• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

0
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin · Leuniey Natasha
  • — 2 Jan, 2013
Pada 31 Disember 2012 yang lalu telah berlangsung majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha di Dewan Ballroom, Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan

Pasangan sama cantik sama padan itu, tampak menyerlah dengan persalinan songket berwarna maroon keemasan direka Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Majlis bermula jam 9 malam dengan pasangan pengantin diarak masuk diiringi ahli keluarga ke dalam dewan hotel sehingga sampai di pelamin persandingan.

Kedua-dua mempelai ditepung tawar kedua-dua belah pihak keluarga termasuk ibu dan bapa pengantin perempuan, Norlaila Abu Bakar, 40,dan bapa tirinya, Nazri Adnan, 40, serta ibu dan bapa pengantin lelaki, Bidah Ibrahim, 57, dan Che Mat Hussin, 60.

Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan.

Dalam majlis itu juga, bapa tiri pengantin perempuan, Nazri ketika berucap, mengharapkan Leuniey dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan baik.

Beliau mengharapkan mereka bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Selama ini ‘papa’ dan ‘mama’ jaga Leuniey sehingga 21 tahun dan kini dia sudah jadi milik orang. Harapan kami agar Fahmi (Apex) curahkan kasih sayang.”

Dalam majlis itu, Apex melafazkan janji akan bahagiakan isterinya.

“Saya akan bahagiakan dia seumur hidup, tidak kira apa juga keadaan walaupun sakit, jatuh bangun karier saya untuk melayari bahtera rumah tangga kami dengan bahagia. Leuniey memahami karier saya dan mudah dibawa berbincang. Insya-ALLAH, saya akan beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik.”

Ditanya kemahiran Leuniey menyediakan hidangan dan masakan kegemaran, Apex memuji kemahiran isterinya menyediakan hidangan pembasuh mulut pavlova, selain kek serta masakan tomyam.

Sementara itu menurut Apex, buat masa ini, dia dan isteri masih belum menentukan destinasi pilihan bulan madu mereka.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasangan pengacara, Scha Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari. Scha dan Awal merupakan pengacara program bagi Walimatulurus Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang bakal disiarkan di Astro Ria sebanyak tiga episod mulai 5 Januari 2013. Jadi, jangan lupa tonton program ini ya.

Pasangan mempelai ini akan diraikan lagi dalam dua majlis resepsi yang mana sebuah majlis bertandang akan dilaksanakan pada 5 Januari 2013 di kediaman Apex di Kampung Cherang.

Berkongsi perasaaan sebaik saja tamat majlis resepsi, Khairul Fahmi atau lebih senang dipanggil Apex ternyata gembira walaupun amat risau andai ada jemputan tidak dapat dilayan sepenuhnya.

“Saya bersyukur, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ini. Kedatangan anda semua membuktikan bahawa anda semua tetap menyokong karier saya walaupun saya sudah berumahtangga.

“Saya juga berterima kasih kepada keluarga, sahabat, rakan penaja dan media yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Saya mewakili kedua-dua belah pihak keluarga memohon maaf seandainya apa yang berlaku ada cacat celanya.

“Terima kasih kepada Astro, THR Gegar, Era FM, Brands, Ezuwan Ismail, Atiqah Songket dan Bride Sail yang sudah menjadi antara penaja untuk majlis malam ini. Tanpa sokongan anda, mungkin majlis malam ini tidak semeriah sebegini.”

Manakala, sebuah majlis berkonsepkan English akan dianjurkan secara meriah di Hotel The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam.

Apex mengakui masih gementar, namun mengharapkan, majlis di kediamannya pada 5 Januari ini di Kampung Cherang dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur berjalan lancar.

Kredit Photo: The Photolicious

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

apex leuniey

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Akad Nikah Apex & LeunieyApex KahwinFacebook The Photoliciousfoto apex nikahFoto Hantaranfoto leuniey apex akad nikahGambar Apeks NikahGambar Apex BersandingGambar Apex Kahwingambar kahwingambar majlis sanding apexGambar Persandingangambar resepsi apex leunieyGambar Resepsi Leunieyharga The PhotoliciousKhairul Fahmi Che Mat NikahLeunieyLeuniey BernikahLeuniey bersandingLeuniey NatashaMajlis Gambar Resepsi Apexmajlis resepsimajlis sanding ApexNilai hantaranSekali LafazSekitar Majlisselebritisenarai harga jurugambarThe Photolicious

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Farra Juara Idola Kecil 5
  • Next story Jelajah AJL27 Bikin Orang Melaka Pengsan

ENTRI BERKAITAN

  • Mizz Nina & Nuh Hujan Umum Majlis Tunang Kahwin 16 Nov, 2010
  • Gambar Acara Merenjis di Majlis Persandingan Scha & Awal 7 May, 2012
  • Ella Belanja Lebih RM200Ribu Untuk Majlis Resepsi 29 Nov, 2012
  • EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya 23 Oct, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Top Niaga on:Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • fatehahjalani on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.