in

Gambar Rangga Grup SMASH di RoadTour Malaysia

Pada hari ini, buat pertama kalinya, Budiey berkenalan dengan anggota kumpulan SMASH. Pertemuan diaturkan oleh Warner Music Malaysia yang menjadi label bagi menerbangkan semua anggota kumpulan i-POp ini ke Malaysia.

Untuk permulaannya, Budiey siarkan dulu gambar-gambar seorang dari ahli yang bagi Budiey dalam ramai-ramai dialah yang paling jambu. Kulit dia flawless, putih melepak, rambutnya ada jambul dibiar terurai sebelah kiri.

Nama dia Rangga dan dia pernah digosipkan dengan seorang pelakon dari Indonesia bernama Oxcel, tapi apabila Budiey bertanyakan samada benar Rangga bercinta dengan Oxcel, Rangga bilang tidak, dia sekadar berkawan dengan pelakon jelita itu.

Mengikut kata Rangga setiap 3 bulan, mereka semua akan menukar fesyen rambut yang berlainan.

RANGGA DEWAMOELA SOEKARTA
Lahir : 6 Januari 1988, Vooburg, Belanda
Zodiak : Capricorn
Penyanyi kegemaran : Stevie Wonder
Pengajian : Falkuti Hukum, Universiti Katolik Parahyangan, Bandung
Lagu kegemaran : Because of You, Keith Martin
Makanan kegemaran : Kentang goreng
Impian : Membahagiakan dan membanggakan orang tua
Persembahan pertama : Lumba Nyanyi antara SD
Artis wanita kegemaran : Beyonce, Agnes Monica
Artis Wanita Malaysia: Dato’ Siti Nurhaliza
Tidak disukai : Dibohongi dan udara panas

SMASH

SMASH

SMASH

SMASH

Budiey bersama Rangga dr grup Smash

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Mentor Musim Ke-6

Telemovie Haruskah Ada Rindu Lakonan Zahiril Adzim & Shiera Ayob