Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram



Selepas anaknya berusia dua bulan setengah, aktres Nora Danish Hanif, 27, hari ini secara rasminya bersedia perkenalkan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram kepada khalayak. [sumber]

Bekas suami Nora, Toh Muda Rizal Ashram Ramli memangku Rayqal.

 

Bekas ibu mertua Nora, Raja Puan Sri Noorashikin memotong sedikit rambut Rayqal sambil diperhatikan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib (kiri) dan Nora (kanan).

Nora akui memang dia merancang untuk perkenalkan Rayqal kepada orang ramai di majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang di sini pagi tadi.

“Saya fikir lebih mudah untuk perkenalkan Rayqal pada masa sekarang kerana dia sudah tidak meragam apabila sudah besar,” kata Nora yang juga bersedia merakamkan gambar bersama Rayqal jika dipanggil untuk sesi fotografi.   

Bercerita tentang majlis tersebut, ia bermula dengan upacara marhaban, berendoi dan diikuti majlis cukur jambul mengikut adat dan budaya Melayu. Semasa beberapa orang memotong sedikit rambut Rayqal, dia tidak menangis dan diam sahaja. Kiranya, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar. Walaupun sederhana tetapi ia tetap meriah ditambah dengan kehadiran semua tetamu,” luahnya yang berdarah kacukan Melayu dan Myanmar. 

Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami dan mertua tidak pernah putus.

“Sekarang, saya selalu berulang-alik ke rumah bekas mertua dan kami berpakat menjaga Rayqal bersama-sama. Ikutkan saya dengan bekas suami memang tiada ikatan apa-apa, tetapi saya tetap rapat dengan bekas mertua. Jadi, saya terus bersetuju apabila mereka berniat hendak melakukan majlis ini. Lagipun Rayqal merupakan cucu dan cicit pertama dalam keluarga ini,” tutur Nora dengan wajah yang tenang.

Pelakon utama drama bersiri Puteri ini juga tidak kisah seandainya Rayqal selalu datang ke rumah bekas mertuanya sekurang-kurangnya Rayqal mendapat lebih kasih sayang daripada mereka semua. Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 39 dan keluarganya.

Antara tetamu yang hadir adalah rakan artis seperti pelakon Lisa Surihani dan adik pelakon Umie Aida dan pengarah Erma Fatima, Betty. Rayqal dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.

Nora dan Rizal disahkan bercerai pada 12 Ogos 2008 selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai diucapkan suami pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua ketika Nora sedang mengandung empat bulan.

Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul
  • Sah! Nora Danish Bercerai Kali Kedua Hamil 3 bulan
  • Anak Norlia Ghani Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia
  • Gambar Anak Erra Fazira Hanya Boleh Diambil Masa Majlis Aqiqah Cukur Jambul
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Nora Danish Di Pertunjukkan Fesyen Arabian Nite ASK2009
  • Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal



    • kertas putih

      please u u giys… rujuk…. pleaseee…… pleaseeee rujuuuuk semula… u guys sepadaaaaaaaaaaaan sangaaaaaaaaaaaat!!

    • june

      muka baby ikut muka bapak dia arr…

    • http://yahoo.com.my niesa

      kalu fasha sandha gk gmbr nie mesti die cemburu…hak3…hope rizal n nora danish rujuk…lgipun hubungan kedua2 belah keluarga still rapat wlaupun dorang dh bercerai…mak rizal pun berharap dorang jadi suami isteri balik…jgn mkn hati yekk fasha…hehehhehe

    • http://yahoo.com.my niesa

      kalu fasha sandha tgk gmbr nie mesti die cemburu…hak3…hope rizal n nora danish rujuk…lgipun hubungan kedua2 belah keluarga still rapat wlaupun dorang dh bercerai…mak rizal pun berharap dorang jadi suami isteri balik…jgn mkn hati yekk fasha…hehehhehe

    • macam-macam

      walaupun dh berpisah..jgnla sesekali mengabaikan anak tu..anak yg masih kcil tu xbrsalah…dia xtau pape pun..curahkan kasih sayang sbg ibu bapa shingga dia bsar..

    • Ntahla….

      …mmg tul tu…walau sdh terputus hubungan…sama2lah menjaga amanah dr Allah dgn pnuh kshsyg..berilah didikan yg sempurna agar dia mnjadi ank yg soleh kelak…

    • zaa_ikram

      anak itu pengikat kasih hbungan suami isteri..tgk laa diaorg.. :)

    • ct_amyiesa

      comel nyer ank nora…

    • Wati

      Bagus kalau semua pasangan bercerai yg ikut cara diorg ni…
      tak yah la nak sorok anak…itu ini…takde nafkah la…takde kasih syg la..anak terbiar..mcm2 lagi
      suka tgk pasangan ni…. diorg giv n take je tak de nak kecoh kecoh lepas cerai…

    • Dr who

      nora is sure one yummy mummy..!

    • sasa

      Rasa cam terharu tengok pic diorang nie… bahagia jer… rujuklah semula demi anak dan peminat biar padan muka si fasha tu. “Melenting la kau fasha tengok gambar tu”. Tengok muka fasha dah meluatttt sekarang.

    • NaNa

      i pun terharu jugak tgk gmbr diorang ni….. harap mereka dapat bersatu semula… i kagum dengan u nora…

    • anne

      perghh…fasha tgk nie…mau meraung tepi gaung nie….ahaks…..
      pepun…kq nora danish…..ktrg doakn akq bhgia d smping bby comei akq tuuuu….

    • beydah..

      comel ank ‘puteri’ ni..semoga ank yg d anugerahkan olh Allah swt ini..akn d berikan didikan agama dan di jaga dengan penuh kasih dan syang olh ke dua ibu dan bapak nya..

    • Kty

      Bila tengok ‘Puteri’ ngan bekas suaminya rasa terharu pula lebih2 lg dgn kehadiran ‘Putera’ comelni… Sayangnya ko org bercerai… Klu lah ko org dpt berbaik semula kan bagus! Bukan ape.. Tengok ‘Putera comel ni tak lain tak bukan sebiji mcm bapa dia… Mudah2anlah korang rujuk balik… Tengok gambar mereka bertigani trasa mcm keluarga bahagia…Tapi sayang… Aduh sakit jiwa ku… Tak pe lah… Allah je yang membalas!

    • http://anneailing.blogspot.com Anne

      Askum…
      sayang betul tengok gambar mereka ni…
      sayu, sedih & mcm nak nangis pon ada…
      kenapalah dihancurkan sebuah bahtera yg indah ni wahai encik rizal?
      alahai…

    • mimiy

      hebat penangan fasha sandha, nora gini punya cun pun kena cerai .agaknya kalau muka nora ala ala gitu je mcm mana agaknye.nak kata dia cerai pasal perangai nora tk elok mcm tk logik gak sbb elok ke perangai fasha sandha tu?entah la…

    • http://anneailing.blogspot.com Anne

      sbb manusia kadang2 mata je celik
      tapi hati tu buta…

    • masliah

      nora,,tabahkan hati erk..mungkin ada hikmah semua nie…
      tengk jer mcm era bahagia dah skrg..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK