Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Sekitar Konsert Roket Destinasi Bintang



3… 2… 1…! Yeah.. akhirnya roket menuju ke bintang telah pun dilancarkan oleh 3 bintang ternama, Akim, Hafiz dan Aril.

Ternyata mereka happy kerana usaha untuk melancarkan roket ke bintang kemasyhuran telah selamat diadakan tanggal 31 JANUARi 2010 masa pelancaran: 20:30 stesen pelancaran: BORNEO RAINFOREST @ SUNWAY.

Berjaya melahirkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair seperti Nasha Aziz, Maria Faridah, Sofea Jane, Linda Jasmine, Maple Loo, Pat Ibrahim dan ramai lagi, semuanya bermula dari kepelbagaian persembahan pentas yang dibawa oleh Kit Kat Klub Events melalui Kit Kat Klub Variety Showcase.

Selama 13 tahun dalam perniagaan pengurusan acara, antara projek terbaik yang berjaya dihasilkan adalah persembahan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee dan Seasons of Love, karya terbaru oleh tenaga produksi yang sama telah memenangi pelbagai anugerah seni tanahair.

Terkini, Kit Kat Klub Events menguraikan rahsia projek sensasi terbaru mereka iaitu Konsert Roket! Destinasi: Bintang.

Konsert ini merupakan acara kemuncak kepada program reality TV Roket! Destinasi: Bintang yang telah bersiaran selama 7 episod oleh Ten On Ten Picture’s di Astro Ria.

Ditayangkan di kaca tv seluruh Malaysia, ia dipaparkan secara realiti bagaimana Hafiz, Akim dan Aril setelah melalui kehidupan pembelajaran di Akademi Fantasia, kini merasai kehidupan penuh sensasi dalam dunia industri hiburan tanahair.

Program ‘Roket!’ ini telah memberi peluang kepada para peminat menonton rencah kehidupan tiga bintang ini di dalam bengkel dan sesi latihan yang mereka lalui, aktiviti harian di dalam ‘rumah bujang’, dan merasai bersama suka duka dunia realiti perjalanan seni mereka.

Dilancarkan melalui stesen pelancaran di Borneo Rainforest@Sunway pada 31 haribulan Januari yang lalu, ‘Roket!’ mempersembahkan satu persembahan yang menarik selama 90 minit iaitu tarian, muzik dan peragaan fesyen di atas sebuah pentas yang khas direka di atas sebuah kolam buatan dan lataran air terjun buatan yang menakjubkan buat pertama kalinya di Borneo Rainforest@Sunway.

Berpakaian hasil ciptaan Ervan Design, jenama yang merupakan sister brand pereka fesyen Bon Zainal, Hafiz, Aril, dan Akim memulakan persembahan dengan nyanyian secara trio lagu kumpulan The Black Eyed Peas, I’ve Got A Feeling dan mencapai kemuncaknya apabila mereka membawa lagu pujaan peminat masing-masing iaitu Masih Jelas, Menatap Matamu, dan Bengang.

Selain itu, menyempurnakan lagi persembahan mereka adalah gubahan muzik yang diiringi oleh kumpulan pemuzik diketuai pemuzik berbakat Lee Sze Wan, terkenal di atas ‘air tangan’ magik beliau bersama Enfiniti Productions di dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee dan sebagai Pengarah Muzik di dalam Seasons of love Musical Showcase anjuran Kit Kat Klub Events.

Ia merupakan muzikal mini versi Bahasa Inggeris pertama dihasilkan oleh Kit Kat Klub Events.

Tidak dilupa juga pada malam tersebut, persembahan diserikan lagi pertunjukan fesyen dari jenama Amir Luqman.

“Saya begitu berbangga dengan pencapaian Hafiz, Akim dan Aril. Dalam beberapa bulan ini, saya percaya saya telah melihat mereka berkembang dan berubah menjadi lebih berwibawa dan semakin profesional. Terutamanya apabila melihat mereka bekerja dalam konsert ini dengan bertukar-tukar pandangan dan idea bersama-sama dengan pengarah konsert berkenaan konsep yang hendak dibuat sehinggalah garapan muzik sepertimana mereka mahu serta pilihan lagu-lagu yang ingin di bawakan” ujar Datin Seri Tiara Jacquelina.

“Ia merupakan satu perasaan yang hebat melihat hasil persembahan yang mereka usahakan selama ini, berbuah dengan jayanya.” kata beliau seraya menutup perbicaraannya selaku Pengarah Urusan Enfiniti Productions Sdn Bhd.

Tiket pada konsert tersebut berharga RM38 termasuk minuman. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada para penaja utama Konsert Roket! Destinasi: Bintang iaitu:

Secolo Hairdressing – Penaja Rasmi Penggaya Rambut TW Steel Watches – Penaja Rasmi Jam Tangan Borneo Rainforest @ Sunway – Penaja Rasmi Lokasi Ervan Design – Penaja Pakaian Hafiz, Aril, Akim

Amir Luqman – Penaja Pakaian model

Info ringkas tentang Enfiniti Productions

ENFINITI PRODUCTIONS SDN. BHD. merupakan salah satu penyumbang utama kepada peningkatan dan kemajuan industri hiburan dan seni di Malaysia. Syarikat ini yang ditubuhkan oleh pelakon dan penerbit terkemuka Tiara Jacquelina, adalah merupakan penyambungan kepada KIT KAT KLUB Entertainment (M) Sdn. Bhd. dan TEN On TEN Pictures Sdn. Bhd. Ia telah berjaya meletakkan namanya sebagai sebuah syarikat produksi bidang hiburan yang kukuh serta mempunyai reputasi cemerlang di dalam bidang seni hiburan ke arah mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang.

Tahun demi tahun, Enfiniti terus berkembang maju dengan kemunculan beberapa anak-anak syarikat di bawahnya seperti Kit Kat Klub Events, The Borneo Rainforest Cafe and Ruai Supperclub, Enfiniti Films, Enfiniti Theatre, Ten on Ten Pictures, Enfiniti Music & Publishing, Enfiniti Talent Management, The Enfiniti Academy and Warisan – The Malaysian Cultural Village.

Tags: ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Roket! Destinasi: Bintang Hafiz, Aril dan Akim
  • Sekitar Pelancaran Roket! Destinasi: Bintang Akim Aril Hafiz
  • Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia Terakhir
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Ada Kejutan di Konsert Mania Minggu Ke 7
  • Mawi, Adam, Sofaz dan Ahli Fiqir di Konsert Kotex Untukmu
  • Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara
  • Celine Dion Datang Malaysia 4 April ini



  • 11 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Konsert Roket Destinasi Bintang”

    1. DEARzaty kata:

      awww… hahahaa… akim cute seyhh.. !! :)

    2. syasya kata:

      geramnye tngokk akim!!!

    3. Hamba Allah kata:

      Good luck semua…

    4. JutawanGlamour kata:

      emm diorg ada bakat yg patut diketengahkan lagi….

    5. hanis kata:

      ARIL MEMANG CUKUP BERBAKAT!!!!!!!!!TERBAEK WOOOK!!!!

    6. mira hanis kata:

      akim teruskan usaha anda….mira akan teruskan mendoakan akim….AKIM I M YOURS…

    7. shyful kata:

      dlm tv mcm x happening je konsert roket tu..

    8. dani kata:

      encem killer dorang bertige ni dlm rdb!!!BAEK WOOOKKKKKK!!!!

    9. zeti kata:

      go akim.. anda sgt berbakat dlm bidang seni sura.. cute plak tuh… aril 2 bkannye bbkat sgt pown…over je…

    10. azie kata:

      bestlah persembahan korang.gud luck

    11. iqa kata:

      korang ni lawakla.tahlah kenape sbb korang ambik gambar mcm budak2 kot

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK