in ,

Gambar Sekitar Bintang Mencari Bintang Kumpulan A & B

Persaingan pertama Bintang Mencari Bintang musim ke-2 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B telah berlangsung pada 18 April dan 20 April secara siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 9.00 – 10.30 malam. Anak didik Saiful Apek, LAMPU berjaya menjuarai Kumpulan A dengan markah keseluruhan 61.9 manakala anak didik Ebby Yus, SUMBU pula muncul sebagai juara dalam Kumpulan B dengan 71.3 markah.

Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Kumpulan A yang terdiri daripada OOOOO (Afdlin Shauki), TAKTIH (Harun Salim Bachik), TOKAN (Faizal Ismail), JEBAT (Adlin Aman Ramlie), PK (Ebby Yus) dan LAMPU (Saiful Apek) telah membuka gelanggang BMB2 pada hari Jumaat (18 April). Hari Ahad (20 April) pula menyaksikan persaingan hebat dalam Kumpulan B yang terdiri daripada MMMMM (Afdlin Shauki), EHAH (Harun Salim Bachik), GBOB (Faizal Ismail), KEPOH (Adlin Aman Ramlie), SUMBU (Ebby Yus) dan 2AZ (Saiful Apek).

Pertarungan Kini Bermula!. Anak Didik BMB2 Mula Mencari Tapak Di Gelanggang BMB2

Kesemua anak didik dikehendaki mempersembahkan sebuah sketsa komedi selama 3 minit dan nyanyian selama 2 minit. Mereka bebas memilih topik dalam menjayakan persembahan mereka. Juara mingguan telah menerima hadiah berupa sebuah kamera digital Nikon Coolpix P530 setiap orang.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang 2, Muhamad Sufian Isa, “Selepas konsert pengenalan, anak-anak didik mula mencari tapak di gelanggang BMB2. Masing-masing mahukan satu permulaan yang baik untuk mendapatkan kedudukan yang lebih selesa dalam peringkat pertama ini. Bagi pihak produksi, saya berharap agar kesemua sifu dan anak didik sudah bersedia untuk berhadapan dengan komen-komen daripada barisan juri dan juga maklum balas daripada penonton. Segala pujian dan kritikan harus dijadikan iktibar agar terus berusaha mempamerkan kebolehan dan kreativiti dalam persaingan BMB2 yang akan berlangsung untuk 3 bulan ini.”

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B. Minggu lalu, Amir Jahari telah tampil sebagai juri jemputan untuk Kumpulan A manakala WARIS untuk Kumpulan B.

Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Buat penonton dan peminat setia BMB2 bolehlah menghantar undian melalui dua cara iaitu melalui SMS dengan menaip BMB Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau melalui undian di akaun WeChat_BMB2014. Undian untuk kumpulan A bermula jam 12 tengah malam khamis 17 April sehingga persembahan terakhir peserta pada hari Jumaat manakala undian untuk kumpulan B akan bermula pada Sabtu 19 April jam 12 tengah malam sehingga persembahan terakhir peserta kumpulan B pada hari Ahad.

Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB2 bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.

Ikuti konsert mingguan BMB2 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam. Dalam bulan April, konsert mingguan BMB2 bersiaran secara langsung pada hari Jumaat (11 April, 18 April & 25 April) dan hari Ahad (13 April, 20 April & 27 April) dari jam 9.00 – 10.30 malam di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Selepas itu, BMB2 akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam sehingga acara kemuncaknya yang dijangkakan berlangsung pada 22 Jun 2014.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

BMB2 menampilkan D’HERBS sebagai penaja utama, WeChat sebagai penaja media sosial rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi dan Hotel De Art sebagai penginapan rasmi peserta.

Barisan Juri Konsert Kumpulan A (18 April)

Persembahan OOOOO (Afdlin Shauki) - Pinjaman Bank

Persembahan TAKTIH (Harun Salim Bachik)

Persembahan PK (Ebby Yus)

Persembahan TOKAN (Faizal Ismail)

Persembahan JEBAT (Adlin Aman Ramlie)

Persembahan LAMPU (Saiful Apek) - Lagenda P. Ramlee

Barisan juri konsert Kumpulan B, WARIS sebagai juri jemputan

Persembahan EHAH (Harun Salim Bachik)

Persembahan SUMBU (Ebby Yus)

Persembahan 2AZ (Saiful Apek)

Persembahan MMMMM (Afdlin Shauki)

Persembahan GBOB (Faizal Ismail)

Persembahan KEPOH (Adlin Aman Ramlie)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peluang Eksklusif Bertemu Dengan Brad Pitt Secara VIP

Hanis Husna Kekasih Baru Shahz Jaszle Stress Dituduh Perampas