in

Gambar Sekitar Konsert TAEYANG Rise World Tour in Malaysia

Pada 7 Februari 2015, Budiey telah berpeluang untuk menyaksikan sebuah konsert gempak yang cukup happening & hype, Konsert TAEYANG Rise World Tour in Malaysia yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Di mana konsert jelajah persinggahan yang ke-5 penyanyi dan penulis lagu sensasi Korea dengan nama asalnya Dong Young-Bae. Taeyang tu adalah nama glamor je, kalau nak tahu maksud Taeyang adalah matahari…. Sunshine.

Budiey menjadi antara lebih 5,000 orang peminat yang hadir merasa sangat terhibur dengan rangkaian lagu-lagu yang gempak. Antara lagu yang mendapat sambutan dan tepukan gemuruh pastinya lagu Eyes Nose Lips.

Sebelum Malaysia, Taeyang memulakan Rise World Tour di Tokyo dan Osaka, Jepun sejurus selepas melancarkan album solo keduanya ‘Rise’ pada Jun 2014. Kemudian di Seoul, Korea pada Oktober tahun lalu.

Seterusnya bertemu peminat di Hong Kong pada 10 Januari lalu kemudian di China iaitu di Guangzhou dan Shanghai. Selepas ini Taeyang akan meneruskan pula persembahannya di Singapura, Jakarta, Indonesia, Beijing, Thailand dan Taipei, Taiwan.

Ini merupakan konsert solo pertama anggota kumpulan BigBang ini di sini sekaligus menjadi penampilan kali keempatnya selepas pernah muncul bersama anggota lain (Top, GD, Daesung dan Seuring) pada konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour (2012), (G-Dragon’s One of a Kind World Tour (2013), dan Thinking of You Fan Meeting (2013).

Tak nak tulis panjang-panjang, korang tengok jer gambar yang Budiey letak kat bawah ni:

Konsert TAEYANG Rise World Tour in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Separuh Akhir Pertama MENTOR LEGEND

KRU Music Lancar Album Kompilasi GERENTI BEST & GERENTI KAROK