in

Gambar Sekitar Dinner Pembaca Budiey.com Bersama SEVENSOUL

Pada 28 September lalu, Budiey ada jemput pembaca untuk makan malam bersama SEVENSOUL di Restoran Intai-Intai menerusi ENTRI INI. Dari situ, Budiey memilih sepasang pembaca yang menghantar gambar paling romantis kepada Budiey.

Mulanya, Budiey telah memilih Nabilah Salleh, namun atas sebab tak dapat dielakkan, Nabilah tidak dapat hadir. Jadi, Budiey akhirnya menghubungi Farahana yang juga telah menghantar beberapa keping gambar romantis banget bersama pasangannya. Farahana kata, dia setuju sangat. Mmm… sape tak nak makan malam percuma dengan artis kan, pastu dapat hadiah goodie bag dari Suria FM lak tu…

Makan malam yang dirancang pada 2 Oktober 2009, hari Jumaat, jam 8 malam. Farahana dah sampai awal ketika mana Budiey masih lagi berada di rumah. Terima kasih Farahana sebab awak memang tepati masa. Budiey aje yang tak tepati masa, sebab memang kami 2-3 kali pusing buat U-turn jugak la masa nak cari Restoran Intai-Intai ni. Nama pun Intai-Intai… jadi, kenalah selalu intai-intai.

Sampai di laman restoran tu, terus ternampak Farahana… oooo ini lah dia orangnya. Kali pertama jumpa ni, segan sikit nak borak panjang, tapi nasib baik Farahana ni talkative dan peramah orangnya.

Kalau korang nak tahu, Restoran Intai-Intai ini adalah milik Cik Baha, yang dulunya pernah menjadi Pengurus Residen Pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama lagi. Berkonsepkan taman yang mengelilingi sebuah tasik buatan sendiri, restoran ini menghidangkan sajian makanan Melayu, Thailand dan juga western.

Ternyata, pada malam tu, makanan yang dihidangkan kepada kami memang lazat-lazat semuanya. Khabarnya, chef yang menjadi tukang masaknya diterbangkan khas dari Bangkok. Mmm… patutlah sedap.

Cik Baha ada cakap kat Budiey, dia sekarang ni tengah cari pekerja. Jadi korang yang nak cari pendapatan tambahan bolehlah menghubungi Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang, (Highway MRR2), 68000, Selangor.

Jam 9 malam, grup Sevensoul tiba bersama dengan 2 pasang pendengar Suria FM, pengurus event Suria FM dan 4 orang Suria Wheelers.

Serentak dengan itu juga, Restoran Intai-Intai telah siap menghidangkan juadah makan malam kami. Ini dia menunya… nampak dah best… kalau rasa, lagi best~!

Tengok pada wajah si Oscar ni teringat lak kat pengarah prolifik berjiwa humor, Mamat Khalid. Sama tak?

intai

Ternyata semua tak sabar-sabar menikmatinya.

Aszuad, orang yang bertanggungjawab membawa SEVENSOUL ke Malaysia. Juga pada malam itu, sebelum dinner, beliau juga sempat memberikan ucapan.

Tahniah bro~ Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

 Meh, Budiey perkenalkan ahli kumpulan SEVENSOUL. Vokalisnya ada 4 orang iaitu:

Yang berambut kerinting mengerbang ni… Yedhi Beboy E.P dan yang pakai topi tu namanya, Bagus Sandi (kanan).

Yang badan berisi muka macam Mamat Khalid ni ialah Oscar dan sebelahnya tu, Frankly Robert Mattuankata. Pergh, nama di, sungguh unik. Masa Budiey ambil gambar ni, diorang ni tengah nyanyi lagu Bidadari lagu asal Anuar Zain.

 

Budiey bersama SEVENSOUL

Pemenang dari Suria FM

Yang sedang bubuh nasi tu, Famy namanya. PR Suria FM~ Rajinnya Famy. Boleh buat menantu nih~

Pembaca Budiey.com, Farahana juga tak ketinggalan untuk berposing bersama SEVENSOUL. Aik, kenapa duk jauh dengan kekasihmu, Farahana?

Ini pula geng Suria FM dengan SEVENSOUL~

Bergambar beramai-ramai

Sebelum pulang, Budiey ada suruh semua ahli SEVENSOUL tinggalkan tandatangan di album mereka. Terima kasih buat Sevensoul kerana menghadiahkan album mereka buat Budiey. Semua lagu dalam album ni Budiey suka terutamanya lagu BERSAMAMU. Sangat senang untuk didengar. Easy listening dan nyaman sekali iramanya.

Yea, sebelum kami pulang, SEVENSOUL telah meninggalkan kenangan dengan melantunkan 3 buah lagu iaitu BERSAMAMU, sebuah lagu untuk bonda (tak ingat dah nama lagu tu) dan akhir sekali lagu BIDADARI yang disampaikan dengan gaya yang tersendiri.

Akhir sekali, Budiey nak ucapkan terima kasih

: buat Encik Baha sebab sudi sponsor kami makan malam di Restoran Intai-Intai~

: buat Aszuad yang merancang makan malam kami bersama selebriti dari Indonesia. Nyata sukses sekali~

: buat pembaca setia, Farahana dan teman istimewanya.

: buat semua ahli SEVENSOUL yang sudi menghiburkan kami.

: buat SURIA.FM yang sudi menghadiahkan goodie bag. Ternyata kata-kata di T-shirt tu memang sinis dan tajam~! 

Kenangan bersama kalian tak mungkin luput dari ingatan kami.

Terima kasih daun keladi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Kamera Pintar Samsung 2View

Gambar Erra Fazira & Engku Aleesya di Rumah Terbuka Suria FM