in

Gambar Sekitar Karnival Upin Ipin TV9

MERIAHKAN PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU

Karnival Upin & Ipin kembali lagi menemui peminat-peminat setianya terutamanya adik-adik semua di Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 27 dan 28 November 2011. Karnival kali ini semestinya meriah kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan apatah lagi ianya adalah seiring dengan acara aksi sukan air antarabangsa iaitu Monsoon Cup 2011.

KUI

Karnival Upin Ipin yang diadakan selama dua hari ini dibawakan khas oleh TV9 dan Les Copaque ini sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh masyarakat Keseronokan karnival ini akan dimulakan dengan kemunculan maskot watak utama Upin & Ipin serta rakan-rakannya yang lain seperti Kak Ros, Jargit, Fizi, Ehsan, Mei Mei dan Mail. Pada masa yang sama, tujuan diadakan Karnival Upin & Ipin ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat-peminat Upin & Ipin yang berada di Terengganu, Kelantan, Pahang dan tidak lupa juga mereka yang berada di selatan Thailand.

Kemeriahan ditambah lagi apabila pengunjung dapat melihat dan masuk ke replika saiz sebenar rumah Opah dan ‘inflatable dome’ terbesar! Pastinya setiap kali menonton animasi Upin & Ipin, kita akan terbayangkan diri kita berada di dalam rumah Opah. Kini, replika rumah Opah telah tersergam indah menunggu kehadiran anda semua dan jangan lepaskan peluang melihat sekitar rumah tersebut. Pengunjung berpeluang memasuki rumah tersebut dan melihat segala perabot yang ada semuanya sama seperti di dalam animasi No 1 Negara, Upin & Ipin yang disiarkan di TV9.
Pastinya menyeronokkan dan menjadi kenangan buat semua.

Terdahulu ketika Karnival Upin & Ipin diadakan selama dua hari di Johor Bharu, lebih 150,000 pengunjung telah membanjiri Persada Johor. Sambutan yang diterima amat memberansangkan di mana pengunjung telah berada di tapak carnival seawall 7.00 pagi bersama ahli keluarga tersayang. Antara lain, aktiviti yang bakal menjadi tumpuan ramai terutamanya adik-adik semua adalah gerai face painting, serta melihat demonstrasi lukisan yang di bawa khas dari Les’ Copaque Production.

Adik-adik yang begitu meminati animasi Upin & Ipin ini juga boleh masuki pertandingan aksi tiru gaya karakter yang diminati. Kemeriahan tidak berhenti di situ sahaja! Para pengunjung terutamanya adik-adik comel ini juga berpeluang menyaksikan persembahan daripada peserta-peserta Idola Kecil Musim Keempat (IK4) seperti Ahamd Marzuki, Hairul Asri, Irfan Haris, Mohd Syafiqri, Farisha, Nabihah, Nurfazlina, Nurshazleen, Sarah Elyssa, Sharofah Nurhafifa dan Sharifah Rusilmu Imani.

Apa tunggu lagi adik-adik, jom kita ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu memeriahkan lagi Karnival Upin & Ipin di samping melihat sukan aksi lasak air Monsoon Cup 2011.

Mei Mei

jarjit

Upin & Ipin bersama pelakon JUVANA

adik syeila suara Upin & Ipin

KUI 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Bali Niksoma Boutique Beach Resort

Senarai Program TV Sempena Maal Hijrah 1433H