in

Gambar Sekitar Konsert Kedua Idola Kecil TV9

GEGARAN KONSERT KEDUA IDOLA KECIL

Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama Idola Kecil 3 pada minggu lepas, pastinya konsert kedua ini akan membawa lebih keistimewaan dan daya tarikannya yang tersendiri.

Bakat yang dimiliki oleh setiap peserta cilik ini memang tidak dapat dinafikan lagi dan setelah menjalani pelbagai jenis latihan tarian dan vokal selama 3 minggu, pastinya persembahan terunggul dijanjikan kepada semua peminat setia rancangan kanak-kanak nombor 1 di Malaysia ini.

10 peserta idola kecil 3

10 peserta Idola Kecil 3

Rancangan Idola Kecil musim ketiga (IK3) sudah pun bersiaran di kaca televisyen pada pada 6 November yang lalu dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penonton TV9. Jika minggu lepas para peserta telah memilih lagu kegemaran mereka untuk dinyanyi, pada konsert kedua ini pula, lagu yang dipersembahkan dipilih sendiri oleh pihak TV9 dengan tema “Pop & Balada”.

Berikut adalah barisan peserta IK3 dan lagu-lagu yang dinyanyikan pada konsert kedua:

1. Nurhamilya Adiba Bt. Hamzaidi (Adeeba) 10 tahun Berlari nyanyian Tomok Perlis
2. Nadeera Allysha Bt. Aminudin (Deera) 11 tahun Dan Bila Esok nyanyian Sofaz Johor
3. Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin (Balqis) 11 tahun Jahat nyanyian Stacy Terengganu
4. Shazlin Bt. Salamat (Shazlin) 12 tahun Ku Ada Kamu nyanyian Adira Sarawak
5. Farra Noradzlina Bt. Safwan (Farra) 10 tahun Susun Silang Kata nyanyian Aizat Kedah
6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan (Hadi) 11 tahun Nadiku nyanyian Sabhi Saddi Kuala Lumpur
7. Angelica Paujin (Angel) 11 tahun Realiti Dewi nyanyian Alyah Sabah
8. Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri) 12 tahun Sejujur Hatimu nyanyian Adibah Noor Kuala Lumpur
9. Nor Harris Alif B. Nor Rashidi (Harris) 11 tahun Adrenalin nyanyian Faizal Tahir Pulau Pinang
10. Muhammad Afif B. Abdul Halim (Afif) 10 tahun Kebahagiaan Dalam Perpisahan nyanyian Shahir Kuala Lumpur

Terbaru pada musim ketiga ini, TV9 akan menyiarkan Klip Mini Idola Kecil 3 dan juga Klip Ekstra Idola Kecil 3 pada setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam.

Klip Ekstra Idola Kecil akan dikendalikan oleh DJ HotFM, Ikhwan yang akan membawa penonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas. Dengan adanya tambahan ini, penonton dapat melihat dengan lebih dekat lagi setiap cabaran yang dilalui oleh kesepuluh peserta ini dalam menggapai cita-cita mereka.

Pada malam konsert kedua ini, Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron adalah sebagai juri tetap dan juri jemputan pula adalah salah seorang penyanyi dan komposer berpengalaman iaitu Damien Mikhail. Untuk konsert-konsert yang seterusnya, Atilia akan berpasangan dengan seorang juri tempatan pada setiap minggu dalam menilai prestasi kesepuluh peserta Idola Kecil 3 ini.

angel dan hadi

Angel dan Hadi

Turut membantu para peserta IK3 untuk membuat persembahan terbaik pada malam ini, tiga tenaga pengajar berpengalaman iaitu Cikgu Alfa Booty (pengarah muzik), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) bertungkus-lumus menurunkan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga kepada mereka di dalam kelas-kelas tarian dan vokal.

Tentu banyak nasihat tentang bidang seni yang diberikan kepada adik-adik kecil ini. Sementara itu, tiada penyingkiran untuk malam konsert kedua ini.

Untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan Idola Kecil 3 serta aktiviti-aktviti menghiburkan yang terdapat di dalam Idola Kecil 3 ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil3. Menangi hadiah menarik menerusi HotFM yang juga merupakan radio rasmi bagi Idola Kecil 3.

Sudah tidak sabar lagi untuk melihat dengan sendiri kehebatan peserta-peserta cilik ini? Jangan lupa untuk menonton Konsert Idola Kecil 3 bersama keluarga tersayang pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam hanya di TV9, saluran Di Hatiku!

Budiey: Dengar-dengar, Anugerah Skrin akan berlangsung pada 24 Disember depan. Siapa tercalon ya?

juri tetap (atilia) dan juri jemputan (damian)

Juri tetap Atilia dan juri jemputan, Damian

DSC_2083

cikgu delly, alif satar, cikgu alfa

harris dengan lagu adrenalin

Harris Dengan Lagu Adrenalin

DSC_2416

farra, shazlin, balqis

Farra, Shazlin & Balqis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi A.Merican, Sabhi Sadhi, Amirul Jafril, Senoritaz & Fatin di Soulful Celebrities

Farai Hughgrie Is The Winner Of THE U.O.X. BATTLE OF THE BANDS!