in ,

Gambar Sekitar Majlis Pra Tonton Jalan Kembali BOHSIA 2

MAJLIS PRA TONTON JALAN KEMBALI – BOHSIA 2 MERIAH

Tanggal 17 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pratonton dan Malam Gala filem Jalan Kembali – Bohsia 2 (atau boleh disebut #Bohsia2 di twitter) di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara.

Budiey tengok ramai selebriti dan media yang datang untuk sokong filem terbaru ini.

Bohsia 2 merupakan filem ke-13 kolaborasi di antara syarikat produksi Skop Productions dan Grand Brilliance. Antara para pelakon yang turut hadir menjayakan majlis ini adalah Syamsul Yusof, Salina Saibi, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan, Serena Redzuawan dan Mak Jah atau lebih dikenali sebagai “Kak Rock”, yang berjaya mencuit hati para penonton yang hadir pada majlis ini.

Syamsul Yusof

Filem bergenrekan aksi ini merupakan filem yang ke – 7 buat pengarah muda yang cukup berkaliber, Syamsul Yusof dan telah menelan belanja sebanyak RM 2.1 juta.

Budiey rasa sangat terkesan dengan lakonan Soffi Jikan dan juga Nabila Huda. Walaupun karakter mereka agak liar, namun gaya lakonan mereka sangat terbaek. Tak caya korang tengok la sendiri kat pawagam.

Menurut Syamsul, filem Bohsia 2 ini bukan sahaja bertemakan isu rempit atau kehidupan sosial remaja pada zaman sekarang tetapi menengahkan unsur – unsur keIslaman yang dapat membuka mata masyarakat dan boleh dijadikan teladan.

Beliau juga menegaskan bahawa keseimbangan di antara elemen – elemen seperti budaya, persahabatan, keIslaman dan kemanusiaan yang ingin ditonjolkan kepada para penonton adalah amat dititikberatkan dalam hasil karya beliau kali ini.

Bapa Syamsul, iaitu pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syamsul kerana telah berjaya menghasilkan sebuah lagi filem aksi yang cukup mantap. Turut hadir pada Majlis Pratonton Filem Bohsia 2 tersebut adalah Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku penerbit bersekutu Bohsia 2.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk dan Skop Productions kerana sekali lagi mengambil kami untuk berkerjasama dan semoga kerjasama antara Grand Brilliance dan Skop Productions dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan tidak lupa juga kepada rakan media di atas sokongan anda,” ujar Tengku Iesta. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama media.

Filem Bohsia 2 yang akan ditayangkan pada 7 Jun 2012 di lebih 80 buah pawagam merupakan sebuah filem terbitan dan edaran bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Segala informasi dan gambar berkenaan filem ini boleh didapati melalui laman web www.facebook.com/skopfanpage atau laman twitter @grandbrilliance.

Syamsul Yusof

Pelakon & Pengarah Syamsul Yusof

Nabila Huda

Nabila Huda

IMG_5969

Syamsul Yusof

Zizan Razak

Zizan Razak

Soffi Jikan

Soffi Jikan

IMG_5987

Zizan Razak

Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri AMEERA Lakonan Rita Rudaini & Syamsul Yusof

Gambar Yuna Zarai di Prebiu Video Klip The Sparkle Project