in

Gambar Sekitar Majlis Pembacaan Skrip Filem Tujuh

Semalam, jam 3 petang telah berlangsung sesi pembacaan skrip filem terbarunya Tujuh yang menjadi  filem pertama pengarah Raja Mukhriz Bin Raja Ahmad Kamaruddin yang telah memenangi Sinematografi Terbaik di Filem Festival Malaysia (2010). Filem ini adalah idea asal skrip adalah olahan penulis skrip, Ellyna Ahmad.

Grand Brilliance selaku penerbit telah mengumumkan sesi penggambaran filem tersebut yang akan bermula pada 20 Mei 2013 di Cameron Highlands, Pahang. Antara barisan pelakon filem Tujuh termasuklah hero Malaya Aaron Aziz, (Artis Lelaki Paling Popular, ABPBH 2011) dan pelakon lama, Wan Hanafi serta barisan pelakon muda paling hangat dan berbakat Malaysia seperti Siti Saleha, Marsha Milan, Cristina Cempaka, Dee Dee Nash, Johan Asari, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim dan Syahrul Ridzwan.

Pelakon Filem Tujuh

Berlatar belakangkan tahun 1977. Pada cuti semester, sekumpulan tujuh orang rakan telah memutuskan untuk mengadakan sebuah parti di sebuah banglo yang dijaga oleh Tok Batin dan anak perempuannya, Suri. Parti liar menjadi tidak terkawal apabila salah seorang dari mereka bertujuh merogol Suri ketika parti berlangsung. Sebaik sahaja parti berakhir Suri bersemuka dengan Sam dan rakan-rakannya dan bersumpah akan membalas dendam dengan membunuh mereka menerusi mimpi. Suri kemudian terjun membunuh diri. Amaran yang dirasakan gurauan menjadi benar apabila Yasmin dijumpai mati tergantung keesokkan harinya. Malah satu-satu daripada mereka hilang secara misteri. Dapatkah mereka yang tinggal melarikan diri daripada sumpahan Suri?

Sesi penggambaran filem Tujuh dijangka akan mengambil masa selama 30 hari, dimana kebanyakkan penggambaran akan berlaku di rumah banglo tersebut. Selain itu, perhatian yang cukup teliti haruslah diberikan khususnya pada reka bentuk set seperti pakaian, gaya rambut dan mekap bagi menggambarkan fesyen ala Retro 70 an.

Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar Grand Brilliance berkata,

“Pihak produksi telah melakukan kerja ‘tambahan’ semasa preproduction dalam mencari lokasi, props serta perabot yang terbaik bagi menyesuaikan jalan cerita dengan era yang kami ingin sampaikan. Kami akan memastikan segala pelaksanaan akan dijalankan dengan cukup teliti bagi membolehkan para penonton menjiwai watak, cerita dan persekitaran era 70 an.”

Filem bergenre seram ini dijangka akan dikeluarkan di pawagam seluruh negara pada 2014.

Pelakon Filem Tujuh

IMG_6061wtmk

Pekin Ibrahim sebagai Mus

Pekin & Cristina Suzanne

Pekin bersamna Cristina Suzanne selaku Suri

Pekin & Cristina Suzanne

Cristina Suzanne

Cristina Suzanne

Cristina Suzanne

Siti Saleha

Siti Saleha

Pekin Ibrahim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sakinah Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim?

Konvokesyen KRU Academy Yang Pertama Kesemua Pelajar Lulus Cemerlang