in , ,

Gambar Sekitar Fly FM & Hot FM Be A Star Meraikan Media

Pada jam 8 malam semalam, Budiey dijemput untuk menghadiri Media Nite Fly FM & Hot FM – Be A Star yang diadakan di Cathay Platinum, Cineleisure e@Curve, Mutiara Damansara. Bertemakan Be A Star, di mana sekalian yang hadir turut menggayakan pakaian yang diinspirasikan dari pelakon dan juga karektor filem yang digemari.

Tujuan acara santai ini diadakan adalah untuk meraikan para media yang tak putus-putus membantu dari segi promosi stesen radio ini. Selain kehadiran Chief Operating Officer (COO) of Media Prima Television Networks (MPTN) dan Pengurus Besar Rangkaian Program Radio Media Prima Berhad, Anida Mohd Tahrim, turut hadir ialah beberapa orang penyampai radio Hot FM dan Fly FM seperti Fara Fauzana, Kieran, AG, Ikhwan, Suraya, Zher, Hafiz Hatim dan ramai lagi.

Selepas bersantai dan makan malam, semua yang hadir berpeluang menonton filem Jack Ryan – Shadow Recruit di dewan yang begitu ekslusif lagi selesa di Cathay Platinum Suite. Semua media yang hadir berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti telefon pintar iPhone 5s, iPad Mini, voucher membeli belah dan banyak lagi.

Seronok tengok gaya dan stail masing-masing. Kieran sekarang ni dah simpan jambang sesuai dengan karakter Wolverine. Ikhwan pula siap bawa topeng Iron Man tapi bajet tak cukup untuk lengkap dengan seragam Iron Man. Fara Fauzana pula nampak nak tiru macam gaya Michael Jackson. Tapi kira menjadik gak la. Yang comelnya, Suraya memang lengkap dengan karakter dari sebuah filem animasi. Kalau tak silap, Suraya kata dia beli baju ni semasa di Sydney. AG pula tampik kacak dan segak dengan suit hitam ala pelakon Man in Black.

Peluang seperti ini sangat berguna untuk mengeratkan hubungan media bersama penyampai. Ada di kalangan penyampai Hot FM yang dah lama Budiey tak jumpa seperti Suraya, Azura, AG dan ramai dan Budiey ada bertemu dengan penyampai baru Hot FM iaitu Liza yang memenangi Projek Metro baru-baru ini. Syabas la, usaha gigih dan sifat mahu mencuba akhirnya berhasil. Azura pula sekarang ini sedang sarat mengandung anak yang kedua. Dah 4 bulan ye.

Antara ramai-ramai yang hadir, Budiey telah dinobatkan sebagai Drama King menakala Yanie dari Harian Metro mengondol gelaran Drama Queen dengan membawa pulang voucher RM500 untuk membeli belah di H&M. Terima kasih Budiey ucapkan kepada Hot FM dan Fly FM atas jemputan dan hadiah yang diberikan.

Jom kita tengok beberapa gambar yang sempat Budiey rakam di event santai ni.

Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014
Malam Media Hot FM 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert ERA FM Sayang Sabah Dapat Sambutan Hangat

Tony Fernandes Airline Industry Leader of the Year