in

Gambar Persiapan Pentas Konsert Madonna di Singapura

Seperti mana yang Budiey ceritakan di Facebook, Budiey sekarang ini berada di Singapura untuk Konsert Madonna Rebel Heart Tour yang akan diadakan di Stadium Nasional pada hari ini, Ahad jam 8.30 malam. Teruja tu sangat teruja la jugak sebab ini adalah pengalaman kali pertama menyaksikan persembahan mega seorang penyanyi popular bertaraf diva dari Hollywood.

Entah bila lagi la Madonna akan datang ke Singapura kita pun tak tahu lagi. Jadi, peluang ini tidak akan dilepaskan macam tu sahaja meskipun Budiey terpaksa meninggalkan Anugerah MeleTop Era yang berlangsung pada masa yang sama.

Budiey sudah pun selamat sampai di Singapura semalam dan sempat jalan-jalan di Mustafa Center mengecapi suasana malam di sana. Sempat lepak dan makan malam bersama editor Malay Mail, Joe Lee yang turut mendapat peluang bagi menonton persembahan Madonna. Tidak ramai media yang dijemput untuk menyaksikan konsert ini. Setiap negara ada empat media sahaja yang dipilih. Begitu juga dengan Indonesia. Difahamkan mereka juga memilih empat media untuk buat liputan.

Eh, kalau ada masa jemput la tonton vlog ringkas kami lepak dan jalan-jalan di Mustafa Centre semalam.

Pada malam ini, full dress rehearsal diadakan di Stadium Nasional Singapura dan dikatakan kawalan ketat dikenakan dan hanya orang tertentu sahaja dapat masuk.

Dikatakan juga sebuah lagu berjudul Holy Water tidak akan dinyanyikan oleh Madonna pada malam ini. Dimulakan dengan sebuah persembahan Bitch I’m Madonna.

Sekarang ini, persediaan sedang dijalankan termasuklah persiapan pentas. Seminggu lalu, Stadium Nasional Singapura sudah pun bersedia untuk menerima kunjungan peminat Madonna. Persiapan dijalankan secara berperingkat.

Antara gambar yang tengah viral di sosial media, di mana set dan krew produksi sedang sibuk menyempurnakan pentas yang begitu gah. Dikatakan konsert ini adalah yang paling mega dan terbesar dari semua lokasi yang dianjurkan. Melibatkan krew yang ramai dan juga jumlah penonton juga sangat ramai.

11220803_10208456365707382_4453088047768475629_n

12799335_10208456365347373_1384736967511514729_n

12805924_10208456366187394_6789457631314229265_n

12791073_10208456365387374_1367273581221228002_n

12524347_10208456365667381_9108386549067856805_n

12795465_10208456365787384_7403012739217737928_n

12524257_10208456365307372_8505981482966778861_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azmi Nikah Semula Kali Kedua Dengan Eddie

Persembahan Hebat Madonna di Konsert REBEL HEART TOUR Singapura