Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2



Salam pembaca semua,

Hari ini, 25 Mac 2010 bermulanya tayangan filem Evolusi KL Drift 2 di pawagam seluruh Malaysia.

Dalam filem ini, anda dapat menyaksikan aksi-aksi stunt yang jarang-jarang dilakukan oleh pelakon di Malaysia. Gerenti gempak dan ada kejutan! Apa yang penting, filem ini di’upgrade’ dan diperkemaskan untuk jadi lebih baik daripada filem sekuel pertama Evolusi KL Drift. Adegan yang cukup dramatik, diselitkan dengan unsur-unsur persahabatan dan percintaan, filem ini pastinya memuaskan hati penonton.

Jadi jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam akan datang. Untuk pembaca budiey.com, Budiey akan menganjurkan Peraduan Movie Day Out filem ini tidak lama lagi dan kepada pemanggil bertuah akan berpeluang menonton filem ini dengan hadiah-hadiah goodie bag. Kalau ada peluang, mungkin Budiey akan menjemput pelakon filem ini untuk turut serta menonton bersama korang. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi.

Pada 20 Mac lalu, Budiey sempat hadir di Majlis Demonstrasi Drift Sempena promosi Filem Evolusi KL Drift 2 yg diadakan di Dataran Merdeka. Acara ini sangat gempak dan nampak meriah dengan pameran dan demonstrasi kereta drift.

Seingat budiey ini bukan kali pertama, Skop Produkstion, GBSB & Toyo Tires selaku penganjur bergabung untuk mengadakan promosi besar-besaran seperti ini.
Selain daripada melihat aksi stunt sukan drift, pengunjung juga boleh melihat kereta-kereta yg dihiasi dengan begitu kreatif & semuanya canggih-canggih.

Seawal jam 1 tengahari lagi, Dataran Merdeka telah dipenuhi oleh ramai peminat yg datang untuk melihat sendiri macamana hebatnya drifter-drifter melakukan aksi stunt mereka.

Selain itu juga, media dan orang ramai juga berpeluang untuk merasai dan menaiki kereta drift. Memang seronok, macam naik roller coaster. Itu kata merekalah.

Karnival Filem Evolusi KL Drift 2 ini nampak tak sempurna jika tidak mendapat sokongan dari pelakon pelakon filem ini sendiri. Jadi, tentunya karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelakon. dan pelakon pertama yang sampai ialah Adam Corrie, Farid Kamil dan Rizal Ashraf.

Budiey juga sempat menemubual beberapa orang pengunjung yang katanya sangat teruja melihat drifter profesional melakukan stunt dan tak sabar-sabar lagi untuk menonon Filem Evolusi KL Drift 2 ini.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi barangan merchandise filem evolusi kl drift 2 dengan meyertai peraduan yg diadakan.

Jadi jangan lupa untuk menonton filem Evolusi KL drift 2 lakonan mantap dari Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Scha Alyahya, Farid Kamil dan ramai lagi… mulai hari ini, 25 Mac ini di pawagam berhampiran dengan anda.


Part 1


Part 2

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Filem Evolusi KL Drift 2
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Team Toyo Drift Competition 2008 @ Speedway Plus Motorsport Circuit
  • Watak Ganas Shaheizy Sam Dalam Evolusi KL Drift 2 Dipuji
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Gambar Aaron Aziz di Red Carpet ABP-BH 2009



  • 6 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2”

    1. juan kata:

      holemakk..heroin baru ar..jgn jalan cerita lama sudey..bole bajet da ending cena..haha

    2. wan89 kata:

      aku tetap suka diana daniel, tak suka ngat scha ni…apapun aku tgk bukan sebab awek tu, sebab kete sport ooo.

    3. nona kata:

      kalo ada pameran keta, lumba keta dan yg sewaktu dgn nya, wajib ada pompuan seksi…ntah apa relevannya, aku pun tk tau..tp apa pun aku dah tawar ati kt scha nih..

    4. wan89 kata:

      takpe, layan je filem ni, dengar kata kos filem ni dah banyak manyaakkk sekali…jadi aku jangkakan yang hebat dari pengarah muda ni, sokong industri filem kita.

      kalau ikutkan perumpamaan ‘perempuan selalu ada dibelakang kejayaan lelaki’ gitula gamaknya kene ada dorang bila ada pameran kereta atau lumba kereta. kalo part perempuan pakai dedah kat litar lumba sebelah kereta, aku pun taktau ooo hadoi penin ar gini..hahaha

    5. liza kata:

      minat giler kat shaheizy tu

    6. Hamba Allah kata:

      Gadis litar tu sexy bangat deh…!! Dah panas gila2 agaknya, tu yg seksi meksi gitu. Apa2pun, kereta2 semua cun oooo….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK