in , ,

Gambar Sekitar Malam Berinai Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Gambar majlis pertunangan dan malam berinai Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah berlangsung pada 7 Februari 2016. Lagi beberapa jam sahaja lagi, pasangan “wedding of the year” yang mendapat tajaan berjumlah RM25 Juta Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akan disatukan pada 8 Februari 2016 bertempat di kediaman Syatilla Melvin di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Untuk info, pasangan ini pada mulanya hanyalah kawan biasa dan tempoh berkenalan selama 6 tahun lamanya.

Shaheizy Sam akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 34 tahun dan mengahwini Syatilla Melvin yang kini berusia 25 tahun. Menariknya, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla akan melangsungkan pertunangan pada 7 Februari 2016 manakala perkahwinan pada keesokan harinya iaitu pada 8 Februari 2016.

Kepada peminat, berikut adalah beberapa keping foto malam berinai dan pada masa yang sama majlis tunang Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bertempat di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Sebagai info tambahan, majlis resepsi bagi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 9 Februari 2016 manakala sebelah pihak lelaki pada 20 Februari 2016 bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Gambar kredit kepada Instagram rasmi Sam Tilla

malam-berinai-1

syatilla-1

syatilla-2

syatilla-3

syatilla-4

syatilla-5

syatilla-6

syatilla-7

malam-berinai-2

malam-berinai-3

malam-berinai-4

malam-berinai-5

malam-berinai

syatilla-melvin-malam-berinai-2

syatilla-melvin-malam-berinai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oh!K Shares Six Special Ways to Celebrate Valentine’s Day!

Apa Yang Menarik Dalam Drama AH GAIK