Gambar Peserta Program Realiti Gadis Melayu TV9
“Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuhAduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si diaDi antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena…”
Pada 8 Oktober lalu, satu sidang media pelancaran program terbaru TV9 yang diberi nama GADIS MELAYU telah diadakan di Shah Alam.
Hampir tiga bulan ujibakat Gadis Melayu dijalankan di seluruh pelusuk Malaysia seperti Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Daripada keseluruhan 1000 peserta yang hadir, hanya 10 calon sahaja yang terpilih untuk menyertai sebuah lagi rancangan realiti terbaru terbitan TV9 ini. Menariknya, peserta yang hadir mendapat sokongan serta dorongan daripada ahli keluarga mereka.
Bagi memperkenalkan 10 gadis bertuah ini, satu sidang media diadakan di Villamay sebelum mereka mengorak langkah lebih jauh dalam meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon gadis melayu ini. Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008.
Sidang media yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan Encik Bukhari Che Muda selaku Ketua Pegawai Operasi TV9 ini turut memperkenalkan pengacara program dan tiga juri tetap bagi rancangan Gadis Melayu ini.
Rancangan terbaru ini berusaha untuk mengetengahkan ikon gadis melayu idaman dalam membentuk jatidiri mereka serta mewarisi budaya dan tradisi kemelayuan. Ini dapat dibuktikan apabila kemodenan tidak sedikit pun menghakis nilai-nilai indah warisan melayu daripada mereka yang semakin dilupakan generasi muda kini.
Pencarian Gadis Melayu ini bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat melayu serta berpegang teguh kepadanya, walaupun berpewatakan moden serta berkerjaya tinggi. Calon-calon yang telah terpilih telah dinilai berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti, dan keagamaan. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya melayakkan diri dalam rancangan Gadis melayu:
- Zehra Zambri (Selangor)
- Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan)
- Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)
- Noor Afzan Bt Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah)
- Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah)
- Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)
- Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)
- Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka)
- Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor)
- Nur Aishah Zainal (Melaka)
Rancangan realiti selama satu jam ini akan menyaksikan pelbagai cabaran berbeza pada setiap minggu yang akan dihadapi oleh setiap peserta seperti kecantikan, cara berkomunikasi, penampilan diri, asas sains rumahtangga, keperibadian, kebijaksanaan, serta seni dan budaya. Setiap elemen yang dinilai ini amat penting untuk memastikan bakal pemenang benar-benar layak setelah menyertai latihan serta menjalankan tugasan mingguan.
Setiap peserta akan dinilai oleh tiga juri tetap dalam setiap tugasan yang diberikan. Juri-juri tersebut adalah Yang Mulia To’ Puan Seri Diraja Noor Aini Dato Abdullah, Dato Paduka Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim seorang pakar bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Ustazah Siti NorBayah Mahmood yang merupakan penceramah agama serta motivasi.
Peserta yang memperolei markah terendah akan disingkirkan dari rancangan ini. Justeru, mereka harus mengambil peluang yang ada sepenuhnya serta memberi perhatian terhadap apa yang dipelajari sepanjang berada dalam cabaran yang disediakan.

Fahrin Ahmad sebagai pengacara
Gadis Melayu akan dikendalikan oleh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang juga pernah mengacara program 3 Hari 2 Malam yang disiarkan di TV9. Pemilihan Fahrin sebagai hos rancangan ini dikira amat bersesuaian memandangkan beliau menepati kriteria sebagai jejaka melayu sejati yang mempunyai perwatakan tersendiri.
Program terbaru Gadis Melayu terbitan TV9 ini akan ditaja oleh:
Unza (Malaysia) Sdn Bhd sebagai penaja utama yang akan mengetengahkan rangkaian produk Safi Balqis
D’navechee Beauty (Malaysia) Sdn Bhd merupakan penaja bersama yang mengetengahkan produk D’N~Hans.
Manakala rakan-rakan penaja lain adalah Keep Slim, Nestle, Triumph (Amo) dan Habib Jewels Sdn Bhd
Rancangan realiti Gadis Melayu adalah rancangan terbaru terbitan TV9 yang diterbitkan oleh Nurirjuana Mohd Ishar dengan Penerbit Eksekutifnya, Nuraeshah Malik dan Ezzah Aziz Fawzy. Turut dibantu oleh wartawan Ashrudy Borhan, Amirul Aswendy, Nor Ashikin Mohd Supian, Noor Linda Mohd Said, Ahmad Mahyudi, Pembantu Penerbitan Fazhidah Che Din serta Visual Editor Norhaleina Abdul Hamid.
Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti Gadis Melayu terbaru ini sambil santai bersama keluarga setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 16 Oktober, 2008, hanya di saluran Dekat Di Hati, TV9.
Haa… korang tengok dulu, gadis mana yang layak dinobatkan sebagai Gadis Melayu. Semuanya comel-comel dan cantik-cantik. Ada yang pakai tudung dan ada yang lepas tudung. Pilih lah yang mana satu korang nak pilih ya.

Merahnya…









Baca artikel lain yang berkaitan:









October 10th, 2008 at 7:48 am
GOOD LUCK
October 10th, 2008 at 8:53 am
i’l take number 4 , 5 and 6 please. i reserve the fourth wife slot for Fazura. she will come around. i know fazura will come to me eventually
October 11th, 2008 at 7:52 pm
sy amt tertarik dgn keayuan peserta gmbar no.2 kerana terserlah ciri keayuan,kelembutan wanita melayu yang asli.dari raut wajahnya terselah keyakinan dan keperibadian yang luhur lahir dari seorang wanita melayu yang masih menjaga nilai-nilai ketimuran. ditambah lagi dengan pemakaian tudung lambang penjagaan aurat yang sememangnya dituntut oleh agama Islam yang dianuti oleh gadis melayu…semoga beliau akan berjya.wasslam
October 12th, 2008 at 9:25 am
eh pasan x…muka peserta yg dari kedah tue..siti nurashikin macam siti nurhaliza kan…da la nama dieorg lbey kurg..hahha…kiutla
October 13th, 2008 at 8:36 am
i liiikey no 2… nampak sungguh ayu… dalam 990 baki yg tak dapat tu… salah sorang anna la…hahhahhaha sungguh tak sesuai…
October 13th, 2008 at 12:29 pm
salam suma.
AA.aaa
Siti tuh org seTaman dengan saya.
Dia memang nampak cm muka CT.
October 13th, 2008 at 2:16 pm
that syikin is setiausaha di usm..my friend st poli sama kelas sains kesetiausahaa..good luck to u kin..
October 16th, 2008 at 2:35 pm
mm, sy tgk biasa je diorang nie..cuma yg no 2 tu je yg nampak different..
October 17th, 2008 at 3:45 pm
Hmmmm…i like noor afzan, look natural & simple.
Ciri2 gadis melayu jelas terpancar d wajah nya..
hopefully she will success in this program…
AMIN
October 19th, 2008 at 12:02 pm
shikin dari kedah tu satu skola dgn sy..dia memang nampk mcm ct….cantikkk sgt..hehe..gudluck shikin
October 20th, 2008 at 5:53 pm
omg.. another lame way 2 naikkan publisiti diri sndirik is thru masuk any reality tv show.. <— refer to zehra zambri…
yuckss.. i pity u..
n i prefer d 2nd one (based on d appearance)
after all, juz wanna see how melayu they all…
n fakers always remain as fakers…
October 22nd, 2008 at 12:38 pm
shikin 2 kwn sekolah yang agak rapat sm2 makan,tido,study..bangga2..may ur dreams come true shikin
October 24th, 2008 at 3:33 pm
kami x-bbdak dorm b sek men tek 1 kuantan nak ucapkan tahniah kat husna… cayaaaaaalah husna…
gud luck husna….
October 29th, 2008 at 6:31 pm
Yg baju oren tu sama skolah dgn saya masa primary school.Her sister was my class mate.Dok satu taman sebelum diorng pindah kajang.Slalu gaduh dgn adik aku kalo main kt taman.Ha…Ha…Ha…Anyway I wish good luck for her.I hope one day her dreams become true.
November 1st, 2008 at 9:25 am
good luck k…for aishah zainal good luck….dr sume org yg setaman dgn awk…
November 5th, 2008 at 3:21 pm
khairul noramidah yang tudung kuning leh menang…tapi dia nampak lebih cantik kat luar..lam gambar ni macam tak terserlah sgt…anyway gudluck khairul normaidah…(she is my class mate in UUM…hehehhe)
November 7th, 2008 at 8:05 am
yg dr jb..ayu tu..aku penah nmpk die jenjalan kat tmn dekat2 umah aku..kos i no her mom well..n die xlawa n sombong..tp dlm tv aitu tgk cam lemah lembut yg amat..hipokrit..
November 7th, 2008 at 10:26 am
[...] rasa nak tengok gambar peserta gadis melayu boleh tengok kat blog budiey. adv_username = “bizmalaya”; adv_gid = “bizmalaya_default”; adtype = [...]
November 7th, 2008 at 11:22 am
yang no 2 tu sgt2 menarik perhatian sy..siapa kah dia?
yang baju n tudung biru tu cantik gak tapi kuku panjang…reject!
November 7th, 2008 at 11:44 am
nnti pemenang ni jadik ape..?ikon gadis melayu ke..?erm..ntah ape2..aku xfhm le ape tjuan program camni..xde pekdah lansung..hnya menggalakkn org jd hipokrit jek..knon2 die le pmpuan melayu plg sopan di abad ni..tp perangai sebenar cam ape xtau..nnti mule le kuar cite2 bruk le..kuar gmbo2 xsenonoh le..sume org nk kuar tv..sume org nk jd glamer ngan cpt..xfhm sgguh..duniawi betul..
November 7th, 2008 at 11:59 am
cop..coppp..aku rasa fariza y bestt..x ipokerekk leww..btolll….tententengggg
November 9th, 2008 at 6:50 pm
Adakh GADIS MELAYU dnilai dr segi rupa n fizikal shj?
November 10th, 2008 at 10:01 am
semua 2 hipokrit
November 14th, 2008 at 1:56 am
Aida..wah..bgs2..aku suke die.budh comm uum.p’nh nk usha die tp susah daa..anywy gd lck..
November 16th, 2008 at 3:10 pm
Biaq betoi Man….. jeles nih…. hahah… BTW Chayok2 Aida…..
November 17th, 2008 at 1:34 pm
fiza cantik la…korang2 y anta komen y mengutuk, sebenarnye dorang 2 jeles…ckp je la korang 2 nk msuk program niy gakk..haha.. pe pun uat kak fiza, best of luck.. make kelanan proud of u.. cayo10…
November 18th, 2008 at 2:42 pm
Shikin tu klu tgk dr tepi sebijik cm ct la…tgk wktu tv9 g minang dier.rugi la tolak offer keje usm last year…klu x mst jumpe dier.hik hik
November 20th, 2008 at 3:12 pm
Koleksi gambar video snapshot gadis melayu TV9 di blog saya….
Sila ke http://gadismelayutv9.blogspot.com
November 20th, 2008 at 8:40 pm
plz la wei…wat ape jeles kat fiza 2 nya..memang dia 2 cantik sb make up jer,aku nampak mata dia 2 kecik sebelah la..dah la siap pegang2 dgn boypren dia 2! gadis melayu ke 2? alahai kesian nya Madam ezah 2 ambik dia!!!