Gambar Peserta Top Host 2010
Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Sidang Media TOP HOST 2010 anjuran TV3 di Sri Pentas, Petaling Jaya.
Pertandingan ini diadakan untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan yang bukan sahaja menuntut kepada populariti semata-mata.
Top Host 2010 akan bersiaran pada 3 mac 2010 setiap Rabu jam 10 malam. Juara akan dapat hadiah wang tunai RM10,000 dan dapat jadi hos untuk program di TV3.
Jangan lupa tonton pertandingan ini mulai 3 Mac 2010 setiap hari Rabu pada jam 10 malam.
Okay, kita berkenalan dulu dengan 10 orang peserta Top Host 2010. Antara mereka ada pasangan adik beradik, ada yang pernah menjadi finalis Gadis Melayu.

Erin Adlina, 19 tahun, Pelajar Inti Universiti College, meminati program TV berbentuk majalah seperti Majalah 3, Idolanya Datin Norazlina Redzuan, glamor tidak penting untuk menjadi hos kerana baginya bakat serta ketrampilan yang diutamakan.

Khairul Wasiril Aswad, 20 tahun, Deejay sambilan, minat dengan muzik, selepas SPM terus kerja sebagai jurujual, suka dengan program remaja, lebih kepada hiburan dan VJ.

Sri Sharinnie Rizal, 23 tahun, Ijazah Sains Gunaan Kimia Universiti Malaya, Pernah menyertai finalis Gadis Melayu Musim Ke-2

Zaim Iskandar Zaini, 20 tahun, Pelajar di Workers Institute Technology College dalam bidang Mekanikal, suka dengan program sukan seperti bola sepak. Idolanya Shebby dan Ally Iskandar.

Nur Liyana Adnan, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris TESL, Universiti Tun Abdul Razak, idolanya Nurul Syuhada & Wan Zaleha Radzi kerana mereka berdua sangat bersahaja, meminati program berbentuk kewangan seperti Money Matters.

Mohd Faizal Azhar, 23 tahun, Pelajar di Universiti Teknologi Mara, Komunikasi Massa

Nabihah Mohd Rosdi, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris (TESL), Tahun akhir di Universiti Teknologi Mara, Idolanya Karam Singh Walia, Sejak 2004, semasa mengambil TESL, pensyarah sibuk cakap Nabihah ni jenis yang petah bercakap.

Za’im Helmi Zaini, 24 tahun, Pelajar di Taylors College, Pengurusan Perhotelan & Pelancongan, mendapat galakan daripada ibu bapa yang memahami, suka berinteraksi dengan orang ramai, suka dengan bidang penyiaran dan mahu menjadi pembaca berita, satu kepuasan dapat berada di kerusi pembaca berita,

Syazwani Diyana Mohd Isa, 24 tahun, Ijazah Penyiaran Universiti Teknologi Mara, Pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi Massa, Pembantu penerbitan sambilan di Astro, Idolanya Datin Norazlina Redzuan.

Fadhil Mohd Isa, 25 tahun, pernah menjadi pembaca berita sambilan di Bernama TV, Minat untuk menjadi pengacara sukan dan sukakan dunia hiburan, pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia, Mentor dan memohon kerja di TV3, Idolanya Allayarham P. Ramlee, Shah Rukh Khan dan ramai lagi. Kalau boleh suatu hari nanti, beliau mahu mengendalikan majlis besar seperti acara anugerah.
Tags: TV3
Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 20th, 2010 at 12:56 am
wahh bestnya semua fresg gradute ni
.. x bleh la p ujibakat sbb x grade lg.. x nk tangguh pengajian nnt lmbt grade..
mtk2 thun depan ada lgi..minat wo..
tahniah kapada yg berjaya good luck ok..
adik bradik zaim kiut jg haha
February 20th, 2010 at 5:31 am
tv3 yg buat?
heh.
brapa lama la muka2 diorg ni boleh muncul kat situ?
yg aku slalu tgk, msti muka host lama je (ally iskandar, bla bla bla)
February 20th, 2010 at 1:08 pm
hebat2 nampak peserta kali ni….
February 22nd, 2010 at 1:34 pm
Tahniah kepada semua peserta.
harap dapat tonjolkan bakat anda semua.
Bila dah jadi Top Host nanti, jgn plak wat benda yg boleh rosakkan reputasi anda dan TV3!
Contohila Aida Gadis Melayu musim pertama dulu…sangat merendah diri walau telah berjaya, juga tiada gosip murahan!
February 25th, 2010 at 10:40 am
cam kenal je name liyana tu.dok kj
February 26th, 2010 at 7:13 pm
hai tahniah kepada peserta top hos pada musim ini…..tambah2 pasangan adik beradik semoga berjaya….eh x lupa kepada semua…..saya raza zaim iskandar uji bakat bola mesti dapat.. punya… sbb saya biasa lihat dia bermain bola……. penuh dengan skill ….biasala pengaruh abg sulung dia…..zaim helmi…anda mulut becok…mesti dapat ganti aznillll heheheeh.
February 26th, 2010 at 7:46 pm
btoi cakap zamree 2….harap sheeby ambil zaim iskandar uji bakat bola sepak……
February 26th, 2010 at 7:52 pm
tahniah kepada semua peserta top hos…kepada pasangan adik beradik buat yang terbaik……zaim helmi anda mulut becok leh ganti aznill heheehe.. kepada zaim iskandar… harap anda akan menjadi pengulas sukan….
February 27th, 2010 at 11:34 pm
kepada saudara khairul,
tahniah di atas kejayaan tercalon dalam top 10.
awak lebih kemas jika senyum tidak nampak gigi
March 3rd, 2010 at 9:26 am
syazwani diyana taniah semoga berjaya??harap anda dapat menjadi pengulas yg mantap dan bijak…winner top hos??????????
March 19th, 2010 at 2:16 pm
saya rasa iklan tu buat syahwat saye jadi gile
April 5th, 2010 at 12:00 am
kpd smua peserta jgn t’lalu pntingkan diri sendiri n jgn t’lalu cpt mnyalahkn org len demi sesuatu kejayaan..hndklah sling bkerje sama wlaupn b’lenan kmpulan…untk diana,,kami sentiasa mnyokong anda…..goodluck…we all luve u..