in

Gambar Sekitar Malam Prebiu Media Filem JIDIN SENGAL

TAYANGAN FILEM JIDIN SENGAL BERMULA HARI INI

Akhirnya, setelah lama menunggu, filem JIDIN SENGAL lakonan lucu lagi menggeletek jiwa dari Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak serta rakan-rakannya akan berada di pawagam pada hari ini.

Jika anda, pembaca yang suka menonton filem santai yang tak perlu untuk berfikir banyak perkara, silalah ke panggung untuk menonton filem arahan pertama dari Esmi Zahara Yusof. Budiey sebenarnya, dah lama mengenali Esmi ni, sejak beliau bekerja sebagai PR di Pesona Pictures lagi. Dulu pernah minta tajaan goodie bag untuk menganjurkan Movie Day Out Filem Waris Jari Hantu, kalau tak silap 4 tahun lalu la. Jika anda masih ingat lagi la kan.

Kalau nak tahu, Esmi Zahara ni adalah anak saudara kepada pengarah tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Patutlah wajah diorang lebih kurang sama kan?

Selain dari mat sengal dua orang tu, filem Jidin Sengal ni sekali lagi memepertaruhkan watak Azrul Zaidi dan Zac Diamond (X-Factor) bergabung kembali bersama dengan beberapa orang pelakon tambahan yang lain.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA FILEM JIDIN SENGAL

Menurut Esmi Zahaara, Filem Jidin Sengal mengisahkan tentang kehidupan realiti pelakon-pelakon ekstra. Ia berdasarkan pengalaman beliau sendiri kerana Esmi banyak berkawan dengan pelakon tambahan. Filem ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak kerana ia dilakarkan dengan mesej yang lebih santai secara umum. Esmi juga berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

Jidin Sengal

“Idea nak buat filem ini dah lama sejak lima tahun lalu, namun waktu itu saya belum ada peluang lagi. Bila penerbit, Ernie Chen menawarkan saya, saya ambil masa tiga minggu untuk berfikir memandangkan ini merupakan filem pertama arahan saya. Masa saya buat keputusan, saya jumpa Shuhaimi dan dia bagi sokongan suruh saya lakukan perkara ini.”

Bagi Budiey, filem ini lebih kelakar dan lebih menghiburkan jika nak dibandingkan dengan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Corak persembahan dan jalan cerita bukan saja menghiburkan, malah sarat dengan mesej positif juga.

Selain daripada Along, Angah, Azrul dan Zach, filem ini turut menampilkan Faezah Elai, Jue Aziz dan penampilan khas oleh Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi. Filem kedua terbitan syarikat produksi outLOUD Studios ini bakal menemui penonton pada 22 Mac 2012.

Majlis Prebiu Media filem JIDIN SENGAL telah pun berlangsung pada 13 Mac yang lalu dan dihadiri oleh semua pelakon utama. Budiey juga dapat saksikan pelakon Faezah Ilai juga terpalit dengan watak yang dibawanya yang menggambarkan beliau merampas kekasih orang, sedangkan filem ini dibuat sebelum ‘perkara itu’berlaku dan segalanya dibuat tanpa dirancangkan. Secara kebetulan. Faezah Ilai turut dilontarkan dengan pertanyaan tentang wataknya itu seperti menggambarkan sikapnya di luar filem.

Apa sahaja kontroversi di sebalik filem JIDIN SENGAL ini, pastikan anda menjadi penonton pertamanya di pawagam hari ini ya! Terus jejak kaki anda di pawagam kerana Jidin Sengal pasti buat anda ketawa.

Budiey juga akan mengadakan Movie Day Out Bersama Pembaca Budiey.com tak lama lagi, namun, untuk korang, jangan tunggu MDO ini sebab tiket percuma dan goodie bag hanya terhad kepada 12 orang sahaja. Kepada yang hadir, Budiey akan kasi hadiah berupa baju T eksklusif Jidin Sengal dan barangan merchandise dari budiey.com.

Layari laman sesawang rasmi filem JIDIN SENGAL:
www.jidinsengal.com

Prebiu Jidin Sengal

Jidin Sengal

Angah Raja Lawak

Jidin Sengal

Faezah Ilai

Jidin Sengal

Jue Aziz

Jidin Sengal

Zack

Jidin Sengal

Along Charm

Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Prebiu Jidin Sengal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dragon Muay Thai Gym Grand Opening

Masalah Kesan Kuning Pada Baju Kini Selesai