in , ,

Gambar Rossa di Universal Studios Singapore

Cantiknya Rossa! Senyuman tak lekang dari bibirnya. Senitasa manis dan ramah menyapa.

Tinggal sehari sebelum bermulanya Konsert Mega Bintang anjuran Trinity Optima Production, para artis terlibat telah sempat untuk singgah seketika di depan taman tema paling happening di Singapura iaitu Universal Studios Singapura. Mereka berkumpul beramai-ramai untuk bermesra bersama peminat sebelum berangkat ke Mamanda untuk makan malam.

Budiey turut berada di sana untuk mengintai selebriti di bawah naungan Trinity Optima antaranya Afgan, Vidi, Rossa, Sherina, d’Bagindas, Ungu dan Gamma1.

Pada sore yang indah itu, Budiey lihat mereka sangat enjoy bergambar bersama peminat dan krew bertugas di depan globe USS. Budiey sempat berborak seketika bersama Rossa, Afgan dan Pasha Ungu. Mereka sangat sempoi dan sangat mesra.

Konsert Mega Bintang bakal berlangsung esok, di Compass Ballroom, Resort World Convention Centre, Singapura jam 8 malam dengan barisan artis dari Indonesia. Budiey.com turut diundang selaku Blogger Rasmi (Malaysia) untuk Konsert Mega Konsert ini.

Gambar Rossa
Gambar Rossa
Gambar Rossa
Gambar Rossa
Gambar Rossa
Gambar Rossa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pasha Ungu di Universal Studio Singapore

Sekitar Makan Bareng Bersama Afgan, Rossa, Ungu di Mamanda