in , ,

Gambar Sekitar Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

[dropcap]D[/dropcap]ua konsert percuma yang mengisi slot Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2013 pada 6 hingga 7 Julai lalu masih disifatkan berjaya sekalipun berdepan dengan pertindihan pelbagai acara pada hari yang sama. Tahun kesembilan penganjurannya, FMKL 2013 menerusi tiga elemen iaitu persembahan, keilmuan dan kerohanian. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertindak sebagai penganjur utama dan urus setia.

Konsert malam pertama menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dipanggil “A Night With Life Record” dan diikuti malam esoknya, Konsert Rohani, sekali gus mengalu-alukan kedatangan Ramadan Al Mubarak.

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata:

“Biar ada yang melihat faktor kehadiran acara ini diputuskan pada saat akhir, kami di JKKN terus mahu memartabatkan seni. Pemilihan lokasi konsert iaitu Jalan Raja berdekatan dengan Dataran Merdeka juga cukup sesuai kerana ia antara tumpuan dan tarikan pelancong. Ramadan ini, kita juga mengalu-alukan orang ramai untuk datang memeriahkan Festival Ramadan pula. Pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk acara amal berbuka puasa diadakan tanpa mengenakan bayaran di lokasi yang sama.

“Konsert terbuka serta pelbagai program sempena Ramadan nanti menjadi satu lagi aspirasi JKKN untuj mendekatkan rakyat Malaysia yang sememangnya pemurah dengan golongan yang kurang bernasib baik.”

A Night With Life Record membariskan ramai artis. Yang mencuri tumpuan ialah kumpulan metal paling berpengaruh di negara kita iaitu, XPDC. Kugiran yang diterajui Mael (vokalis), Izo (gitar utama), Zua (bes) dan Amy (drum) itu masih lagi berbisa.

Menjadikan XPDC sebagai umpan penamat konsert ini, ia ternyata berbaloi kerana kehadiran penonton yang dikira agak pasif pada permulaan konsert kian bertenaga di penghujungnya.

Seleksi lagu XPDC seperti C.I.N.TA, Ntahapaapantah, Semangat Yang Hilang dan Apa Nak Di Kata merumuskan bahawa kumpulan rock ini masih ada kelompok peminatnya. Selain XPDC, tumpuan penonton turut diberikan kepada persembahan Tribute to Bumiputra Rockers (BPR).

Aksi dan skil Awang BPR bermain gitar sambil diiringi nyanyian Iskandar Ismail dan vokalis daripada kumpulan Subculture mula membuai rasa. Tak ketinggalan kumpulan vokal Pentaboyz dan penyanyi dangdut Jenita Janet yang kedua-duanya berasal dari Jakarta.

Artis Singapura pula diwakili Iskandar Ismail dengan lagunya Bunga Menangis dan Daly Filsuf memperdengarkan lagu C.I.N.T.A 2013. Tak ketinggalan memeriahkan konsert berdurasi hampir tiga jam itu ialah kumpulan Subculture, Yantzen, Andy Flop Poppy, Sharifah Zarina (kini dikenali dengan nama Zarina Al-Qadry), Keroz Nazri, Project Pistol, Qayyum Mazlan dan Loka.

Konsert ini juga diserikan dengan kehadiran penghibur Jepun, Miss Juli. Cuma yang agak kurang ialah pemilihan Wahid Senario sebagai hos konsert. Difahamkan Life Record sendiri yang melamar Wahid untuk menjadi tunjang utama konsert itu. Keesokannya pula, Konsert Rohani yang menampilkan tiga kumpulan gergasi nasyid iaitu Raihan, Hijjaz, Rabbani selain kemunculan papa rock, Ramli Sarip dan Nash mengisi ruang Jalan Raja.

Boleh dikatakan rugi kepada sesiapa yang tak menonton Konsert Rohani itu. Menyatukan tiga kumpulan nasyid otai di negara kita itu bukan selalu dapat dilihat secara terbuka. Gemersik suara Ramli Sarip dan Nash juga terus membuai rasa.

Gambar Sekitar Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Festival Muzik Kuala Lumpur 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sleeq Bakal Pindah ke Malaysia Selepas Syarif Nikah

Nabila Huda Nafi Serik Bercinta