in ,

Gambar Sari Yanti & Anak di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire

Budiey baru sahaja pulang dari Majlis Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire yang diadakan di eCurve, Mutiara Damansara jam 2 petang tadi. Tahniah kepada Dynas Mokhtar yang telah berjaya membuka butik khas untuk wanita yang mengandung dan wanita baru melahirkan anak. Kepada anda yang nak berkunjung ke butik baru Dynas ni, bolehlah kunjungi K-F3-D, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara.

Dynas turut menjemput rakan selebriti untuk turut sama memeriahkan majlis. Rata-rata, selebriti wanita yang bergelar ibu. Antaranya pelakon cantik manis yang dah lama Budiey tak bersua iaitu Sari Yanti.

Walaupun jadual Sari Yanti agak padat petang ini di mana pada masa yang sama, Sari kena beralih ke event lain iaitu Sidang Media Drama Suria di Cardoba, namun beliau tetap hadir untuk menyokong rakan baiknya. Turut dibawa sekali ialah anak sulung Sari Yanti yang lahir pada 10 Julai 2010. Bermakna, anak lelaki yang bernama Barr Al Aliy ini dah berusia 10 bulan lebih.Senang untuk jaga Barr Al Aliy. Menurut Sari, engalaman paling seronok menjaga anak pertama ialah Breast feeding selama 9 bulan. Sekarang dah berhenti sebab tak cukup masa dah sekarang ni.

Sekarang pun, Sari sedang hamil 3 bulan setengah untuk anak kedua. Congrats to you, Sari. Murah betul rezeki you ya.

Terkini, Sari Yanti sedang fokus untuk pengambaran drama Suria di Cardoba yang akan ditayangkan pada 7 Jun ini di Astro Prima. Memegang watak seorang wanita bergelar Suria yang begitu mencabar juga dalam menempuh konflik, nak tahu apa konfliknya kenalah tonton. Drama ini menjadikan Sari bertambah sibuk. D

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Barr Al Aliy sari yanti

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Atilia di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire

Gambar Dynas Mokhtar di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire