in

Gambar Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Ummi

[dropcap]P[/dropcap]ada 18 Jun lalu, hari Selasa, Budiey telah hadir di Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Bersiri berjudul Ummi di Sri Pentas. Ramai juga pelakon drama ini yang hadir.

Selepas program realiti hiburan Bintang Mencari Bintang, TV3 akan mempersembahkan sebuah drama bersiri 13 episod, “UMMI” yang diarahkan oleh Faisal Ishak pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.00 malam mulai 30 Jun 2013. Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd ini merupakan hasil garapan skrip oleh Amrul Hadi dan Umie Isa telah mengetengahkan Datin Paduka Umie Aida (Ummi) serta pelakon-pelakon cilik seperti Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) sebagai tunggak utama.

Turut membintangi siri drama ini ialah Sharul Kamaludin (Bahar), Fikhree Bakar (Dr. Idrus), A. Wahab (Pak Man), Sharissa Chong (Mei Ling), Zhafri Suhaimi (Firdaus), Riki Rikando Idris (Leman), Kamariah (Mak Limah), Marup Mustapah (Junaidi) dan ramai lagi.

UMMI mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Ummi yang telah ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun Ummi seorang yang hidup dalam susah dan buta huruf, namun beliau tetap prihatin terhadap tiga orang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Comel, Amir dan Danish, masing-masing mempunyai sejarah hidup yang perit dan sentiasa ditindas telah dipelawa untuk hidup bersama dengan Ummi.

Gambar Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Ummi

ramah mesra bersama ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Pelakon Drama Ummi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Pencarian Cosmopolitan Hunks 2013

Ashraf Muslim Tetap Nafi Kahwin Dua