in ,

Gambar Sekitar Konsert Air Supply 40th Anniversary World Tour LIVE in Malaysia

Pada jam 8 malam tadi, Budiey ditemani Cyrill Hassan telah menghadiri Konsert Air Supply 40th Anniversary World Tour LIVE in Malaysia yang berlangsung di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama. Konsert yang diadakan sempena sambutan ulangtahun yang ke-40 grup terkenal itu dalam dunia seni suara bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10 malam.

Sebanyak lebih kurang 14 buah lagu didendangkan dan bergema di dewan yang cukup gamat dengan reaksi penonton dan mereka begitu seronok mengimbas kenangan dan nostalgia bersama alunan lagu-lagu cinta yang cukup syahdu oleh Air Supply. Interaksi dua hala dapat kita lihat ketika mana kedua-dua vokalis Air Supply bercerita tentang pengalaman mereka selama 40 tahun berada di dalam seni hiburan. Jatuh bangun dan pahit manis segalanya dikongsi bersama peminat.

Air Supply

Kami sampai di lokasi dalam jam 8.15 malam. Jadi, ada terlepas beberapa buah lagu, namun apa yang Budiey dapat katakan dewan memang penuh dengan kehadiran peminat. Cukup happening dengan respon daripada peminat yang turut menyanyi bersama-sama sepanjang konsert. Syabas untuk penganjur yang berjaya mengumpulkan peminat tegar kumpulan yang terkenal dengan lagu All Out Love ini.

Air Supply

Terus terang Budiey katakan, Budiey membesar dengan lagu-lagu Air Supply. Pernah dulu masa zaman remaja sekolah menengah, Budiey membeli kaset The Best of Air Supply. Dan pada malam tadi, buat pertama kalinya, Budiey dapat menonton secara langsung persembahan mereka.

Kembali menyorot memori zaman dulu kala masa Budiey muda-muda dulu, Layan lagu-lagu cinta yang klasik. Lagu paling best dan penuh dengan kenangan ialah lagu Making Love Out of Nothing at All dari AIR SUPPLY ni memang cukup nostalgik.

Air Supply 40th Anniversary World Tour in Malaysia dianjurkan oleh Mega Ultimate, Marhaen Productions as co-oganizer, Mega Music World dan Chemical Company of Malaysia (CCM) sebagai penaja utama.

Air Supply

Antara lagu-lagu yang didendangkan sepanjang lebih 1 jam 45 minit persembahan:

Song 1: Even The Nights
Song 2: Just As I Am
Song 3: Every Woman
Song 4: Here I Am
Song 5: Chances
Song 6: Sweet Dreams
Song 7: Goodbye
Song 8: Graham’s Solo
Song 9: Two Less Lonely
Song 10: The One That You Love

(Remark: Interactive with audience, audience sing along with artiste)

Song 11: Lost In Love
Song 12: Making Love

Encore

Song 13: Desert Sea Sky
Song 14: All Out Of Love

(Remark: Interactive with audience, audience sing along with artiste)

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Konsert Air Supply 40 Anniversary

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Terkenal Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Review Ambassador Row Hotel Suites by Lanson Place