Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Peserta Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008



MOHD AZWAN DAN SABIHAH UNGGULI PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008

Usaha pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 (BKN) ternyata menyumbang sesuatu dalam memastikan khazanah lagu-lagu klasik terus dihargai dan tersemat utuh di hati sanubari masyarakat Malaysia terutama melibatkan golongan remaja yang sepatutnya menggalas tanggungjawab memelihara lagu-lagu sebegini supaya tidak luput ditelan zaman. 

Buktinya menerusi BKN yang berlangsung malam 10 Ogos 2008 lalu menyaksikan keunggulan dua peserta remaja yang sememangnya berbakat dinobatkan juara Kategori Lelaki, Mohd Azwan Shahdi Mohd Jalaludin manakala Kategori Wanita pula berpihak kepada Sabihah Abdul Wahid yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta hadiah dan baucer bernilai RM15,000.

Mohd Azwan Shahdi Mohd Jalaludin tampil dengan persembahan mantap mendendangkan lagu Asmara Dewi sementara Sabihah Abdul Wahid pula bertuah kerana pilihan lagu Senyuman Tak Berbalas dendangan asal Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma berjaya menambat hati juri sekaligus menghampakan harapan peserta lain bergelar juara.

Siaran langsung yang disiarkan di kaca televisyen melalui saluran RTM1 dan juga ke udara menerusi stesen radio rasminya, Klasik Nasional ini turut menyaksikan Naib Juara kedua-dua ketegori menjadi milik Mohd Alif Kadim dan Nurlida Abd. Rahman yang memenangi RM5,000, hadiah juga baucer bernilai RM7,000. Sementara tempat ketiga pula milik Mohd Safar Shah Alaudin dan peserta termuda, Iffah Izzati Baharudin turut memenangi RM3,000, hadiah selain vaucer bernilai RM5,000.   

Selain itu, BKN kali ini mengetengahkan 12 finalis yang layak mara ke pentas akhir menerusi Kategori Lelaki iaitu Saiful Bahri Jamil, Mohd Faizal Rahim Amirshah Yahya. Manakala Kategori Wanita pula menyaksikan penyertaan Nik Nurul Hidayah Nik Mat, Masitah Mohd Airani dan Rafidah Asgali.

Sebelum finalis berentap untuk gelaran juara, sebagai pembuka tirai, penonton disajikan dengan persembahan tarian dari kumpulan Penari Tandak Dance Club yang mengetengahkan konsep “retro” ala barat, seperti tarian ‘twist’ dan ‘swing’ ternyata mampu memberikan satu kelainan kepada BKN tahun ini.

Majlis turut diserikan persembahan mantap artis jemputan seperti penyanyi kecil molek Siti Sarah, Muhaizam (Juara Kategori Lelaki Bintang Klasik Nasional 2007),  Hans (dan Bintang RTM) yang terlibat dengan persembahan pembukaan. Sedondon dengan tema ‘Klasik’ pada malam itu, persembahan pembukaan ketiga-tiga artis ini diiringi muzik dari  orkestra RTM dengan mendendangan lagu-lagu hits zaman 60’an dan 50’an.

Pertandingan kali ini dimeriahkan lagi dengan kolaburasi dua pengacara Dia Fadilla yang bergandingan dengan DJ Klasik Nasional, Sofia yang dilihat cukup serasi dan tidak kekok di pentas. Pastinya kemunculan DJ Sofia pilihan terbaik dalam usaha memperkenalkan DJ stesen radio RTM ini yang selama ini hanya kedengaran dicorong radio sahaja.

Tidak lupa juga segmen yang bertemakan Sama Tapi Tak Serupa yang mencuit hati penonton dan pendengar kerana artis jemputannya hampir sama dengan penyanyi asal kepada lagu yang bakal mereka bawa…tetapi tidak serupa! Dimulakan dengan kemunculan bersahaja Musly Ramli. Musly Ramli yang tidak asing lagi dalam dunia teater tanah air juga seorang “impressionist” bintang lagenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Malah pernah muncul memegang watak sebagai seniman agung itu dalam pertunjukkan teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya tidak lama dahulu.

Sama Tapi Tak Serupa juga menarik tumpuan penonton buat pertama kalinya menyaksikan penampilan Abdul Razak (impressionist Loga Alleycats) atau Raz Alleycats dengan persembahan dua lagu popular Alleycats, Nota Terakhir dan Jika Kau Bercinta Lagi. Sementara Kenny Lee (impressionist Sudirman Hj Arshad) menghiburkan penonton dengan lagu hit Dikaulah Kekasih oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
 
Paling menarik tumpuan pastinya detik sebelum pengumuman pemenang kerana penonton buat julung-julung kalinya berpeluang menyaksikan persembahan penghargaan kepada penyanyi era 60’an dan 70’an, R. Ismail duet bersama penyanyi kecil molek Anis Salwa (Juara Kategori Wanita Bintang Klasik Nasional 2007) yang mendapat tepukan meriah penonton.

Pertandingan malam itu dinilai senarai juri yang sememangnya dikenali dalam industri iaitu melibatkan Syafinaz Selamat, Azmeer, Aishah, Dato’ Ibrahim Bachek, Dato’ Dr. Ahmad Nawab dan Dato’ Mokhzani Ismail. Hadiah turut disampaikan oleh Dato’ Johari Salleh kepada semua pemenang.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PERTANDINGAN BINTANG KLASIK NASIONAL 2008 ZON TENGAH
  • Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008
  • Senarai Peserta Finalis Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010
  • Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Sekitar Majlis Ulang Tahun Klasik Nasional
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Siapa Juara Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • ESTANI, BERGERAK SEIRING TEKNOLOGI DI KLASIK NASIONAL



  • 15 Komen untuk entri “Gambar Peserta Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008”

    1. ijoy kata:

      Wahh!!!

      semua pakai microphone EMAS kerr.??
      dah macam artis terkenal pulak..setahu aku dato siti, misha, n anuar zain yg ada mic ni..

      hahahah

      lawak pun ada..

    2. mazuin kata:

      er.. naper tudung dia kepala tinggi camtu?

    3. wandie kata:

      wah hensem dan cecantik belaka…bagus-bagus…teruskan…

    4. suzie kata:

      tahniah kpd rtm krn melahirkan bakat2 yg cukup hebat..lebih berganda berkualiti berbanding realiti tv sedia ada yanmg hanya syok sendiri tp bakat yang dilahirkan syok sendiri..harap mereka akan lebih dipromosikan sehingga bjaya seperti seniman allahyarham sudirman,dato’ siti nurhaliza..dan ramai lagi…hidup rtm..smoga berjaya..tahniah diucapkan skali lagi!!!!

    5. jenglot kata:

      iffah izzati baharudin tempat ke3 tue adik ayu mentor!

    6. Puteri Diana kata:

      tahu pun lawak…………
      skrg kita semua tahu , bukan artis jer pakai microphone emas , bakal artis pun nak jugak. kalau ko nak tahu knp tudung dia tinggi, aku rasa rambut dia ni tebal sgt kot….. tak pun ala2 fesyen baru…. uuummmmm

    7. rose kata:

      nie ape fesyen tudung ade bonggol kt belakang…hehe

    8. Honeybee kata:

      pesen trbaru dr ala padang pasir …pesen bonggol unta daa…

    9. deedon kata:

      Napa la pakaian diorng ni serabai sangat, kot ya nak pakai ala2 malar segar berpada2 la….serabot sana sini rimas….kalau pakai fesyen terkini apa salahnya lebih relax………sapa la perunding pakaian nih…..yang lelaki nya ok………

    10. haziq kata:

      iffah izzati tue adik AYU MENTOR kan…

    11. surihani kata:

      eleh,apa klas adk ayu mentor..ak bnci la ngn iffa 2..prasan cun la 2..muka smcm je.pkai ssuk agknya.jgn brlgk la..

    12. aidaamer kata:

      Hahaha2…die pergi padang pasir..lekat bonggol unta ats kepala…tolong lah kenapa la die ni dpt juara…tk logik lansung..hanyelah kerana pelajar asawra n anak didik pak ngah menang..asyik2 dgn kroni dan pentingkan org2 tertentu…nyanyi sampai nak tegolek..nuke sombing gile…dah la tk cantik..muke mcm ni jual pon kat klasik je lah nk popular jauh sekali…tolong lah jujur ngan pengadilan yg sebenar tanpa mengira pangkat,harta n kedudukan seorng tu…baru lah akn lahir satu bakat yg betul2 berjaya…kalau dh mcm ni mcm mane nk ganti allahyarham P.ramlee,Sudirman n lain2

    13. Norazimah Kadim kata:

      Akum.. Aliff tu kalau korang nak tahu adik saya. ini pertama kali dia masuk pertandingan macam nie.. alhamdulillah… dia menang jugak malam tu.. dapat tempat kedua.. … mungkin ini satu platform untuknya untuk menjadi penyanyi yang terkenal suatu hari nanti.

    14. RANNIE kata:

      aik baru perasan aliff plak nieee…

    15. tripping girl kata:

      pulamak , alif ……….!!!!!!!!!! Pergh Fulaweyh :)

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK