan lupa saksikan filem itu.

aku tak bodoh

aku tak bodoh

Para pelakon remaja bersama penerbit dan pengarah

DSC_0074

Ariel Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Bin Sunari ini dikatakan antara pelakon pelapis yang bakal mewarnai industri perfileman. Pernah menjadi pelakon extra dalam Kasut Tumit Tinggi, Kisah Kaisara, Senja Permai, KITA dan Misi Yaya.

DSC_0078

Aeril bersama Rohaizat Bin Hassan (kanan).

DSC_0079

Dua karakter berbeza tapi masih bersahabat baik dalam Aku Tak Bodoh

DSC_0084

Rohaizat pernah menjadi pelakon extra Qalesya, Lembing dan Layang, Ramadhan Tanpamu dan Lukisan Kasih.

DSC_0086

Wan Noor Aizat sanggup terbang jauh nun dari Miri, Sarawak sana,

DSC_0093

Diyana Amira berusia 11 tahun jgk sama dgn Wan Nor Aizzat

DSC_0095

Diyana Amira

DSC_0100

Yang ni pula, Eddy Afro, seorang pelakon remaja yang juga bakal bergelar pengarah muda tak lama lagi.

DSC_0101

DSC_0105

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani

Gambar Selebriti di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember